Windows 8 Beta direalisasikan penghujung bulan Febuari 2012

Windows 8 Beta

windows 8 beta

Baru-baru ini,Microsoft dikatakan akan membebaskan Windows 8 Beta untuk menemui pengguna-pengguna Windows penghujung bulan Febuari 2012 ini.Microsoft juga akan memperkenalkan platform-platform Windows terbaru termasuk platform Windows Phone dan Xbox pada hari pelancaran Windows 8 nanti.

Selain itu,Microsoft juga dijangkakan akan membuka Windows App Store,satu berita baik untuk pada developer Windows dan Windows App Store tersebut akan dapat dilihat melalui enjin carian.

Info lanjut mengenai Windows Store ini,lihat video ini :

 

Windows 8 Beta

Warga Malaysia belanja purata RM46 sebulan bagi internet mudah alih

Internet

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia membelanjakan purata US$15 (RM46) sebulan bagi Internet mudah alih, satu segmen yang berkembang lebih daripada sekali ganda sejak tahun lepas dengan pertumbuhan dijana terutamanya oleh pengguna dalam golongan usia 15-25 tahun.

Empat kegiatan utama berkaitan mudah alih yang paling digemari oleh rakyat Malaysia ialah menghantar emel, mengakses laman perangkaian sosial, memuat turun nada dering dan menghantar mesej segera, demikian menurut kaji selidik tahunan Indeks Net 2011 Yahoo! hari ini.

“Penggunaan telefon bimbit yang ada ciri pintar dan pelan data termampu, ciri-ciri canggih seperti fungsi panggilan dan teks, capaian kepada laman web mudah alih dan ciri-ciri multimedia memang lumrah di kalangan rakyat Malaysia,” kata kaji selidik itu.

DiGi adalah penyedia perkhidmatan telefon pintar dan mudah alih paling terkemuka di Malaysia dan menguasai 47 peratus pasaran, diikuti oleh Maxis (32 peratus dan Celcom (lapan peratus).

Ia juga berkata berbanding negara-negara Asia Tenggara lain, rakyat Malaysia cenderung memiliki telefon bimbit mahal termasuk telefon pintar.
Menurut tinjauan itu lebih daripada 60 peratus pengguna mudah alih di negara ini memiliki telefon bimbit bernilai US$100 (RM312) dan hampir seperempat memiliki telefon bimbit yang berharga lebih daripada US$300 (RM937) berbanding telefon berciri harga rendah yang digunakan dengan meluas di Indonesia, Vietnam dan Filipina.

Berbeza dengan pasaran Asia Tenggara laindi mana Nokia merupakan pengeluar dominan, Malaysia adalah satu-satunya pasaran yang didominasi oleh Sony Ericsson dengan penguasaan pasaran sebanyak 39 peratus, diikuti oleh Nokia (26 peratus) serta Blackberry dan Apple (masing-masing enam peratus). – Bernama

Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/WagaMalaysiabelanjapurataRM46sebulanbagiinternetmudahalih/Article/

Internet

Download Driver Compaq Presario CQ40-100 Notebook PC series

Baiklah pada post kali ini ringkas sahaja,banyak pengguna komputer/laptop bertanyakan kepada saya di mana nak dapatkan driver Compaq Presario CQ40-100 Notebook PC series.Oleh itu,saya ingin berkongsikan kepada anda lubuk-lubuk untuk mendapatkan driver komputer bagi model Compaq Presario CQ40-100 Notebook PC series.Tidak kira anda menggunakan versi Windows XP,Vista atau Windows 7.Anda boleh muat turun driver tersebut di sini.Sebenarnya driver-driver ni ada dekat laman web HP Compaq cuma kalau kena cari kena betul caranya.

 

Sila lihat model anda di sini kemudian klik link untuk butiran lanjut :-

 

» Compaq Presario CQ40-100 CTO Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-101AU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-101AX Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-101TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-101XX Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-102AU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-102AX Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-102TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-103AU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-103AX Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-103TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-104AU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-104AX Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-104TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-105AU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-105AX Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-105TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-106AU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-106AX Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-106TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-107AU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-107AX Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-107TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-108AU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-108AX Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-108TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-109AU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-109AX Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-109TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-110AU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-110AX Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-110TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-111AU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-111AX Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-111TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-112AU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-112AX Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-112TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-113AU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-113AX Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-113TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-114AU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-114AX Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-114TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-115AU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-115AX Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-115TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-116AU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-116AX Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-116TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-117AU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-117AX Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-117TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-118AU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-118AX Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-118TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-119AU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-119AX Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-119TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-120AU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-120AX Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-120TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-121AU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-121AX Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-121TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-122AU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-122AX Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-122TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-123AU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-123AX Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-123TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-124AU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-124AX Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-124TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-125AU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-125AX Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-125TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-126AU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-126AX Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-126TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-127AU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-127AX Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-127TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-128AU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-128AX Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-129AU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-129AX Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-129TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-130AX Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-130TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-131AX Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-131TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-132AX Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-132TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-133AX Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-133TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-134AX Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-134TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-135TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-136TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-137TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-138TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-139TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-140TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-141TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-142TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-143TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-144TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-145TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-146TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-147TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-148TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-149TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-150TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-151TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-151XX Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-152TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-152XX Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-153TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-154TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-155TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-156TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-157TU Notebook PC
» Compaq Presario CQ40-158TU Notebook PC

Sumber : http://h20000.www2.hp.com/bizsupport/TechSupport/ProductList.jsp?lang=en&cc=us&taskId=135&prodSeriesId=3752105&prodTypeId=321957


Dapatkan Pen Al-Quran Digital Sekarang!

Pen Al-Quran Digital

Baiklah baru-baru ini bro Rahman Basri (seorang Internet Marketer Malaysia) telah membuka jualan produk terbaik iaitu Pen Al-Quran Digital.Jika Anda Selama ini Tercari-cari Kaedah Mudah untuk Anda Mempelajari dan Menghayati Al-Quran, Anda Bakal Menemui Penyelesaiannya Hari ini!

Berikut disenaraikan 6 sebab mengapa anda tidak patut melepaskan peluang untuk memiliki Pen Al-Quran Digital hari ini…

1) Ia Sangat Mudah Digunakan!

Jika anda risau memikirkan bagaimana untuk menggunakan Pen Al-Quran Digital ini kerana anda tiada pengalaman teknikal, anda tidak perlu merasa bimbang kerana pen ini sangat mudah digunakan.

Anda hanya perlu meletakkan pen digital tersebut di mana-mana surah yang anda inginkan, dan pen ini akan membacanya untuk anda. Mudah bukan? Ya, ia lebih mudah jika dibandingkan ketika anda mula-mula belajar A-B-C 🙂

2) Dilengkapi 30 Juzuk Al Quran, Iqra’ & Doa Harian!

Al-Quran Digital ini lengkap bacaan Al Quran iaitu sebanyak 114 surah (30 juzuk) beserta bacaan untuk mempelajari Iqra’ & doa-doa harian terpilih dalam Bahasa Arab.

3) Terjemahan 2 Bahasa!

Di samping dapat mendengar bacaan Al-Quran, Pen Al-Quran Digital ini juga dilengkapi dengan fungsi terjemahan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

4) Bacaan daripada Imam besar Masjidil Haram & Qari Terpilih.

Melalui Pen Al-Quran Digital ini, anda boleh mendengar, mempelajari & menghayati bacaan Al Quran daripada Imam Besar Masjidil Haram & Qari terpilih seperti Sheikh Abdul Rahman As Sudais, Sheikh Saad Al-Ghamidy, Sheikh Misyari Rashid dan Sheikh Abdul Al-Matrud.

Anda juga boleh merakam dan membandingkan bacaan anda dengan bacaan daripada Imam & Qari terpilih yang telah disediakan.

5) Bacaan Berdasarkan Pilihan & Sentuhan Pen Anda!

Keistimewaan UTAMA Pen Al-Quran Digital ini ialah ia boleh membaca ayat per ayat dan surah per surah. Apa yang anda perlu lakukan ialah hanya dengan menyentuhkan sahaja mata pen ini pada mana-mana Ayat atau Surah, secara automatik ia akan mengeluarkan bacaan mengkut Qari mana yang kita pilih. Sungguh mudah!

Apa yang anda bakal peroleh dengan Pen Al-Quran Digital ini?

1) Al-Quran, USB Cable, Pengecaj Bateri, Earphone

Pen Al-Quran Digital

 

2) Pen Digital                                                                3) Kad Fungsi Pen Al-Quran Digital

 

4) Koleksi Doa Haji & Umrah                               5) Koleksi Doa Harian

 

Nak tahu berapa harga Pen Al-Quran Digital nie? (Bro Rahman tengah bagi harga diskaun tu) KLIK SINI

Pen Al-Quran Digital

Download Driver HP MINI 110-3004 Untuk Windows 7

HP MINI 110-3004

HP MINI 110-3004

Baiklah kepada mereka yang menggunakan laptop HP model HP MINI 110-3004,anda boleh cuba menggunakan driver ini jika driver pada sistem operasi Windows 7 anda tidak dapat dikemaskini dengan lengkap.

IDT High-Definition (HD) Audio Driver for Microsoft Windows 7

Intel Chipset Driver for Microsoft Windows 7

Intel Graphics Driver for Microsoft Windows 7 

Synaptics TouchPad Driver for Microsoft Windows 7
HP Quick Launch Buttons
Realtek NIC Driver for Microsoft Windows 7
Atheros WLAN Driver for Microsoft Windows 7
Atheros Wireless LAN (WLAN) and Bluetooth Combination Driver for Microsoft Windows 7
Realtek Card Reader Driver for Microsoft Windows 7
Intel Matrix Storage Technology Driver
HP Notebook System BIOS Update (Intel Processors)
WinFlash for HP NetBook System BIOS - Microsoft Windows Based
HP System Diagnostics UEFI
ArcSoft WebCam Companion 3 Software
HP Quick Launch Software

Anda boleh rujuk link tersebut untuk muat turun driver-driver dan software berkaitan.

 

HP MINI 110-3004

Google umum carian dalam talian terbanyak rakyat Malaysia

Google

KUALA LUMPUR: Google hari ini berkata carian yang paling pantas meningkat melalui google.com.my bagi tahun ini ialah facebook, angry birds dan program realiti TV Maharaja Lawak.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata program Amerika, Next Top Model, X Factor USA dan American Idol 2011 merupakan rancangan TV yang paling banyak dicari tahun ini, manakala iPhone5, iPad2, Samsung Galaxy dan Adroid adalah carian berkaitan teknologi yang paling popular.

Bagi carian mengenai orang, penyanyi dan penggubah lagu Bruno Mars mengungguli senarai yang termasuk bintang muzik antarabangsa Avril Lavigne, Rihanna dan Justin Bieber, yang wajah masing-masing menduduki tempat teratas dalam senarai carian imej paling popular.

Warga Malaysia yang paling pantas meningkat dalam carian ialah Cikgu Shida, yang mengumpul pengikut yang besar dengan nyanyian bisunya mengikut lagu-lagu sukaramai tempatan dan antarabangsa.
Warga Malaysia lain dalam senarai ialah penulis blog muda Fatin Liyana dan Haniz Zalikha, ahli politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, ulama Ustaz Kazim dan pereka tudung muslimah Hana Tajima.

Destinasi perjalanan antarabangsa terkemuka yang dicari melalui Google.com.my ialah Kowloon/Hong Kong, pulau Su Mei dan Phuket (Thailand), diikuti oleh Bangkok, Maldives dan Disneyland Hong Kong.

Jurucakap Google, Zeffri Yusof, berkata ‘Zeitgeist’ (perkataan Jerman bagi ‘semangat semasa’) akhir tahun Google itu — yang diperoleh melalui kajian carian yang diterima oleh Google setiap tahun — merupakan pengukur budaya yang mendedahkan segala-galanya yang membuat orang teruja, ingin tahu atau semata-mata mahu mengetahui lebih banyak.

“Dari pemimpin, selebriti, hal ehwal semasa hinggalah kepada budaya popular, sukan dan segala-gala di antaranya, trend carian mendedahkan apa yang secara kolektifnya ada dalam fikiran rakyat Malaysia,” kata beliau. – Bernama

Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/GoogleumumcariandalamtalianterbanyakrakyatMalaysia/Article/

Google

Aktifkan ‘God Mode’ pada Windows 7 anda!

God Mode

Baiklah pada post kali ini saya kongsikan satu tip atau trik yang ringkas dan berguna iaitu cara untuk aktifkan ‘God Mode’ pada Windows 7 anda.

God Mode

Apa itu ‘God Mode’?

– ‘God Mode’ pada Windows 7 membolehkan anda akses kesemua setting yang terdapat pada Control Panel dalam satu folder,ianya dinamakan GodMode folder.

Bagaimanakah cara mengaktifkannya?

Caranya adalah cukup mudah.

1. Buat satu folder baru pada desktop anda misalnya.

2.Kemudian,namakan folder tersebut dengan nama GodMode.{ED7BA470-8E54-465E-825C-99712043E01C}

Dan anda akan dapati satu folder dengan icon control panel akan muncul.

Apabila anda klik pada folder tersebut,anda akan dapat lihat senarai setting dalam Control Panel Windows 7 anda di dalam satu folder.Selamat mencuba!

God Mode

Download Driver Laptop Acer 4736z Untuk Windows 7

Acer 4736z

Acer 4736z
Muat turun driver laptop acer model 4736z untuk sistem operasi Windows 7.

 

Chipset_Intel_9.1.1.1020_W7×86W7×64_A.zip
Audio_Realtek_6.0.1.5904_W7×86W7×64_A.zip
Bluetooth_Broadcom_6.2.1.500_W7×86W7×64_A.zip
Camera_Chicony_1.1.88.610_W7×86W7×64_A.zip
Camera_Suyin_5.2.5.3_W7×86W7×64_A.zip
CardReader_Jmicron_1.00.34.02_W7×86W7×64_A.zip
CardReader_Jmicron_1.00.29.01_W7×86W7×64_A.zip
CardReader_Realtek_6.1.7600.30104_W7×86W7×64_A.zip
Fingerprint_AuthenTec_6.1.48_W7×86W7×64_A.zip
Lan_Atheros_1.0.0.10_W7×86W7×64_A.zip
SATA_Intel_8.9.0.1023_W7×86W7×64_A.zip
TouchPad_ALPS_7.x5.2002.1306_W7×86W7×64_A.zip
TouchPad_Synaptics_14.0.4.0_W7×86W7×64_A.zip
VGA_Intel_8.15.10.1892_W7×86W7×64_A.zip
VGA_NVIDIA_8.17.12.5903_W7×86W7×64_A.zip
VGA_NVIDIA_187.66_W7×86W7×64_A.zip
Wireless LAN_Atheros_8.0.0.238_W7×86W7×64_A.zip
Wireless LAN_Broadcom_5.60.48.35_Vistax64Vistax86W7×86W7×64_A.zip
Wireless LAN_Intel_12.5.0.59_W7×86W7×64_A.zip
Wireless LAN_Intel_12.4.1.11_W7×86W7×64_A.zip
Wireless LAN_Ralink_3.0.2.0_W7×86W7×64_A.zip

 

Acer 4736z

Gmail berwajah baru! Gmail’s new look

Gmail’s New Look

Gmail’s new look

Jika anda pengguna Gmail,tentu sekali anda mengetahui Gmail akan berwajah baru.Mahu ataupun tidak,anda akan bertukar ke Gmail’s new look.Mari kita lihat apa ciri-ciri menarik dan tambahan pada Gmail’s new look  ini.

 

Cleaner, more modern

Gmail’s new look kelihatan lebih bersih dan juga moden berbanding antaramuka gmail yang lama.

 

 

New themes

Selain itu,lebih banyak pilihan theme yang disediakan pada Gmail’s new look .

 

 

Improved conversation view 

Ruangan perbualan direka dengan membawa kandungan mesej anda di hadapan bagi memudahkan anda membalas mesej dari rakan-rakan anda.

 

Customizable in new ways

Anda boleh menentukan berapa banyak mesej yang anda ingin paparkan pada gmail anda dengan memilih 3 paparan samada Comfortable, Cozy and Compact.

 

More control

Anda lebih mudah menyusun bahagian-bahagian gmail anda dengan lebih mudah termasuk ruangan chat gmail.

Search and filters made simple

Ruangan Search dan Filters menjadi lebih mudah dan simple.

 

 

Switch to Contacts and Tasks           

lebih mudah untuk antara Mail, Contacts , dan Tasks.

 A new toolbar

Toolbar baru gmail lebih ringkas,kemas dan menarik.

 

Komen anda? Adakah anda menyukai Gmail’s new look ini?

Gmail’s New Look

Masalah Tiada Bunyi Pada Perisian Winamp Ketika Dipasang

Winamp

Winamp

Assalamualaikum & salam sejahtera,pada post kali ini [cekapkomputer.com],saya ingin berkongsi kepada anda satu artikel iaitu bagaimana menyelesaikan masalah tiada bunyi pada perisian Winamp anda ketika anda memasang fail Mp3 anda pada perisian Winamp tersebut.

Mungkin anda pernah mengalami masalah berikut iaitu perisian Winamp anda tidak mengeluarkan bunyi ketika dipasang namun jika anda memasang fail-fail berformat Mp3 pada perisian alternatif lain selain Winamp,perisian tersebut dapat memasang fail tersebut dan tiada masalah bunyi tidak dikeluarkan.

Baiklah jika anda mengalami masalah tersebut,tidak perlu risau…anda mungkin boleh mencuba tutorial berikut.

 

1 . Pertama sekali,masuk ke sistem regedit anda.Caranya klik pada butang Start Menu(dalam contoh gambar di bawah,saya menggunakan Windows 7 bertemakan Klasik) komputer anda kemudian pada bahagian search taip regedit kemudian enter.  [cekapkomputer.com]

 

 

 

2.Kemudian masuk ke dalam HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Internet Explorer\LowRegistry\Audio\PolicyConfig\PropertyStore\ .

 

3. Selepas itu,pada folder PropertyStore ,tekan CTRL + F pada papan kekunci anda dan kemudian,masukkan “winamp” pada ruangan kosong “Find what:” (rujuk gambarajah). [cekapkomputer.com]

 

 

4. Kemudian delete kesemua item-item yang dijumpai berkaitan winamp menggunakan kaedah pada Langkah 3.

 

Semoga berjaya!

Winamp

Epson sasar 12% pasaran projektor

Epson

Epson

EPSON Trading (M) Sdn Bhd menyasarkan penguasaan pasaran kira-kira 12 peratus dalam segmen jualan projektor keluarannya menjelang akhir tahun ini berbanding tujuh peratus yang dicatatkan tahun lalu.

Pengurus Besarnya, Danny Lee berkata, syarikatnya optimis mampu mencapai sasaran itu bersandarkan pengenalan rangkaian produk dalam segmen terbabit dan produk terbaru iaitu 12 projektor yang dijangka menyumbang kepada unjuran berkenaan.
“Kami memperkenalkan 12 rangkaian projektor iaitu Epson EB-S02, Epson EB-X02, Epson EB-S12, Epson EB-X11, Epson EB-X12, Epson EB-X14, Epson EB-W12, Epson EB-1880, Epson EB-435W, Epson EH-TW8000, Epson EH-TW6000 dan Epson MG-850HD yang dijual pada harga antara RM1,199 dan RM12,800 seunit.

 

“Rangkaian produk ini disasarkan kepada empat segmen pengguna yang berbeza iaitu pengusaha industri kecil dan sederhana (PKS), pendidikan, pejabat korporat dan rumah malah menjangkakan segmen PKS menyumbang sehingga 70 peratus penjualannya pada tahun depan bersandarkan kebanyakan syarikat di negara ini berstatus PKS,” katanya pada majlis pelancaran rangkaian projektor itu di Kuala Lumpur.
Katanya, menerusi produk terbaru itu, syarikat menyasarkan penjualan 500 unit sebulan dan menjangkakan jumlah itu meningkat kepada 700 unit tahun depan.
Selain itu, syarikat percaya dengan pengenalan projektor yang unik dan mengikut perkembangan teknologi semasa seperti Epson MG-850HD, ia mampu mengakses peranti daripada rangkaian produk Apple seperti iPhone atau iPad yang memudahkan pengguna seperti menonton filem atau mempamerkan gambar dalam skala besar.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Epsonsasar12_pasaranprojektor/Article

 

Epson

Faedah-Faedah Menggunakan Linux

Linux

Salam semua.. Seriously blur. Takde idea nak update apa hari ni. Semalam macam-macam draf ditulis dalam telefon. Laaa.. Rupa-rupanya tajuk-tajuk lagu yang nak dicari kemudian. Adeh..Fikir punya fikir, akhir sekali tergerak hati untuk cari balik entri yang berada dalam draf. Jumpa pula dengan tajuk ini, terus taip. Jadi kepada anda semua yang bercadang hendak menggunakan distro Linux seperti UbuntuLinux Mint,Pinguy OSZorin OS dan lain-lain lagi, sila teliti beberapa fakta di bawah. Harapan Mr.Hac agar lebih ramai lagi yang akan menggunakan Linux sebagai sistem operasi lalai (default) dalam kehidupan mereka selepas mendapat pelbagai panduan dari blog ini.

Sebelum ini Mr.Hac pernah menulis ‘Kenapa Linux Jauh Lebih Bagus?’. Entri ini adalah entri susulan atau ‘nasik tambah’ kepadanya. Jadi.. Haa tambah nasik! Tambah!

Antara faedah-faedah menggunakan Linux ialah:

1. Bebas Virus: Ok.. Melihat kepada fakta, Linux bukanlah imun kepada virus 100%. Ingat tu! Cuma setakat ini masih belum ada lagi virus yang dapat menapak dan menyebar dengan kukuh. Mr.Hac ada melihat video dari Youtube yang menunjukkan beliau terkena jangkitan virus dari sebuah laman web. Tetapi eksploitasi yang ditunjuk menunjukkan beliau agak cuai dalam mengendalikan setiap laman web yang dilawati. Fakta:Keylogger bukan virus! Sebelum anda berkata apa-apa yang mampu membuat darah manis Mr.Hac tersirap, lebih baik pergi baca di Wikipedia dahulu tentang keylogger! Ya. Keylogger mampu menyelinap ke dalam Linux. Namun anda perlu ingat, keylogger untuk Linux yang paling hebat pun masih tidak menyeluruh dan tidak ‘semenggah’ seperti keylogger untuk Windows. Contohnya logkeys. Tambahan, anda perlu tahu, Linux adalah sistem operasi sumber terbuka, dan ini bermakna sesiapa sahaja boleh melihat kepada kod sumbernya. Jika hari ini eksploitasi atau virus dilepaskan, InsyaAllah esok lusa tampalan (patch) sudah siap dibuat. Apa yang anda perlu buat ialah kemaskini sistem operasi anda setiap hari.

2. 100% Percuma: Ada yang berkata sesuatu yang percuma itu tidak bagus. Namun bagi kes Linux, percuma adalah sesuatu yang hebat! Lagipun, siapa yang tak suka benda percuma kan??

3. Pemacu Terbina Dalam: Kebiasaannya jika anda memasang semula Windows, anda perlukan masa untuk mencari pemacu. Apa? Gunakan Driver Pack Solution? Untuk Linux tak perlu semua tu. InsyaAllah, hampir kesemua pemacu sudah terbina dalam kernel. Tinggal plug and play sahaja! Yes 4G tak dikesan oleh Linux? Gunakan pemasang dari fikri.my ini!

4. Tak Perlu Antivirus: Disebabkan ia menghampiri kepada kesempurnaan bebas virus, maka biasanya antivirus itu tidak perlu. Tiadalah pula salahnya jika anda tetap mahu memasangnya! Lagi pula terdapat beberapa antivirus percuma untuk Linux. Tetapi bagi Mr.Hac, tak payahlah!

5. Tiada lagi Blue Screen of Death Doom!: Maaf cakap, tapi melainkan anda benar-benar noob, masalah ini memang tak akan berlaku. Linux adalah sangat stabil. Memang tiada sesuatu yang benar-benar sempurna di dunia ini. Tetapi hakikatnya anda tidak perlu mulai semula komputer anda apabila sistem anda crash, atau mengalami ‘kekejangan misteri’ seperti Windows.
linux

6. Restart = Tak Perlu: Lepas pasang sesuatu perisian pada Windows, anda perlu mulai semula (restart) komputer anda. Jika anda melakukan kemaskini kepada sistem anda, anda perlu mulai semula juga. Ketika sistem anda kelihatan mula goyah, pening, mual, atau menunjukkan tanda-tanda ‘hang’, silalah mulai semula untuk menjadikan keadaan ‘segar’ semula. Situasi ini tidak akan berlaku kepada Linux. Titik noktah.

7. Perisian Windows Tanpa Windows: Ini satu lagi persoalan yang kerap ditanyakan. “Bolehkah saya menjalankan perisian Windows pada Linux?”. Jawapannya boleh. Kita ada WINE (Wine Is Not Emulator), Crossover (Pro), dan Playonlinux untuk memasang permainan Windows yang dijalankan melalui Wine juga. Cuma nasihat Mr.Hac satu sahaja, dah gunakan Linux, tak salah untuk kita embrace teknologi dengan menggunakan kesemua sumber teknologi yang ada, termasuklah perisian-perisian Windows. Tetapi lebih baik jika anda kuasai perisian-perisian yang diciptakan khas untuk Linux. Dengan cara ini anda tidak akan mudah panik apabila memerlukan sesuatu perisian yang ada pada Windows untuk menyiapkan kerja. Sekali-sekala guna ok la!

8. Ratusan Perisian dan Permainan Percuma: Anda bosan dengan apa yang ada? Mahu memasang perisian baru? Tak perlu lagi susah payah mencari. Ambil contoh Ubuntu yang mempunyai Ubuntu Software Center (USC). Sangat mudah. Anda cuma perlu membuka USC, lakukan sedikit klik dan siap! Perisian yang anda mahu sudah pun dipasangkan pada komputer anda.

9. Perisian-perisian Terbina Dalam: Apabila anda memasang semula Windows, perkara kedua setelah memasang pemacu ialah memasang pula perisian-perisian asas dan penting, contohnya perisian pejabat, pelayar web, pengurus arkib dan sebagainya. Ini sekali lagi tidak perlu dilakukan dalam Linux, kerana semuanya sudah cukup, lengkap, dan tersedia. Kita ada Libre Office untuk perisian pejabat menggantikan Microsoft Office, Firefox untuk pelayar web, Totem Movie Player untuk memainkan video, Banshee atau Rhythmbox untuk memainkan muzik dan pelbagai lagi!

10. Hidupkan Komputer Lama!: Komputer dengan spesifikasi lama memang ‘menyedihkan’ apabila ia dilengkapi dengan Windows. Jika anda mahu kemaskini kepada yang lebih baru contohnya migrasi dari Windows XP kepada Windows 7, anda boleh ucapkan kirim salam sayang lagi sedih kepada Windows 7 kerana spesifikasi yang tidak mencukupi. Dengan Linux, untuk tampilan desktop yang kelihatan lebih moden sekalipun anda boleh pasangkannya kerana keperluan minimum untuk Linux adalah benar-benar minimum dalam erti kata yang sebenar!

11. 3D Desktop: Mungkin ada perisian yang mampu menjadikan desktop Windows kepada suasana 3D contohnya Deskspace, tetapi ia masih terdapat kekurangan, iaitu masih perlu dibeli, dan tidak secantik kesan visual COMPIZ pada Linux! Oh ya. Compiz itu percuma pula! Kesan visual yang boleh dibuat menggunakan Compiz juga adalah lebih banyak dan boleh diubahsuai mengikut kemahuan pengguna.

Jadi sekarang bagaimana? Masih takut untuk mencuba Linux? Ahh.. Alasan!

Sumber asal : http://www.myhackersarehere.com/2011/11/faedah-faedah-menggunakan-linux.html

Linux

Ubuntu semakin Buntu? Linux Mint semakin menyerlah!

Linux Mint

Linux Mint

Jika tahun-tahun sebelum ini,distro terbaik linux iaitu Ubuntu telah berjaya memikat pengguna-pengguna baru mencuba sistem operasi linux.Ini disebabkan,sistem operasi Ubuntu ini lebih mesra pengguna (memikat pengguna baru terutama peminat GUI) berbanding dengan distro-distro linux yang lain seperti Fedora,Debian dan sebagainya.

Namun dari tahun ke tahun,pengguna distro Ubuntu ini kelihatan semakin menurun dan terus menurun.Kenapa hal ini berlaku? Jika sebelum ini,saya telah menggunakan distro Ubuntu sejak zaman Ubuntu 8.04.4 LTS.Boleh dikatakan distro Ubuntu antara distro terbaik dan sangat sesuai untuk mereka yang baru belajar & memahami sistem operasi linux melalui distro Ubuntu.Namun,apa yang saya dapat lihat,banyak perubahan yang telah dilakukan pada versi-versi Ubuntu seterusnya.Mungkin lain orang lain citaranya,namun apa yang saya boleh simpulkan versi Ubuntu terkini agak “Berat” dan hal ini menyebabkan mereka yang tidak mempunyai spesifikasi komputer/laptop yang “Power” akan merangkak-merangkak menggunakan distro Ubuntu ini.Hal ini kurang baik dan akan menjejaskan harapan mereka yang ingin berjinak-jinak dengan sistem operasi Linux.

 

Kepada mereka yang sebelum ini berputus asa dengan distro Ubuntu,usah risau! saya jamin anda akan berpuas hati dengan distro Linux Mint!

Apa itu Linux Mint ?

Linux Mint merupakan salah satu distro sistem operasi linux.Linux Mint dibangunkan berdasarkan kode Ubuntu dan juga Debian.Linux Mint ini merupakan distro yang sesuai untuk pengguna baru linux kerana ianya mesra pengguna,pemasangannya yang mudah dan banyak lagi.

Sistem operasi Linux Mint ini dibekalkan dengan lesen GNU General Public License dimana anda bebas untuk mengedar,membuat salinan,membangunkan dan mengubahsuai sistem operasi ini.Kelebihan Linux Mint,sistem operasi ini adalah ringan dan sesuai untuk dipasang pada komputer jenis lama yang tidak mempunyai grafik yang tinggi.

Diambil dari http://en.wikipedia.org/wiki/Linux_Mint

Linux Mint is a Linux-basedcomputeroperating system best known for its usability and ease of installation, particularly for users with no previous GNU/Linux experience.[1][2] It is available in several editions with different codebases, nearly all of which are based on Ubuntu,[3] which is itself based on Debian.

Linux Mint is composed of many software packages, of which the vast majority are distributed under a free software license. The main license used is the GNU General Public License (GNU GPL) which, along with the GNU Lesser General Public License(GNU LGPL), explicitly declares that users are free to run, copy, distribute, study, change, develop and improve the software. But Linux Mint also includes proprietary software, such as Picasa, Skype, the Opera browser, the Adobe Flash plugin (the libre alternatives being Gnash and swfdec), and uses a Linux kernel that contains non-free binary blobs. Linux Mint is funded by its community of users. Individual users and companies using the operating system act as donors,[4] sponsors[5] and partners[6] of the distribution.

 

Versi-versi Linux Mint sebelum ini :

 

Jika anda berminat untuk mencuba sistem operasi Linux Mint ini,anda boleh muat turun secara PERCUMA sistem operasi ini di http://www.linuxmint.com/

Linux Mint