Bagaimana Uninstall Trend Micro OfficeScan yang dilindungi kata laluan

Baiklah pada post saya kali ini,saya akan menunjukkan cara mudah dan ringkas bagaimanakah cara untuk uninstall perisian antivirus Trend Micro OfficeScan yang dilindungi kata laluan.Saya pasti tentu ada mereka yang di luar sana terutama rakan-rakan juruteknik komputer yang pernah mengalami masalah ini,terdapat masalah untuk anda membuang perisian antivirus Trend Micro OfficeScan tersebut kerana dilengkapi oleh kata laluan.

Sebenarnya terdapat cara yang cukup mudah untuk anda uninstall perisian ini tanpa perlu mengetahui kata laluan.Saya akan menunjukkan kepada anda cara-cara tersebut lengkap dengan gambarajah.Tutorial ini khas untuk mereka yang menggunakan sistem operasi Windows XP.

Pertama sekali, Klik pada butang “Start” kemudian klik pada “Search“.Selepas itu,cari “Ofcscan.ini” pada ruangan yang disediakan.

Kemudian buka “Ofcscan.ini” ini menggunakan notepad.Kemudian cari bahagian [INI_CLIENT_SECTION].

Kemudian pada barisan Uninstall_Pwd=…. tambah “#” pada bahagian depan ayat tersebut untuk menyahaktifkan barisan tersebut.Contoh “#Uninstall_Pwd=…. “.

Dan tambah satu barisan baru dan taip ” Uninstall_Pwd=70 " seperti gambarajah di bawah.

Kemudian melalui Add or Remove Programs pada Control Panel.Uninstall Trend Micro OfficeScan.Jika kata laluan diminta, masukkan angka “1” untuk uninstall.Selesai.

Periksa keadaan komputer anda menggunakan HijackThis

HijackThis merupakan perisian yang akan memeriksa komputer,pelayar web,sistem pengendalian tatacara anda untuk menghasilkan fail log mengenai keadaan komputer anda.Anda boleh menghapuskan mana-mana program yang anda rasa tidak sesuai dan membebankan komputer anda.Selain itu,perisian ini membolehkan anda untuk mengenalpasti jika terdapat virus,malware dan sebagainya pada sistem komputer anda.Namun anda harus berhati-hati menggunakan perisian ini,jika anda kurang mahir bolehlah meminta bantuan daripada rakan-rakan yang mahir ataupun berkongsi masalah anda ini di forum-forum berkaitan komputer.

URL : http://www.filehippo.com/download_hijackthis/

*Artikel ini merupakan salah satu daripada 60 artikel ringkas pada bab perisian tambahan yang ada dalam ebook CK yang akan dilancarkan tidak lama lagi!

Btemplates.com,Template percuma untuk blog anda.

Bagi sesetengah individu atau syarikat,blog kini merupakan salah satu yang terpenting untuk mereka.Pada masa kini,kita dapat melihat pelbagai jenis blog,ada yang menulis blog mengenai diri sendiri,komputer,sesuatu tempat,tempat-tempat menarik dan banyak lagi.Baiklah,kepada mereka yang membuat blog melalui https://www.blogger.com ( contoh domian blog seperti cekapkomputer.blogspot.com ),kebiasaan template asal yang disediakan tidaklah terlalu banyak dan kurang pilihan.

Btemplates.com merupakan laman web yang menawarkan anda template-template blog yang menarik dan ianya percuma! Walaupun banyak laman-laman web yang lain menawarkan template yang percuma, Btemplates.com mempunyai keunikkannya sendiri.Btemplates.com memudahkan anda memilih template-template yang disediakan,anda boleh melihat contoh sesuatu template dengan hanya mengklik pada butang “demo”.Template – template yang disediakan disusun mengikut kategori dan column.

Anda boleh melihat jumlah template tersebut dimuat turun.

Untuk sebarang pertanyaan cara untuk memasang template blog yang dimuat turun ke blog anda dan lain2.Sila ke http://btemplates.com/faqs/ .

Handycafe v3.3 telah direalisasikan

Baru-baru ini handycafe v3.3 telah direalisasikan.Anda boleh download perisian ini secara percuma di laman utama handycafe  http://handycafe.com . Bagi sesiapa yang kurang mengetahui mengenai perisian ini,Handycafe merupakan perisian yang sesuai digunakan untuk mengurus Cyber Cafe anda.

Ciri-ciri terbaru yang ditampilkan :

•    Menyokong sepenuhnya Windows XP & Vista & Windows 7 (32bit & 64bit)
•    Antaramuka user yang baru
•    Operasi Client dan startup sangat pantas
•    Database yang kuat dan kukuh
•    Peningkatan perhubungan antara Server & Client
•    Kemaskini Client yang mudah  (Help->Update License)
•    Mendapatkan kembali maklumat lesen yang hilang dengan mudah
•    Perlindungan USB
•    Menukarkan paparan idle banner dengan mudah (Options->Banners)
•    Drag & Drop
•    Pengesanan Client secara automatik (Dalam Rangkaian)
•    Berjalan dengan beberapa router
•    Menyokong sambugan Proxy
•    Pre-defined logins (One-click-login)
•    Drag & Drop login
•    Drag & Drop to change PC
•    Amaran USB plug-in/plug-out (dalam Server)
•    Pemantauan customizable skrin
•    Mengawal(remote) pengurusan dan paparan browser
•    Menukarkan maklumat pc Client dari server
•    Mengaktifkan/menyahaktifkan fungsi shutdown Client
•    Dan banyak lagi…

HandyCafe adalah semua Percuma! Tidak ada batasan waktu atau sekatan demo!

Klik di sini untuk muat turun secara percuma! http://www.handycafe.com/en/downloads.php

Mengurus iphone anda menggunakan iPhone Explorer

Dengan menggunakan iphone Explorer,anda boleh mengurus muzik,video,sms dan sebagainya tanpa menggunakan iTunes.Anda boleh melihat apa yang ada pada sistem fail iPhone anda muat turuan ataupun “upload” fail anda menggunakan sambungan USB.Apa yang lebih menarik mengenai perisian ini,anda boleh mengubahsuai atau mencipta nada dering anda sendiri.Dapatkan perisian ini secara percuma!

Download secara percuma,

http://www.software4u.de/Products/iPhoneExplorer/Default.aspx?lng=en

Sesuai untuk iTunes dan iPhone versi

  • iTunes 7.x, 8.x, 9.x
  • 2G
  • iPhone 3G
  • iPhone 3GS
  • iPod Touch