Jom bertukar pautan dengan Blog Cekap Komputer!

komuniti cekap komputer

Kepada rakan-rakan blogger yang berminat untuk bertukar pautan dengan blog Cekap Komputer.Saya menyediakan ruangan khas untuk sesiapa yang berminat. http://blog.cekapkomputer.com/rakan-ck/

Syarat-syarat :

1.Anda perlu meletakkan samada pautan http://blog.cekapkomputer.com , http://cekapkomputer.com atau banner cekap komputer seperti yang disediakan.

(kod untuk banner ini boleh didapati di http://blog.cekapkomputer.com/rakan-ck )

2 . Pastikan laman blog anda tidak berunsurkan spam,lucah dan sebagainya yang boleh merosakkan dan menggangu mana-mana pihak.

3. Setelah anda selesai meletakkan banner atau pautan Cekap Komputer ke laman web dan blog anda,sila lengkapkan butiran-butiran berikutt :

Nama penulis :

Nama blog/web :

URL blog/web :

Sedikit info mengenai blog/web anda :

Hantar ke email khairilizwan89@yahoo.com

p/s Laman blog/web anda akan disenarai mengikut nama blog/web yang anda nyatakan…Laman blog anda akan diletakkan di ruangan ini http://blog.cekapkomputer.com/rakan-ck/

10 Perisian Penting yang perlu ada dalam komputer anda

Terdapat banyak perisian penting yang perlu ada dalam komputer anda,namun pada post kali ini saya hanya nyatakan 10 dahulu antara perisian yang paling penting untuk komputer anda.

1.Ccleaner,Untuk membersihkan sampah-sampah yang apa pada komputer anda,juga berfungsi sebagai unistall program dan membaiki registry sistem komputer anda. http://www.ccleaner.com/

2.Foxit Reader,untuk membaca fail pdf. http://www.foxitsoftware.com/pdf/reader/

3. Unlocker,bertindak jika terdapat fail-fail yang tidak boleh didelete. http://ccollomb.free.fr/unlocker/

4. 7-zip,perisian percuma membolehkan kita membukan fail berformatkan .zip .rar .tar dan sebagainya http://www.7-zip.org/

5. Firefox, pelayar web sama seperti Internet Explorer.Namun,pelayar ini lebih banyak kelebihannya. http://www.filehippo.com/download_firefox

6. Nero , untuk burn,copy CD http://www.filehippo.com/download_nero_burning_rom/

7. K-lite Codec Pack ,sebagai player Video komputer kita. http://www.filehippo.com/download_klite_codec_pack/

8. Spybot Search & Destroy,perisian yang memastikan komputer kita terhindar dari ancaman seperti spyware dan sebagainya. http://www.filehippo.com/download_spybot_search_destroy/

9. Antivirus Avira,Terpulang kepada anda untuk memilih antivirus apa..saya syorkan avira.Saya sendiri menggunakan antivirus avira ini kerana bagi saya ianya sesuai dengan saya.terpulang kepada anda.

http://www.filehippo.com/download_antivir/

10. Winamp, perisian percuma yang membolehkan kita mendengar mp3,wma dan sebagainya. http://www.filehippo.com/download_winamp/

KKLUG bersama Nasrul Amri Samsudin,penulis buku Rahsia Pemasaran Facebook

Pada 15/11/2009 yang lepas,saya dan beberapa rakan dari KKLUG(Kota Kinabalu Linux User Group) yang lain berpeluang mendengar seminar ringkas dari Nasrul Amri Samsudin iaitu penulis muda buku Rahsia Pemasaran Facebook http://www.rahsiapemasaranfacebook.com.Beliau memberi tunjuk ajar dan penerangan kepada kami cara menghasilkan pendapatan melalui facebook.com.Turut hadir bersama rakan beliau Hidzuan Hashim dari http://www.osdc.my/ .

DSC04510

Penerangan mengenai cara menghasilkan duit melalui facebook.com

withtun

Ketika pelancaran buku “Rahsia Pemasaran Facebook”.

rpfb

Ingin mempelajari cara menghasilkan pendapatan melalui facebook.com?Jom beli buku Rahsia Pemasaran Facebook.

http://www.rahsiapemasaranfacebook.com/buku/

ebook

Antivirus Avast untuk Ubuntu Linux

avast006

Jika anda bertanya kepada pengguna linux,tentu sekali mereka akan mengatakan mereka tidak akan mengalami masalah virus tidak seperti sistem operasi Windows yang popular dengan virus…Jika pendrive anda dijangkiti virus,virus dari Windows tersebut tidak akan dapat menjangkiti sistem operasi Linux atau lebih senang lagi virus tersebut tidak aktif pada sistem operasi linux…sebab inilah mengapa terdapat segelintir pengguna memilih sistem operasi Linux.

Jika anda ingin menggunakan sistem operasi linux seperti Ubuntu,dan masih kurang yakin jika komputer anda dijangkiti virus,anda boleh install perisian antivirus pada ubuntu anda seperti antivirus Avast.Selain dari alasan was-was anda,anda boleh gunakan antivirus ini untuk “scan” pendrive anda atau kawan anda yang dijangkiti virus dari Windows.

Bagaimanakah cara untuk memasang antivirus Avast ini?

Caranya cukup mudah,anda download program antivirus Avast ini.Format program Antivirus Avast ini ialah .Deb(untuk sistem linux Ubuntu)berbeza dengan program pada Antivirus Avast untuk Windows .exe (jadi anda tidak boleh install antivirus Avast Windows pada sistem linux)

Sila download antivirus Avast untuk linux ini,rujuk pautan di bawah.

http://www.avast.com/eng/download-avast-for-linux-edition.html

Kemudian,jika anda menggunakan sistem operasi Ubuntu/Linux pilih butang download pada “avast! Linux Home Edition (DEB package)”

Setelah selesai muat turun program Avast untuk Linux tersebut,Double klik kemudian install seperti biasa.(klik butang install)

kemudian setelah selesai install,anda boleh membuka program Avast yang telah diinstall pada sistem Ubuntu anda..caranya, Application > Accessories > Avast

Memohon Key untuk antivirus Avast

Untuk mengaktifkan antivirus Avast tersebut,anda memerlukan “key”…anda boleh mendapatkan key tersebut secara percuma..Isi borang tersebut dan anda akan mendapatkan “key” yang dihantar ke email anda.

http://www.avast.com/eng/home-registration.php

Register your avast! Home Edition for 1-year license

  • avast! Home Edition works for 60 days after installation in trial mode
  • After 60 days you need to register to get your free license key and stay protected
  • Your free license key is sent within 24 hours by e-mail after registration
  • If the license does not come in 24 hours please check your junk or SPAM folder
  • You need to enter the license key in the program to continue to use it after the 60-day trial period

Periksa email anda,anda akan mendapat key tersebut..Selamat mencuba… 🙂

Dengar radio online di komputer anda.

Post kali ini saya tunjukkan tips mudah untuk mendengar radio online di komputer anda.Seperti yang saya selalu nyatakan sebelum ini,masih banyak yg belum mengetahui cara ini walaupun ianya mudah..saya faham kita semua berlainan ilmu dan cara,tidak mengapa sama-sama kita berkongsikan ilmu kita.Seperti saya sendiri,radio online yang sering saya dengari ialah Sabahan.FM(Promote sikit…hehe)..

Banner SabahanFM

Banyak cara untuk anda mendengar radio online ini,caranya ialah dengan terus ke laman radio online tersebut…kali ini saya akan tunjukan cara mudah dan ringkas iaitu mendengar radio online melalui pautan radio online tersebut.

Contoh pautan radio online http://sabahan.fm/listen.pls

Anda boleh klik terus pada pautan tersebut,namun kadang kala terdapat masalah yang berlaku seperti program seperti winamp,media player dan sebagainya tidak juga dipaparkan.

Pertama sekali buka program Winamp anda.Jika tidak ada download secara percuma di http://www.filehippo.com/download_winamp/ .Setelah siap install winamp tersebut,buka perisian tersebut kemudian right klik pada winamp tersebut seperti gambarajah di bawah.

radio online1

Kemudian masukkan url yang disediakan.

radio online2

Siap untuk di dengar! Mudahkan…

P/s : Dengarkan radio online sabahan.FM .Layari http://sabahan.net/.Dengarkan radio online dari Sabah dimana sahaja anda berada.

Perbezaan ebook & buku

Baiklah pada post kali ini saya ingin menerangkan mengenai perbezaan ebook dan buku sebenar.Bagi mereka yang tahu mengenai hal ini tentu sekali menganggap artikel ini tidak memberi kepentigan kepada mereka,namun apa yang saya sendiri sedar dan lihat…ada juga mereka yang di luar sana tidak tahu membezakan ebook dan buku ini….Bagi mereka yang masih tidak memahami mengenai perbezaan ebook dan buku,saya harap artikel ini dapat membantu anda sedikit demi sedikit memahami mengenai ebook ini.

Buku

book

Tentu sekali anda memahami sepenuhnya apa itu buku,bentuk fizikal buku,apa yang kebiasaannya ada pada buku.Jadi saya rasa saya tidak perlu menerangkan secara lanjut mengenai buku ini.

E-book @ buku eletronik

ebook CK edisi 1

Baiklah bagaimana pula dengan ebook?ebook atau juga dikenali sebagai buku eletronik merupakan antara salah satu cara untuk menyampaikan maklumat dan ilmu dangan cara yang lebih moden iaitu dengan menggunakan bahan eletronik.E-book kebiasaannya berbentuk fail .pdf,namun terdapat juga ebook yang hadir dalam format yang lain.Sama seperti buku sebenar yang kita pegang dan lihat selalu,ebook juga merangkumi pelbagai bidang contoh teknologi,masakan,panduan memasak dan sebagainya.

Mengapakah kebanyakan orang memilih ebook berbanding dengan buku sebenar?

  • Mudah dibawa ke mana-mana tanpa perlu membebankan anda.
  • Kemudahan hyperlink ,anda boleh terus ke laman web yang dinyatakan di dalam ebook tersebut jika ada sambungan internet.
  • Mudah dihasilkan.
  • Penghantaran yang mudah dan tidak memerlukan kos.
  • Tidak mudah rosak.
  • Sesuai untuk perniagaan,tidak memerlukan modal yang besar.

Namun terdapat juga kelemahan ebook ini,contohnya anda memerlukan peranti komputer untuk membacanya,tetapi anda boleh print ebook tersebut dan ia akan jadi sebuah Buku.

P/s : Jangan tersilap dengan hanya melihat cover ebook yang kelihatan seperti sebuah buku yang boleh dipegang,cover tersebut hanyalah sebuah contoh,cover tersebut dibina menggunakan perisian khas.

P1 Wimax – Dah Potong ke belum?

Dah potong ke belum?begitulah iklan tv P1 Wimax yang pada ketika ini hangat diperkatakan.Pelbagai respon yang kita boleh dapat dari orang ramai mengenai wimax ini,ada yang mengatakan servis yang ditawarkan oleh Wimax ini adalah lebih baik berbanding penyumbang perkhidmatan internet terbesar di Malaysia buat masa kini(Streamyx).Laman utama Wimax http://www.p1.com.my/

Info Mengenai P1 Wimax,

Packet One Networks (P1) ialah sebuah syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi, jalur lebar dan WiMAX di Malaysia yang diasaskan pada tahun 2002 sebagai anak syarikat Green Packet Berhad. Pada bulan Mac 2007, P1 merupakan salah satu dari empat buah syarikat yang dikurniakan lesen spektrum 2.3GHz oleh kerajaan Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan WiMAX di seluruh negara. Pada bulan 2008, P1 mencatat sejarah selaku syarikat pertama yang melancarkan khidmat WiMAX komersil di Malaysia. Ia merupakan syarikat yang pertama dalam pembangunan skala besar teknologi komunikasi WiMAX di Asia Tenggara dan juga syarikat komersil pertama dalam mengusahakan jaringan antara 802.16e 2.3GHz WiMAX di luar Korea Selatan. Syarikat ini berjaya memenangi anugerah ‘Syarikat Teknologi Swasta Paling Inovatif’ oleh Red Herring Asia pada tahun 2008.

P1 percaya dalam usaha memupuk pemikiran kreatif baru adalah penting dalam hasrat membangunkan Malaysia yang lebih progresif dan inovatif. Maka P1 dengan besar hatinya menajakan projek 15Malaysia di bawah program tanggungjawab sosial korporat yang dikenali sebagai ‘P1 Filmmakers Showcase’. Projek ini adalah sebahagian daripada senarai projek yang berada di dalam program inisiatif untuk memupuk seni tempatan dan memberi penghargaan kepada para seniman tempatan yang kerap disokong oleh P1.

Syarikat subsidiari P1 iaitu RUUMZ juga merupakan platform dalam talian rasmi untuk 15Malaysia. RUUMZ adalah platform jaringan sosial dalam talian Malaysia yang tersendiri dan ahli-ahlinya dapat bersantai, mendengar muzik, menonton filem, bermain games, berbual dan menjadi sebahagian dari komuniti siber yang segar.

sumber, http://ms.wikipedia.org/wiki/Packet_One_Networks

Untuk menyemak samada kawasan tempat tinggal anda berada di dalam coverage wimax sila rujuk pautan ini, http://www.p1.com.my/wimax/coverage_ref.aspx

image001

Selain P1 Wimax,kini amax Wimax pula akan berada di pasaran..lihat pakejnya di sini http://www.amax.my/packages.html

amax

P/S : Kekurangan Wimax sekarang kawasan liputan Wimax masih belum meluas,kat Sabah pun belum semua tempat ada…jadi nak potong apa?hehe…

Kemunculan Windows 8 pada 2012?

Windows-8

windows8roadmap

Pengeluaran windows 7 pada 22 oktober yang lalu masih lagi hangat untuk kita semua,namun samada kita tahu ataupun tidak pembangunan sistem operasi selepas windows 7 iaitu windows 8 dikatakan bakal direalisasikan pada akhir 2011 ataupun awal tahun 2012…Bukan itu sahaja,Windows Server 8 dijangkakan akan turut direalisasikan.

walaupun berita mengenai windows 8 buat masa kini masih belum banyak boleh diperkatakan namun terdapat beberapa info mengenai windows 8 ini :

  • Windows 8 akan menyokong 32,64 dan kemungkinan 128-bit.
  • Fungsi Hibernate dan resume pada windows 8 akan mempunyai enjin baru.
  • Windows 8 akan mempunyai sistem rangkaian yang baru.
  • Windows 8 akan mempunyai sokongan lebih baik untuk multimonitor.
  • Steven Sinofsky,presiden dari Windows bertanggungjawab dalam pembangunan windows 8 ini.

Jika Windows 7 dikatakan lebih baik daripada Windows Vista,Nampaknya Microsoft perlu menjadikan Windows 8 lebih baik dari Windows 7.Sama-sama kita menunggu berita mengenai Windows 8 ini.

Download ebook percuma CK 2008/2009

cover free ebook ck copy - Copy

Bagi mereka yang belum muat turun ebook versi percuma Cekap Komputer anda boleh download melalui pautan yang diberikan di bawah ini.Di sini saya kumpulkan kedua-dua ebook percuma tersebut iaitu ebook percuma CK 2008 dan 2009.Sila laporkan kepada saya jika anda masih ada masalah untuk muat turun ebook ini. 🙂

Himpunan artikel-artikel terpilih blog cekap komputer 2008/2009

“Sumber Ilmu Pengetahuan Berguna Untuk Anda”

ebook percuma Cekap Komputer 0809.zip