Selamat Datang ke Laman Blog Cekap Komputer

Selamat datang ke laman blog cekapkomputer.com.Untuk makluman pengunjung dan pembaca sekalian,laman blog ini akan menggantikan laman blog cekapkomputer.blogspot.com …Ini kerana dengan terbinanya laman blog yang baru ini,laman blog rasmi cekap komputer akan lebih kemas dan teratur…suda lama saya bercadang untuk memindahkan blog Cekap Komputer ini.Selain itu,bagi menghargai kesetiaan pembaca-pembaca Cekap Komputer,saya akan simpan pautan blog anda di laman blog baru cekap komputer ini…Saya lihat banyak terdapat pautan blog cekap komputer ini di laman-laman blog anda…oleh itu saya akan sediakan satu ruangan untuk pautan website/blog anda.

Sebelum ini,Laman blog Cekap Komputer hanya menggunakan laman blog dari host percuma iaitu blogger.com…Tempat yang disediakan oleh blogger.com ini adalah sangat baik sekali,namun rasanya saya perlukan satu kelainan dengan menggunakan WordPress untuk menjadikan laman blog Cekap Komputer lebih kemas….Semoga perpindahan blog Cekap Komputer ini akan membawa kebaikan kepada anda semua…Terima Kasih atas sokongan yang anda berikan selama ini!

Install Internet Explorer 6 pada ubuntu anda!

Jika anda menggunakan linux contoh seperti ubuntu…pelayar web yang disediakan ialah Mozilla Firefox..ini kerana firefox juga bersifat open source…namun terdapat beberapa sebab memerlukan kita menggunakan Internet Explorer kepunyaan Micro$oft Windows,ini kerana ada beberapa laman web yang memerlukan kita menggunakan Internet Explorer ini untuk memastikan kita boleh menggunakan kemudahan yang ada pada laman web tersebut…dan hanya menerima ie untuk kita login dan sebagainya.Diharapkan isu seperti ini pada masa akan datang dapat diselesaikan dari semasa ke semasa…diharapkan pengguna linux di negara ini akan terus meningkat setiap masa.

Baiklah,anda tidak perlu mengeluh kerana anda juga boleh menggunakan ie pada ubuntu anda…anda hanya perlu melakukan beberapa perkara untuk memasang ie pada ubuntu anda.

Pertama sekali,anda perlu install wine pada sistem ubuntu anda…

Application > Add/Remove > kemudian tukarkan ke “All Avaiable application

kemudian cari “wine” dan tanda untuk install.Setelah anda siap install wine ini,kini anda perlu install cabextract .Caranya menggunakan terminal

Applications > Accessories > Terminal

Kemudian masukkan command ini

sudo apt-get install cabextract

Kemudian,download IEs4Linux
Download di sini

Kemudian extract fail yang anda muat turun tadi,kemudian double klik pada ies4linux kemudian klik “run”


Menu seperti gambar di atas akan kelihatan dan kemudian klik “OK”.Kemudian tunggu proses pemasangan ie tersebut selesai.

Anda boleh lihat Internet Explorer siap sedia untuk digunakan...selamat mencuba!

Perjumpaan KKLUG(Linux) pada 29/08/09!

Sebelum ini,saya ada menulis artikel mengenai KKLUG(Kota Kinabalu Linux User Group) di blog ini.Beberapa perjumpaan telah diadakan sebelum ini…nampaknya KKLUG ini mendapat sambutan dari semasa ke semasa….jika sebelum ini kita hanya membuat perjumpaan di restoran namun kali ini nampaknya tempat perjumpaan untuk sabtu ini lebih baik dan dilengkapi oleh kemudahan wifi dan sebagainya….kepada mereka yang berada di sekitar Kota Kinabalu,Sabah boleh la menyertai perjumpaan ini jika anda berminat dengan Linux…juga kepada mereka yang baru dan ingin mempelajari linux ini juga dijemput hadir..semoga kali ini,lebih banyak penyertaan ahli baru ke dalam group ini.

29/Aug, jam 2 ptg
bertempat di ICC Computer Lab, No 8, Tingkat 1, Blok A, Wisma Kosan, Likas
(depan SM All Saints, Likas)

Berhati-hati! Jangan jadi mangsa di dunia internet!

Seperti dalam artikel saya sebelum ini,cubaan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mencuri maklumat akaun bank kita kian menjadi-jadi…selalunya risiko besar tertumpu kepada mereka yang menggunakan khidmat online banking seperti maybank2u,cimb clicks dan sebagainya….baru2 ini banyak saya terima email palsu ini…..menurut email palsu ini,akaun bank kita mengalami masalah dan anda diminta untuk login ke akaun bank contohnya menggunakan maybank2u dan sebagainya…melalui email yang saya terima yang tidak tahu datangnya dari mana ini,mereka cuba untuk memperdayakan pengguna2 maybank2u….tentu sekali jika anda tidak membaca dengan teliti email ini akan terpedaya…..

contoh tajuk email yang anda terima kononnya dari maybank2u

jika anda teliti dengan betul anda boleh lihat pautan maybank2u bukanlah ke laman web rasmi maybank2u…..

tips utama untuk tidak terpedaya :

Jangan sesekali isi atau mempercayai sebarang email yang menyuruh anda mengisi maklumat2 penting anda terutama sekali berkaitan dengan akaun bank anda..! sentiasa berwaspada dengan dunia internet….banyak kebaikan dan keburukan darinya….

Kerajaan Malaysia cadang IPv6

KUALA LUMPUR 21 Julai – Malaysia bercadang menukar rangkaian Internet versi 4 (IPv4) ketika ini kepada Protokol Internet versi 6 (IPv6) berikutan peningkatan permintaan bagi ruang alamat Internet.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, langkah tersebut bertujuan membolehkan penyediaan kemudahan jalur lebar yang lebih canggih dan meluas di negara ini.

Beliau berkata, langkah itu sekali gus membantu semua universiti serta institusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) di negara ini menjalin kerjasama di peringkat global dengan lebih berkesan.

”Inisiatif ini merupakan bukti komitmen kerajaan dan pengiktirafan terhadap peranan penting yang dimainkan oleh infrastruktur komunikasi terkini bagi menyokong pembangunan penyelidikan dan kegiatan itu di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Rangkaian Penyelidikan dan Pendidikan Malaysia (Myren) dan Rangkaian Terkini Asia Pasifik ke-28 (APAN) anjuran bersama Myren, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.

Joseph memberitahu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM43 juta kepada Myren bagi menghubungkan semua institusi pendidikan tinggi swasta, institusi penyelidikan kerajaan dan makmal industri swasta dengan pusat-pusat penyelidikan global.

Beliau berkata, peruntukan itu membolehkan kumpulan penyelidik di negara ini mengadakan hubungan serta kerjasama dengan institusi penyelidikan ternama dunia.

”Kerajaan menyedari bahawa dunia penyelidikan moden bergantung kepada kemajuan dalam infrastruktur dan teknologi komunikasi bagi menghasilkan, mengumpul, berkongsi maklumat, menyimpan serta mendapatkan semula maklumat.

”Sesetengah penyelidikan hanya dapat dimajukan melalui kemajuan dalam infrastruktur dan teknologi komunikasi serta kerjasama di antara penyelidik tempatan dan antarabangsa untuk terus bersaing,” katanya.

”Joseph memberitahu, atas kesedaran itu, sejak dua dekad lalu, kerajaan telah mengambil langkah untuk menyediakan infrastruktur yang terbaik bagi penyelidikan dan pembangunan.

Katanya, salah satu strategi ialah untuk memastikan pada 2010 penembusan jalur lebar ke rumah-rumah di seluruh negara mencapai tahap 50 peratus.

Beliau berkata, kerajaan juga akan melaksanakan aktiviti di jabatan kerajaan dan sektor swasta bagi memastikan pelaburan di dalam jalur lebar menyokong pembangunan di dalam pendidikan, kesihatan, perkhidmatan kerajaan serta penyelidikan dan pembangunan.

”Usaha untuk mempromosikan institusi penyelidikan dan pembangunan tempatan mengadakan perkongsian dengan institusi antarabangsa dalam pembangunan teknologi rangkaian juga akan dilipatgandakan,” katanya.

Sumber : http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0722&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_23.htm