Mematikan fungsi autoplay pada Windows 7!

Baiklah pada post kali ini,saya akan menunjukkan cara untuk mematikan fungsi autoplay pada Windows 7 anda.

Mengapakah kita perlu mematikan fungsi autoplay ini?

Bagi sesetengah pengguna,fungsi autoplay adalah berguna kepada mereka terutamanya bagi kegunaan contohnya CD pembelajaran yang menggunakan fungsi autoplay.Namun bagi sesetengah pengguna,fungsi ini kadangkala melecehkan dan menyusahkan kita.Selain itu,kebiasaannya fungsi autoplay ini disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan lagi virus-virus mereka selalunya melalui pendrive.

Bagaimanakan cara mudah dan ringkas untuk mematikan fungsi autoplay ini pada Windows 7 anda?

Baiklah saya akan memberikan anda cara mudah dan ringkas untuk mematikan fungsi autoplay ini.Dengan hanya 4 – 5 langkah fungsi ini dapat dimatikan.

Pertama sekali,Klik pada butang logo Windows pada tepi Toolbars anda dan klik pada ruangan yang bertulis “search programs and files”.Ruangan “search programs and files” ini juga sebenarnya adalah fungsi RUN seperti yang ada pada Windows XP sebelum ini.Kemudian taip gpedit.msc .

autorun1

Kemudian,klik pada Computer Configuration > Administrative Templates > Windows Components > Klik pada AutoPlay Policies.Rujuk gambarajah di bawah.

autorun2

Baiklah pada bahagian AutoPlay Policies,klik pada Turn Off Autoplay,kemudian satu tetingkap akan dipaparkan dan klik pada pilihan Enabled dan pastikan bahagian bawah Options dipilih All drives.Rujuk gambarajah.

autorun3

Mudah dan ringkas kan? Jom cuba sendiri…

P/s Maaf sejak kebelakangan nie sibuk sikit dengan projek-projek untuk tahun 2010…selamat tahun baru!