Jom Muat Turun Firefox 3.6

Baru-baru ini Mozilla telah melancarkan pelayar web baru firefox 3.6.Pelayar web firefox versi 3.6 dilengkapi dengan fungsi-fungsi terbaru.

Antara fungsi-fungsi terbaru yang ada pada pelayar web firefox versi 3.6 :

– Lebih pantas

– Tersedia lebih dari 70 bahasa

– Sokongan penukaran tema melalui Personas,yang membolehkan pengguna menukarkan tema pelayar melalui satu klik. http://www.getpersonas.com

– Dapat memaparkan video pada pelayar web dalam skrin penuh ,dan menyokong poster frame.

– Perlindungan daripada out-of-date plugin.

– Peningkatan kepada keupayaan JavaScript.

– Sokongan untuk DOM baru dan HTML5 spesifikasi termasuk Drag & Drop File API dan API, yang membolehkan laman web lebih interaktif.

Anda boleh mendapatkan lebih banyak info mengenai pelayar web 3.6 melalui http://www.mozilla.com/en-US/firefox/3.6/releasenotes/

Link : http://filehippo.com/download_firefox/

Install Pelayar Web Google Chrome pada sistem Linux anda!

Saya pernah menulis artikel mengenai pelayar web yang baru iaitu Google Chrome di dalam blog CK.Seperti yang kita semua tahu,pelayar web baru Google Chrome tidak kurang hebatnya.Pelayar web ini dikatakan lebih mudah digunakan serta pantas.

Sebelum ini,anda boleh menggunakan atau mencuba pelayar web ini pada sistem operasi Windows.Namun kini,anda boleh mencuba pelayar web ini pada sistem operasi linux anda seperti Ubuntu.Anda akan diberi pilihan untuk muat turun installer pelayar web ini mengikut distro linux yang anda sedang gunakan.

Antara pakej-pakej yang anda muat turun :




Untuk mencuba pelayar web ini pada sistem operasi linux anda,sila ke http://www.google.com/chrome

Cara Membuat & Memiliki Akaun Facebook Anda Sendiri!

Mempunyai akaun facebook buat masa kini tentu tidak asing lagi,tidak kira golongan muda ataupun golongan tua dan bekerja masing-masing mempunyai akaun facebook mereka tersendiri.Keunikan yang ada pada facebook membuatkan ianya istimewa berbanding laman web sosial seperti myspace,tagged,friendster dan sebagainya.Kini ramai yang diluar sana menyedari bahawa facebook bukan sahaja tempat untuk kita bersuka-suka sahaja,facebook juga berpotensi untuk perniagaan anda! Pendapat ini tentu sekali dipersetujui oleh blog-blog ahli bisnes internet yang lain.

Facebook bukan sahaja tempat untuk anda bermain permainan berkebun,restoran dan sebagainya,facebook juga sebenarnya boleh dijadikan salah satu sumber pendapatan sampingan jika kita tahu menggunakannya dengan sebaiknya.Jika friendster yang hanya dianggap sesuai untuk golongan muda untuk menambah kenalan semata-mata,berbeza dengan facebook,facebook juga amat diminati oleh golongan ahli politik,pemimpin,professional dan ahli perniagaan.Salah satu perkara menarik mengenai facebook,kita dapat mencari kenalan lama yang mungkin sudah lama terputus hubungan.

Beberapa orang rakan saya tidak kira tua dan muda bertanyakan kepada saya bagaimana cara untuk membuka akaun facebook.Membuka akaun anda di facebook adalah sangat mudah sekali,anda hanya perlu mengisi beberapa butiran-butiran pada borang yang disediakan.Pada post kali ini,saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana cara mudah membuka akaun anda di laman web facebook.

Pertama sekali,masuk ke laman web rasmi facebook http://www.facebook.com ,dan anda akan menjumpai borang daftar di tepi laman web tersebut.

Isikan butiran-butiran yang diminta,kemudian klik butang “Sign Up“,sila isi selengkapnya code apabila diminta.

Pada step pertama,anda diminta untuk menambah kawan yang mungkin anda kenal,anda boleh skip ruangan ini.Klik “Skip this step

Kemudian,anda diminta mencari atau menjemput rakan-rakan anda  melalui email anda.Anda juga boleh “skip” ruangan ini.Klik “Skip this step

Isi butiran-butiran yang diminta seperti sekolah lama anda dan sebagainya.

Sama seperti ruangan sebelum ini,anda diminta untuk tambah rakan-rakan anda yang kemungkinan anda kenal.Kemudian klik Save & Continue .

Anda diminta untuk muat naik gambar profil anda untuk akaun facebook anda.Anda juga boleh upload gambar anda kemudian.

Akaun anda masih belum diaktifkan,sila semak email anda dan klik pautan yang dikirimkan oleh facebook ke email anda.

Email yang anda dapat adalah seperti gambarajah di bawah,klik pautan yang dinyatakan.

Tahniah! Akaun facebook anda telah aktif! Selamat mencuba..

Ada apa dengan facebook? 🙂

Cara memaparkan “Run Command” pada start menu(Windows 7)

Jika anda pengguna Windows XP,tentu anda biasa menggunakan fungsi “Run” yang ada pada start menu Windows XP.Berbeza dengan Windows 7 ataupun Windows Vista,anda akan melihat sedikit perubahan terutamanya fungsi “Run” tidak terdapat pada start menu Windows 7.Bagaimana memaparkan “Run Command” ini pada start menu Windows 7 anda?Baiklah saya akan menunjukkan cara yang mudah untuk memaparkan fungsi “Run Command” ini pada start menu Windows 7 anda.

1.Pertama sekali,klik kanan pada ruangan lapang start menu kemudian pilih “Properties”

2.Kemudian,klik pada “Customize”.Tetingkap “Customize Start Menu” akan dipaparkan seperti gambarajah di bawah.Cari “Run Command” kemudian tick,selepas itu klik butang butang “OK”.

3.Selesai! anda boleh lihat “Run Command”telah dipaparkan pada start menu Windows 7 anda.Selamat Mencuba.

p/s Tutorial ini merupakan salah satu dari 130 tutorial tips dan trik komputer Windows XP dan Windows 7  pada ebook CK versi jual yang akan dipasarkan tidak lama lagi.

Jom ajak rakan-rakan ke fan page facebook CK

Jika anda rasa blog Cekap Komputer ini banyak membantu anda,jom ajak rakan-rakan facebook yang lain ke fan page Cekap Komputer.Anda dan rakan anda secara tidak langsung juga boleh membaca artikel-artikel terbaru dari blog Cekap Komputer ini melalui facebook anda.

Cara untuk mengajak rakan-rakan anda menjadi fan facebook Cekap Komputer adalah mudah.

Melalui http://www.facebook.com/#/pages/Cekap-Komputer/161144571648 ,klik “Suggest to Friends” dan jemput rakan-rakan anda sebanyak berapa yang boleh. 🙂