[Cekap Komputer] Selamat Tinggal Tahun 2010,Selamat Datang Tahun 2011

Sedar ataupun tidak,akhirnya kita telah sampai ke penghujung tahun 2010.Bagi saya tahun 2010 ini berlalu begitu cepat sekali.Saya pasti para pembaca blog Cekap Komputer ini menyedari pada tahun 2010 ini,blog cekap komputer ini bergerak agak perlahan sedikit berbanding tahun-tahun sebelum ini.Ini kerana pada tahun 2010 ini merupakan tahun yang sangat penting bagi saya(penulis blog ini) untuk mengurus beberapa perkara yang sangat penting.Pada tahun 2011,saya akan pastikan blog ini kembali aktif seperti sebelum ini dan akan dilengkapi dengan beberapa fungsi untuk keselesaan para pembaca CK.

Sedikit info mengenai Cekap Komputer :

  • Pengasas blog Cekap Komputer ini ialah Khairil Izwan @ Epeacetux yang berasal dari Kota Kinabalu,Sabah.
  • Diasaskan pada Mac 2008.
  • Alamat asal blog ini ialah cekapkomputer.blogspot.com kemudian pada 31/8/2009 blog ini berpindah ke alamat blog.cekapkomputer.com.
  • blog ini menggunakan tagline “Sumber Ilmu Pengetahuan Berguna Untuk Anda”.
  • blog ini memberikan anda artikel dan tutorial2 berkaitan ilmu komputer dan asli dari penulis CK sendiri.

Dari semasa ke semasa,jumlah pembaca dan ahli facebook Cekap Komputer telah meningkat.Ketika artikel ini ditulis,ahli FB Cekap Komputer telah mencecah hampir 4 ribu lebih dan diharapkan angka ini akan meningkat dari semasa ke semasa.

Selain itu blog Cekap Komputer akan membuat beberapa perubahan termasuk logo terbaru Cekap Komputer yang akan digunakan mulai tahun 2011.Saya harapkan anda akan sentiasa menyokong CK dan saling berkongsi ilmu komputer yang tiada batas ini kepada rakan-rakan kita yang lain.

Ahli Komuniti Facebook CK : http://www.facebook.com/cekapkomputer

Akhir sekali saya ucapkan selamat menyambut tahun baru buat semua pembaca setia CK.

Salam Cekap Komputer,

Khairilizwan @ Epeacetux