Kunjungi Booth Sabah Open Source Group pada ICT Fiesta 2011 ini!

Assalamualaikum,sedikit info kepada mereka yang berada di sekitar Kota Kinabalu,Sabah.Sabah Open Source Group akan membuka booth pada ICT Fiesta 2011 ini bertempat di Kompleks Sukan Likas (Dewan Badminton).

Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah pengenalan kepada sistem operasi Ubuntu Linux,mengedarkan CD OS Ubuntu secara percuma,penerangan terharap perisian Open Source yang lain dan banyak lagi.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sistem operasi Linux ini dan info-info penting yang lain.Jangan lupa berkunjung ke booth kami nanti!

 

Tempat : Kompleks Sukan Likas ( Dewan Badminton)

Masa : 10.am – 5 p.m

Tarikh : 25 – 27/11/2011 (Disyorkan datang pada hari sabtu 26/11/2011)

Booth pameran Sabah Open Source Group pada ICT Fiesta 2010 yang lalu.

 

 

 

Booth pameran Sabah Open Source Group pada ICT Fiesta 2010 yang lalu.

 

 

 

Booth pameran Sabah Open Source Group pada ICT Fiesta 2010 yang lalu.

Jumpa di sana! Booth kami akan bergabung dengan team Nabalux Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah

 

 

Download Hiren’s BootCD 15.0

Sebelum ini saya telah menerangkan info mengenai hiren boot CD 14,dan baru-baru ini Hiren’s BootCD 15.0 telah dilancarkan.

Changes From Version 14.1 to 15.0

New Added Softwares:

  • Archive format changed from .uha to .7z
  • HBCDMenu.cmd: Can now be launched from WinPE/Network folder, for Vista/7 use F8 before you start windows and then choose Repair Computer > Command prompt and type D:\HBCDMenu
  • MiniXP: Added/updated Storage/LAN/WLAN drivers, added Arabic keyboard, Fixed keyboard changer, Set %temp%/pagefile on any drive and other minor improvements.
  • FreeOTFE 5.21: Free, open source, on-the-fly transparent disk encryption program (Windows Freeware).
  • Junction 1.04: Create/View/Delete Windows junction/reparse points on an NTFS drive (Windows Freeware).
  • NTFSLinksView 1.05: To view list of all symbolic links, junctions and their target paths (Windows Freeware).
  • ODIN 0.3.4: Open Disk Imager in a Nutshell is similar to Drive Snapshot which supports backing up windows while you are using it (Windows Freeware).
  • PC Decrapifier 2.2.8: Removes unwanted preinstalled/bundled software from Windows XP/Vista/7 that usually comes with HP/Dell/Acer etc machines (Windows Freeware).
  • Print Flush 1.3: To clean the print spool it restarts the print spooler and deletes junk print files (Windows Freeware).
  • TrID File Identifier 2.10: Alternative of UnChk and FileChk to recover filetype from the file content (Windows Freeware).

Updated Softwares:

3DP Chip 11.10, 7-Zip 9.22, Autoruns 11.0, Avira AntiVir Personal (29-10-2011), BellaVista 1.1.0.66, BlueScreenView 1.40, CCleaner 3.12.1572, CloneDisk 1.9.6, CloneSpy 2.62, ComboFix (29-10-2011), Complete Internet Repair 1.2.8.1283, CurrPorts 1.96, Defraggler 2.07.346, Device Doctor 2.0, Don’t Sleep 2.42, Dr.Web CureIt! Antivirus (29-10-2011), DriveImage XML 2.30, GParted Partition Editor 0.9.1, GPU-Z 0.5.5, grub4dos 2011-10-22, HashMyFiles 1.72, HBCD Customizer 3.0, HBCD Program Launcher 3.2, Image For Dos 2.66, Image For Windows 2.66, ImgBurn 2.5.6.0, Malwarebytes Anti-Malware 1.51.1 (29-10-2011), Network Password Recovery 1.32, Opera 11.01, Parted Magic 6.7, PCI 32 Sniffer 1.4 (12-09-2011), PCI and AGP info Tool (12-09-2011), PhotoRec 6.13b, Process Explorer 15.05, Recuva 1.41.537, Remove Fake Antivirus 1.80, RKill (29-10-2011), SearchMyFiles 1.80, ShadowCopy 2.00, SIW 2011.09.16, SmartSniff 1.85, SoftPerfect Network Scanner 5.2.3, Speccy 1.13.276, Spybot – Search & Destroy 1.6.2 (29-10-2011), SuperAntispyware 5.0.1134 (29-10-2011), System Explorer 3.5.2, TeamViewer 6.0.11117, TestDisk 6.13b, TrueCrypt 7.1, UnknownDevices 1.4.20 (12-09-2011), USBDeview 1.95, WebBrowserPassView 1.15, WinSCP 4.3.5, WirelessKeyView 1.36, WirelessNetView 1.38
Filename: Hirens.BootCD.15.0.zip
Filesize: 535.21 MB (561208675 bytes)
ISO MD5: 9656D1156037552CD09DA1A0697FCE9D
ZIP MD5: 0BB55D1195AEDDFF05D7F7E3B9FB0C68
Anda boleh muat turun perisian ini di http://www.hirensbootcd.org/download/

 

 

Penggodam Malaysia Dipenjara 10 Tahun Di AS

WASHINGTON 5 Nov: Seorang lelaki rakyat Malaysia dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh sebuah mahkamah daerah Amerika Syarikat (AS), semalam selepas disabit kesalahan menggodam komputer Rizab Persekutuan AS dan bank-bank lain.

Penggodam yang bernama Lin Mun Poo, 32, awal tahun ini mengaku bersalah atas tuduhan menggodam bank pusat AS itu serta beberapa institusi kewangan swasta lain termasuk mencuri nombor kad bank dan kad kredit.

Dia juga mengaku menggodam dan memuat naik satu kod perisian virus pada pelayan komputer bank pusat tersebut.

Menurut pendakwa raya, Mun Poo didakwa memasuki AS apa Oktober tahun lalu untuk menjual nombor kad kredit dan kad bank curi namun beliau terjerat apabila pembelinya adalah seorang ejen perisian AS.

“Ketika ditahan, rakyat Malaysia itu memiliki 122,000 nombor kad bank dan kad kredit curi,” ujarnya.

Jabatan Kehakimah AS berkata, aktiviti jenayah siber Mun Poo juga melibatkan sektor keselamatan AStermasuk menggodam sistem komputer satu kontraktor Pentagon yang menyediakan sistem pengurusan perkhidmatan untuk pengangkutan tentera dan operasi ketenteraan lain.

“Hukuman itu memberi mesej kepada semua penggodam di dunia bahawa AS bukanlah tempat untuk mereka menjalankan perniagaan haram,” kata Pendakwa Raya AS, Loretta Lynch dalam satu kenyataan.

SUMBER: http://www.myhackersarehere.com/2011/11/penggodam-malaysia-dipenjara-10-tahun.html

Virus Stuxnet dan DUQU : Ancaman Siber Alaf Baru Versi Hybrid

Stuxnet merupakan salah satu dari virus Windows yang paling digeruni. Ia telah ditemui pada Julai 2010 dan ia telah menarik perhatian pelbagai media di seluruh dunia. Ada yang mengatakan bahawa Stuxnet asalnya dicipta untuk menyerang loji muklear Iran. Disebabkan itu juga ia dikatakan sebagai malware yang paling bahaya pernah dihasilkan. Stuxnet menggunakan sehingga 4 kelemahan zero days yang belum ditampal (Unpatched) dalam kernel Windows dan menyediakan pelbagai cara untuk tidak dikesan, yang mana ia telah ditulis dalam C,C++, dan bukan merupakan satu kebiasaan sesuatu malware itu ditulis dalam beberapa bahasa pengaturcaraan.

Antara sebab utama mengapa Stuxnet mendapat perhatian media sedunia ialah sasaran utamanya merupakan Programmable Logic Controller (PLC), yang bertindak mengawal sistem jentera industri. Apabila ia berada dalam rangkaian, ia akan terus mencari sasaran secara automatik, menjangkitinya, lalu menghantar maklumat-maklumat yang dikehendaki oleh penyerang/penggodam.

Pada 1 September 2011, sejenis virus komputer telah ditemui oleh Laboratory of Cryptography and System Security dari Budapest University of Technology and Economics. Virus itu dinamakan sebagaiDUQU bersempena sifatnya yang akan mencipta fail dengan awalan ‘~DQ‘.

Virus ini boleh dikatakan versi hybrid atau kacukan dari virus Stuxnet kerana ia mensasarkan kepada sistemSupervisory Control and Data Acquisition (SCADA). Berkemungkinan DUQU dicipta oleh orang sama yang menciptakan Stuxnet.

DUQU dikatakan menyerang WINDOWS melalui cara menembusi kelemahan pada zero-day.
RUJUK : Apa Itu Zero Day Attack?
Sebaik sahaja menjangkiti komputer sasaran, DUQU akan menggunakan ‘keylogger’ untuk merekodkan setiap keystroke pada keyboard, setiap program atau proses yang berjalan, maklumat akaun dan sebagainya. DUQU juga akan mencuri digital certificates dari komputer yang dijangkiti dan akan menggunakannya untuk ‘membantu’ virus lain di kemudian hari agar dapat tampil sebagai perisian yang selamat. DUQU menggunakan protokol peer-to-peer ringkas untuk bergerak dalam sistem yang selamat dan akan melupuskan dirinya selepas 36 hari, bererti ia mempunyai sasaran spesifik.

Kepada anda yang menggunakan Windows, adalah disarankan untuk sentiasa mengemaskini sistem operasi anda supaya setiap tampalan keselamatan dapat diaplikasikan. Kita cuma mampu berharap Microsoft akan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian supaya kedua-dua virus ini tidak mengancam keselamatan data pada komputer lebih-lebih lagi maklumat sulit atau peribadi. Namun cukupkah dengan sekadar tampalan keselamatan apabila ancaman itu bergerak dengan selesa melalui kelemahan zero day? Beranikah anda mengemaskini sistem operasi jika yang anda gunakan itu versi cetak rompak?
Renung-renungkan, dan selamat bereksperimentasi!

 

Sumber Asal : http://www.myhackersarehere.com/2011/11/virus-stuxnet-dan-duqu-ancaman-siber.html

Ebook Rahsia Google Plus Bakal Dilancarkan 25/11/2011!

Assalamualaikum & salam sejahtra,

Mengenai Google Plus

Google Plus secara rasminya telah dilancarkan pada awal Jun 2011. Google+ yang hebat diperkatakan ini akan menjadi  saingan yang hebat kepada Facebook. Google telah cuba untuk memperkenalkan beberapa jaringan sosial seperti Orkut, Google Buzz,Google wave tetapi ia tetap tidak mampu menyaingi Facebook.

Google Plus (Google + ) adalah jaringan sosial baru yang diperkenalkan oleh kuasa besar Internet iaitu Google. Kewujudan Google + ini bertujuan menyaingi Facebook yang sangat berjaya dalam jaringan sosial. Google+ merupakan usaha terbaru pihak google mengikis dominasi Facebook dalam jaringan sosial setelah kesemua usaha sebelum ini tidak berjaya kerana respon pengguna internet sangat rendah. Adakah Google+ ini akan berjaya ?

Bagi memudahkan pengguna yang baru dan ingin berjinak-jinak dengan laman sosial terbaru Google Plus,seorang rakan saya iaitu Slyvister Iter telah menulis sebuah ebook iaitu “Rahsia Google Plus“.Ebook ini akan mengajar anda cara untuk mengurus laman sosial Google+ anda dan juga memberikan anda tips-tips menarik mengenai Google Plus ini.

 

Berapa harga ebook ini?

Setelah berbincang dengan Slyvister Iter,kami bercadang memberikan harga yang cukup murah dan berbaloi dengan ilmu yang anda akan dapat.Setelah bertungkus-lumus menyiapkan ebook dengan 73 muka surat ini,kami bercadang untuk memberi harga istimewa kepada 100 pembeli yang terawal!

Harga yang kami tawarkan untuk 100 pembeli terawal cuma RM10 sahaja! Dan setelah kouta mencukupi kami akan menaikkan harga sebenar RM20 atau RM30!

 

Dapatkan Preview Ebook Rahsia Google Plus

Anda boleh mendapatkan preview ebook Rahsia Google Plus ini secara PERCUMA.Di dalam ebook preview ini,kami kongsikan kepada anda sedikit tips yang terdapat pada laman sosial Google Plus ini. Jika anda berminat mendapatkan preview ebook percuma ini,sila layari http://rahsiagoogleplus.com .

 

Klik butang “Like” jika anda suka dengan artikel ini.

Virus Facebook : The Rihanna UN-fan club! Oh my god,check this

 

Jika sebelum ini laman sosial seperti MySpace,Friendster dan lain-lain dijadikan tempat penyebaran virus,laman sosial yang paling popular pada masa kini iaitu Facebook.com juga turut menjadi pusat penyebaran virus.Baru-baru ini,virus facebook “The Rihanna UN-fan club! Oh my god,check this” mula merebak dengan cepat di laman sosial facebook.

Bagi kreatifkan lagi penyebaran virus ini,virus ini menggunakan akaun milik rakan-rakan facebook anda untuk menyebarkan virus ini dan disertakan sekali gambar seksa seksi penyanyi Rihanna tanpa rakan anda sedari.Kemungkinan besar,anda juga turut dijangkiti oleh virus tersebut jika anda klik link/pautan yang diberikan.

Teknik yang digunakan ini sudah pasti akan diubahsuai pada masa akan datang bagi memerangkap lebih banyak pengguna laman sosial facebook.

Kepada mereka yang tidak sengaja klik link yang diberikan,saya sarankan anda untuk membuat scan penuh komputer anda serta anda juga boleh cuba menggunakan perisian Ccleaner untuk membersihkan cookies serta sampah sarap yang ada di dalam komputer anda.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

http://www.piriform.com/go/ccleaner.com