Cara menukarkan paparan ke projektor pada windows 7

Projektor adalah merupakan salah satu perkakasan yang penting bagi sesetengah golongan yang berkerja seperti guru dan sebagainya.

Baiklah tentu ada yang bertanya bagaimanakah cara mudah untuk menukar paparan komputer anda ke projector pada sistem operasi Windows 7?

Cara menukarkan paparan ke projector pada sistem operasi Windows 7 adalah cukup mudah,terdapat dua jalan mudah yang anda boleh lakukan.

  1. Tekan butang Windows yang ada pada papan kekunci anda(keyboard) diikuti dengan huruf P. Win + P
  2. Melalui Start Menu, taip DisplaySwitch.exe kemudian enter.


Satu paparan seperti gambarajah di atas akan terpapar.Selamat mencuba.