10 Perisian Windows WAJIB Untuk Komputer Anda (Bahagian 1)

10 Perisian

 

Disaat komputer Windows anda baru selesai di”format”,tentu sekali hanya terdapat beberapa perisian sedia ada yang terdapat di dalam komputer tersebut.Jika anda seorang yang baru sahaja memiliki sebuah komputer,anda mungkin sedikit bingung apa perisian yang utama anda perlu pasang di dalam komputer anda.

Baiklah kali ini,penulis akan senaraikan 10 perisian utama yang wajib ada pada komputer anda,dan pada masa akan datang lagi,penulis akan senaraikan lagi beberapa perisian yang terbaik untuk komputer anda.

1. Ccleaner

3049__ccleaner1

 

Perisian ini membantu membuang “sampah sarap” yang ada di dalam komputer anda.Perisian ini merupakan perisian yang sangat digemari oleh pengguna Windows terutamanya.

Untuk Muat Turun :
URL : http://filehippo.com/download_ccleaner/

2. VLC Media Player
vlc_media_player_portable-62543-2

Jika anda ingin menonton video ataupun audio di dalam komputer anda,penulis syorkan anda menggunakan perisian VLC ini.Perisian ini juga merupakan perisian yang “ringan” dan mampu menyokong pelbagai format video.

Untuk Muat Turun,
URL : http://filehippo.com/download_vlc_32/

3. Google Chrome
google-chrome-09-688x535

Komputer Windows yang baru sahaja di”format”,hanya dibekalkan dengan perisian Internet Explorer untuk melayari internet.Jika anda kurang berminat dengan pelayar web “ie” ini usah risau! Anda boleh memasang Google Chrome ini di dalam komputer anda.

Untuk Muat Turun,

URL : http://filehippo.com/download_google_chrome/

4. Firefox

firefox-home-tab-concept

Firefox juga merupakan pelayar web yang paling popular selain daripada Google Chrome,anda boleh memasang kedua-dua perisian ini di dalam komputer anda dan rasai sendiri perbezaannya 😀

Untuk Muat Turun,

URL : http://filehippo.com/download_firefox/

5. 7zip
7zip2

Pernahkah anda cuba membuka fail berformat .zip tetapi ada masalah? Mungkin sahaja anda belum memasang perisian untuk unzip  fail format tersebut.Apa yang anda boleh lakukan ialah,anda boleh install perisian 7zip (percuma) ini.

Untuk Muat Turun,
URL : http://filehippo.com/download_7zip/

 

6. Microsoft Security Essentials

mseupgradeJika anda bertanya kepada penulis mengapa penulis memilih Microsoft Security Essentials ini padahal lebih banyak lagi perisian-perisian antivirus yang hebat di luar sana,jawapan penulis adalah mudah,kerana Microsoft Security Essentials merupakan perisian antivirus PERCUMA yang anda boleh muat turun ke dalam komputer anda.

Bagi penulis juga,Microsoft Security Essentials juga mempunyai kelebihannya tersendiri berbanding dengan antivirus-antiivirus yang lain.

Jika anda mempunyai sedikit wang,anda boleh memilih antivirus yang popular seperti Avast,Avira,Kaspersky dan banyak lagi.

Untuk Muat Turun,

URL : http://filehippo.com/download_security_essentials/

 

7. Photoscape

photoscape-06-700x521

 

Jika anda berminat untuk edit gambar anda,anda boleh mencuba perisian percuma ini.Perisian ini juga adalah sangat mudah untuk dipelajari dan penulis pasti anda tentu menyukainya 🙂

Untuk Muat Turun,

URL : http://filehippo.com/download_photoscape/

8. Foxit
foxit-reader_windows_1

Jika anda ingin membuka dokumen berformat .pdf,anda harus memasang perisian ini dahulu.Perisian foxit reader ini merupakan salah satu perisian yang popular untuk membuka dokumen berformat .pdf.

Untuk Muat Turun,

URL : http://filehippo.com/download_foxit/

9. Flash Player

Macromedia-Flash-Player_1

Pernahkah anda mengalami situasi,ketika melayari laman youtube,anda tidak dapat menonton kerana plugin flash player belum dipasang pada komputer anda? Jika pernah anda harus memasang terlebih dahulu perisian ini.

Untuk Muat Turun,

URL : http://filehippo.com/download_flashplayer/

10. itunes

windows-itunes-importing-music-tracks

 

Jika anda seorang penggemar muzik,penulis syorkan anda untuk muat turun perisian ini.Perisian ini membolehkan anda untuk mendengar lagu-lagu kegemaran anda melalui komputer anda.

Untuk Muat Turun,
URL : http://filehippo.com/download_itunes/

 

Baiklah itu sahaja,10 senarai perisian yang penting untuk komputer anda.Pada artikel yang akan datang lagi,penulis akan tambah lagi beberapa perisian yang biasa digunakan untuk komputer anda. Nantikan 🙂

Jangan lupa share artikel ni ya! 🙂

10 Perisian

© 2015, khairilizwan. All rights reserved.

Add a Comment