Lain - lain, Perkakasan Komputer

2,000 Netbook 1Malaysia rosak, minta SKMM selesai masalah

Netbook 1Malaysia

netbook 1Malaysia

 

JOHOR BAHRU 31 Mei – Lebih 2,000 penerima Netbook 1Malaysia dari Parlimen Pasir Gudang kecewa selepas komputer percuma yang diterima mereka tidak boleh digunakan.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad berkata, ramai antara penerima yang tidak berpuas hati itu membuat aduan kepada Pejabat Penerangan UMNO Bahagian Pasir Gudang di sini.

Katanya, antara masalah yang dihadapi termasuk komputer tidak berfungsi, sistem Windows gagal beroperasi dan cakera keras rosak selain bateri tidak boleh dicas.

“Parlimen Pasir Gudang menerima sebanyak 2,110 unit Netbook 1Malaysia tahun lalu, namun sebanyak 1,055 unit terpaksa dikembalikan untuk dibaiki.

“Masalah sama berulang selepas majlis penyerahan komputer itu April lalu selepas sebanyak 960 daripada 2,246 unit Netbook 1Malaysia dilaporkan mempunyai masalah serupa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Rohazam Shah, pihaknya telah mengutarakan masalah itu kepada syarikat komputer berkenaan yang beroperasi di Kuala Lumpur namun dimaklumkan kontrak mereka sebagai pengedar berakhir April lalu.

“Syarikat itu turut memaklumkan komputer yang hendak dibaiki akan dikenakan caj. Sekarang siapa yang perlu bertanggungjawab dan saya berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dapat membantu menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Sementara itu, penerima, Keliwon Misran, 45, berkata, dia yang merancang menghadiahkan komputer itu kepada anaknya kecewa selepas mendapati gajet tersebut rosak dan tidak berfungsi.

Sehubungan itu, dia berharap masalah tersebut dapat diatasi segera supaya objektif kerajaan merapatkan jurang digital antara golongan bandar dan luar bandar menerusi pemberian Netbook 1Malaysia berkenaan dapat dicapai.

Sumber : Utusan

Netbook 1Malaysia

© 2013, khairilizwan. All rights reserved.

Previous ArticleNext Article
Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Network".Antara perkhidmatan yang ditawarkan Khaiz Network ialah perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online,sewaan domain & hosting,personal coaching,seminar,perkhidmatan video & gambar untuk perkahwinan,perkhidmatan hotspot dan banyak lagi.

Leave a Reply