Muat turun Windows Movie Maker terbaru untuk Windows7

Jika anda sedari,Windows Movie Maker tidak tersedia pada sistem operasi Windows 7,namun bagi mereka yang ingin menggunakan perisian ini,anda boleh muat turun Windows Movie Maker untuk dipasang pada sistem operasi Windows 7 anda!

Jika pada sistem operasi Windows sebelum ini ia dinamakan Windows Movie Maker,kini pada sistem operasi Windows 7 perisian ini dikenali sebagai Windows Live Movie Maker dan ianya sebahagian daripada Windows Live Essentials (WLE).Windows Live Movie Maker dilengkapi dengan lebih banyak ciri-ciri menarik dan terbaru.Antaramuka Windows Movie Maker yang baru ini juga sedikit berbeza dengan versi sebelum ini.

Anda boleh muat turun perisian ini secara percuma di http://download.live.com/moviemaker

P/s  : Windows Live Movie Maker hanya sesuai/boleh dipasang pada sistem operasi Windows 7 dan vista,tidak kepada versi Windows XP dan kebawah.

Jalankan aplikasi-aplikasi Windows pada Ubuntu (Linux)

Melalui laman facebook fan page Cekap Komputer ,seorang daripada ahli fan page CK telah bertanya bolehkah kita menjalankan program atau permainan Windows pada sistem operasi Ubuntu ( Linux).Terima kasih kepada ahli CK yang lain yang turut membantu memberi jawapan bagi soalan yang diajukan.

Baiklah berkaitan dengan soalan yang diajukan,terdapat 3 aplikasi ubuntu yang popular dipasang untuk membolehkan anda menjalankan aplikasi ataupun permainan Windows pada sistem operasi Ubuntu anda.

Playonlinux

Playonlinux merupakan perisian sumber terbuka(open source) yang berjalan pada sistem operasi Linux.Dengan menggunakan perisian ini,anda boleh menjalankan permainan Windows seperti “Command and Conquer Red Alert 3”,  “Prince of Persia 2008”, “Warcraft III : Reign of chaos” dan banyak lagi tanpa sebarang masalah.Pada mulanya,playonlinux ini hanya terhad pada distro Debian sahaja,namun kini perisian ini kini boleh dipasang pada distro linux yang lain seperti Fedora,Mandriva,Opensuse dan sebagainya.

Untuk muat turun mengikut distro linux anda :

http://www.playonlinux.com/en/download.html

CrossOver Linux (berbayar)


Crossover linux juga tidak kurang hebatnya,perisian ini membolehkan anda menggunakan perisian .exe Windows pada sistem Linux anda.Anda boleh “install” perisian-perisian Windows dengan mudah.Perisian ini juga merupakan perisian yang mudah digunakan dan mesra pengguna.Crossover linux terbahagi kepada dua iaitu Crossover linux Standard dan Crossover linux Professional .Namun,perisian ini adalah berbayar.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perisian ini :

http://www.codeweavers.com/products/cxlinux/

Wine

Wine merupakan perisian yang mana membenarkan anda menjalankan aplikasi-aplikasi Windows pada sistem Linux.Perisian ini juga mempunyai fungsi yang sama seperti Playonlinux dan CrossOver.Perisian ini juga sesuai untuk kebanyakan distro linux seperti Ubuntu,Fedora,OpenSuse dan sebagainya.Muat turun Wine mengikut distro linux anda :

http://www.winehq.org/download/

p/s Semoga artikel ini membantu pengguna-pengguna baru Linux.Anda boleh bersama-sama kami di laman facebook fan page Cekap Komputer dan berkongsi masalah-masalah ICT anda.

http://www.facebook.com/cekapkomputer