Aduh! Galaxy lesung batu

Galaxy Lesung Batu

 

JOHOR BAHRU: Seorang kakitangan swasta yang membeli tiga telefon bimbit dengan harga RM3,250 secara dalam talian terkejut apabila hanya menerima lesung batu berharga RM14.50, sehari selepas melunaskan pembayaran.

Lebih menyakitkan hati, tulisan RM14.50 berkenaan masih ada pada lesung batu berkenaan dan mangsa, Mohd Hazirul Hisham, 30, tergamam ketika menerimanya.

“Saya membuat pembelian itu selepas melayari satu laman web dan tertarik dengan tawaran telefon bimbit Samsung Galaxy S bernilai RM1,100 seunit berbanding harga pasaran semasa iaitu RM1,900.

“Saya membeli tiga telefon bimbit berkenaan secara talian pada 6 Disember lalu dan membuat bayaran ke akaun seorang lelaki bernama Lim Tham Kim,” katanya, semalam.

Menurut Hazirul, dia kemudian menerima SMS daripada kakitangan sebuah syarikat menjual peralatan komunikasi yang menawarkan barangan percuma atau diskaun RM50.

Hazirul memilih tawaran diskaun berkenaan dan sehari kemudian, dia menerima bungkusan barangan dibeli.

“Saya gembira kerana telefon bimbit berkenaan tiba tepat pada masanya, tetapi terkejut apabila mendapati kotak bungkusan berkenaan cuma mengandungi lesung batu.

“Saya menghubungi nombor telefon tertera seperti dalam SMS diterima sehari sebelum itu, tetapi individu terbabit enggan menjawab panggilan saya,” katanya.

Hazirul kemudian melakukan pemeriksaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mendapati syarikat terbabit tidak wujud.

“Saya yakin dengan pembelian menerusi dalam talian kerana pernah membeli beg tangan dan tidak timbul masalah seperti ini,” katanya yang membawa perkara terbabit ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TT PM).
Sementara itu, Presiden TTPM, Quaik Chong Yu menegaskan penuntut perlu memfailkan kes hanya terhadap satu pihak saja kerana pasti timbul masalah pada peringkat penguatkuasaan jika perintah dikeluarkan.

“Pihak penuntut perlu pilih satu pihak untuk failkan tuntutan kerana invois dikeluarkan syarikat manakala wang bayaran dimasukkan ke akaun peribadi Lim, mereka akan saling menolak,” katanya.

Hazirul bersetuju menggugurkan tuntutan ke atas syarikat berkenaan dan meneruskan tuntutan terhadap Lim atas alasan lelaki itu menerima wang terbabit.

Quaik mengarahkan Lim mengembalikan RM3,250 kepada Hazirul dalam tempoh 14 hari selepas perintah dikeluarkan manakala tuntutan terhadap syarikat digugurkan.

“Lesung tu pula boleh disimpan di rumah,” katanya.

Wakil pihak penentang iaitu Lim dan syarikat terbabit tidak hadir pada perbicaraan.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/2012011005010620120110050106/Article

Galaxy Lesung Batu

AWAS! Bahaya Carpal Tunnel Syndrome(CTS) Kepada Pengguna Komputer!

Carpal Tunnel Syndrome(CTS)

Dari semasa ke semasa,pengguna komputer dan internet terus meningkat setiap tahun.Dari anak kecil hingga mereka yang telah berumur dan tidak dapat kita nafikan salah satu penyebab peningkatan penggunaan komputer dan internet ini adalah disebabkan kewujudan laman sosial yang sangat popular pada masa kini iaitu Facebook.com.

Namun adakah anda sedar terdapat satu sindrom yang sangat bahaya mampu menyerang sesiapa sahaja pengguna internet? Ianya dikenali sebagai Carpal Tunnel Syndrome(CTS).

 

Carpal Tunnel Syndrome(CTS)

 

Apa itu Carpal Tunnel Syndrome(CTS)?

Carpal Tunnel Syndrome(CTS) merupakan sindrom yang menyebabkan tangan anda “semut-semut”,kebas,kelemahan otot dan jika terus dibiarkan dalam jangka masa panjang,kemungkinan akan menyebabkan kecacatan.

 

Apakah penyebab penyakit Carpal Tunnel Syndrome(CTS) ini?

  • Penggunaan Tetikus(mouse) dan Papan Kekunci(Keyboard) dengan cara yang salah.
  • Perubahan hormon khususnya bagi wanita hamil.
  • Posisi tidur yang salah dan menyebabkan saraf tengah di dalam terowong karpal pada pergelangan tangan tertindih ataupun tersepit ketika tidur.
  • Faktor genetik.
  • Dan banyak lagi boleh rujuk di sini.

Kebanyakkan dari pengguna komputer tidak mengambil serius mengenai sindrom ini,namun adakah anda sedar sindrom adalah sangat merbahaya,jika tidak dimasa muda mungkin di hari tua kelak.Carpal Tunnel Syndrome(CTS) ini juga mampu mengakibatkan sendi pergelangan tangan terputus dan tangan anda tidak akan dapat berfungsi sama sekali.

 

Bagaimana mencegah penyakit Carpal Tunnel Syndrome(CTS) ini?

  • Pilih tetikus yang sesuai dengan tangan anda dan tidak terlalu kecil yang menyebabkan hanya ibu jari dan kelingking yang digunakan.Tetikus yang sesuai anda gunakan ialah tetikus(mouse) yang mudah dipegang dan menyentuh seluruh permukaan telapak tangan.
  • Pegang tetikus dengan cara yang betul dan posisi tangan tidak tergantung di atas meja ketika memegang mouse(rujuk gambar).
  • Gunakan papan kekunci dengan betul.

 

*Posisi Kedudukan yang betul ketika menghadap komputer.Pastikan duduk dengan cara yang betul.

 

Sentiasa lakukan senaman tangan untuk mengelakkan penyakit Carpal Tunnel Syndrome(CTS) ini.

 

Pesan saya,mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.Lakukan sentiasa pergelangan tangan untuk mengelakkan anda terkena penyakit Carpal Tunnel Syndrome(CTS) ini.

Carpal Tunnel Syndrome(CTS)