Bantu kami besarkan komuniti Cekap Komputer di facebook!

Ketika artikel ini ditulis,ahli komuniti Cekap Komputer di facebook ( http://www.facebook.com/cekapkomputer ) telah mencecah sehingga kepada 2,688 orang.Ini merupakan satu perkembangan yang baik sejak fan page Cekap Komputer ini diwujudkan beberapa bulan yang lalu.

Saya sebagai admin & penulis Cekap Komputer ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang menyokong komuniti Cekap Komputer ini.Apa yang saya dapat lihat di halaman fan page Cekap Komputer ini,banyak diantara anda mengemukakan permasalahan berkaitan ICT dan kebiasaannya permasalahan ini akan dibantu oleh rakan-rakan komuniti Cekap Komputer yang lain.Secara tidak langsung,kita sebenarnya telah membentuk sebuah komuniti.Oleh itu,saya ingin meminta bantuan dari rakan-rakan Cekap Komputer yang lain untuk membesarkan komuniti ini supaya lebih banyak permasalahan ICT yang kita boleh kongsi serta pandangan-pandagan dari rakan-rakan CK yang lain.

Bagaimanakan caranya untuk membantu membesarkan komuniti Cekap Komputer di Facebook?

Caranya adalah cukup mudah sekali,saya akan menunjukkan cara tersebut satu persatu untuk memudahkan pemahaman anda.

Pertama sekali,masuk ke halaman fan page Cekap Komputer di facebook. http://www.facebook.com/cekapkomputer

Kemudian,disebelah kiri halaman tersebut anda dapat melihat satu ruangan iaitu “Suggest to Friends“.Klik ruangan tersebut.

Satu ruangan kotak “Suggest Cekap Komputer to friends” akan dipaparkan.Abaikan ruangan ini dan klik pada “Address Bar” pelayar web anda.Rujuk gambarajah di bawah.

Gambar di atas : Abaikan ruangan kotak ini,dan klik pada ruangan “Address Bar” seperti gambarajah di bawah.(Anda tidak perlu menutup ruangan kotak tersebut)

Kemudian,padam pautan yang ada pada address bar pelayar web anda.Kemudian gantikan dengan kode di bawah ini dan ENTER.

javascript:elms=document.getElementById('friends').getElementsByTagName('li');for(var%20fid%20in%20elms){if(typeof%20elms[fid]%20===%20'object'){fs.click(elms[fid]);}}

Selepas itu,anda perlu menunggu seketika untuk membolehkan semua rakan-rakan facebook anda dapat dijemput ke halaman Cekap Komputer.Proses ini bergantung pada bilangan rakan facebook anda.

Jika ruangan kotak tersebut kelihatan seperti gambarajah di atas,Klik butang “Send Invitations“.

Mudah kan?! Ribuan diucapkan terima kasih kepada mereka yang telah membantu membesarkan komuniti Cekap Komputer di Facebook.Komuniti Cekap Komputer,Komuniti untuk semua

Sumber Ilmu Pengetahuan Berguna Untuk Anda.

Perisian altenatif terbaik jika Command Prompt disekat

Pernahkan anda mengalami masalah seperti ini?anda tidak dapat membuka Command Prompt (cmd) komputer anda? Command Prompt merupakan salah satu kompenen penting dalam sistem operasi Windows,Command Prompt ini mempunyai banyak kemudahan termasuk membaiki sistem operasi anda,mengenalpasti virus yang ada pada komputer anda dan sebagainya.

Kebiasaannya,virus komputer akan menyekat anda untuk menggunakan fungsi ini…Ini kerana dengan menggunakan Command Prompt + sedikit kemahiran ICT anda dapat mematikan proses sekaligus membuang virus-virus yang telah menjangkiti sistem operasi anda.

Bagaimanakah caranya untuk memasuki Command Prompt ini?

Windows XP : Klik pada butang Start Windows,kemudian klik pada “RUN” dan taip CMD.

Windows 7 : Klik pada logo windows  @ butang Start ,kemudian pada ruangan kosong ” Search programs and files” taip CMD.

Jika anda tidak dapat memasuki perisian tersedia Command Prompt yang ada pada sistem operasi anda,kemungkinan besar ianya adalah disebabkan virus.Anda tidak perlu risau kerana anda boleh menggunakan perisian altenatif yang berfungsi sama seperti Command Prompt ini.

Untuk muat turun perisian tersebut secara PERCUMA,sila ke pautan berikut :

http://www.gammadyne.com/gs.exe

Chat bersama rakan FB anda menggunakan Facebook™ Chat Messenger

Facebook.com bukan sahaja sebuah laman web sosial yang membolehkan anda mencari kenalan dan sebagainya,namun facebook.com juga mempunyai kemudahan ruangan yang membolehkan kita bersembang dengan rakan-rakan facebook kita yang lain.Walaupun kemudahan ini disediakan tanpa anda perlu menginstall sebarang perisian,namun anda perlu membuka laman web facebook.com menggunakan pelayar web untuk membolehkan anda bersembang dengan rakan-rakan facebook anda yang lain.

Pada artikel kali ini,saya akan memberi sedikit info kepada anda salah satu perisian yang membolehkan anda bersembang dengan rakan-rakan facebook anda tanpa anda perlu membuka pelayar web.Sebenarnya banyak perisian seperti ini boleh anda cari di internet,dan salah satu daripada perisian tersebut ialah  Chit Chat for Facebook.Chit Chat for Facebook merupakan perisian percuma yang anda boleh muat turun di laman web utamanya iaitu http://www.chitchat.org.uk/english/home .Perisian ini sangat mudah diinstall dan ringan.

Info dari laman utama Chit Chat for Facebook.

  • Fun and Free – Convenient and fun way to chat with your Facebook contacts without the hassle of surfing Facebook
  • Free Your Web-Browser – No need to keep your web browser logged into Facebook
  • Easy To Use – Download, install and then login with your Facebook username and password – easy!
  • Popular? – Swift and fast tabbed chat Interface making it easy to talk to many friends at once
  • Instant Message Notification – Lets you know when you receive an instant message.

Untuk Muat turun,

http://www.chitchat.org.uk/english/home/

p/s kepada encik penyu budak nakal,sori jadikan nama ko sebagai model artikel ni…hehe