Pelajar nafi pencipta asal logo penghormatan Steve Jobs

Apple

apple

HONG KONG – Seorang pelajar seni reka di Sekolah Rekaan Universiti Politeknik Hong Kong, Jonathan Mak semalam menyatakan logo penghormatan pengasas syarikat komputer Apple, Steve Jobs bukan ciptaan aslinya.

Menurutnya, dia bukan yang pertama mereka logo tersebut yang menampilkan buah epal dan mempunyai bayangan bentuk sisi muka Jobs.

Rekaan Mak yang berusia 19 tahun itu menjadi popular di alam siber ekoran kematian Jobs.

Ia menjadi popular selepas disiarkan oleh Mak pada Khamis lalu selepas Jobs meninggal dunia.

Rekaan itu mendapat ribuan komen dengan topi dan baju T dijual di laman lelongan e-Bay memaparkan ciptaannya.

Logo tersebut juga digunakan oleh pelakon Hollywood, Ashton Kutcher di laman profail Twitternya.

Mak membuat komen tersebut selepas terdapat komen di laman Twitter bahawa seorang pereka yang berada di United Kingdom (UK) dikenali sebagai Raid71 sebenarnya telah mencipta logo tersebut pada Mei lalu.

Rekaan pereka UK itu itu turut meletakkan bayang Jobs tetapi dimensinya tidak sama seperti ciptaan Mak.

“Saya lebih gembira untuk memberitahu bahawa terdapat seseorang yang membuatnya sebelum saya,” kata Mak.

Jobs yang mencipta revolusi dalam penciptaan komunikasi menerusi pengeluaran telefon bimbit iPhone dan gajet iPod meninggal dunia pada Rabu lalu semasa berumur 56 tahun.

Sumber : Kosmo

Apple

Jangan Tinggalkan Laptop Di Atas Katil, Bantal Dan Lain-Lain..

Laptop

laptop

Sepasang suami isteri kehilangan anak mereka yang berusia 25 tahun dalam kebakaran di rumah 4 Jun lalu. Mangsa baru sahaja berkelulusan MBA dari University of Wisconsin-Madison dua minggu sebelum pulang ke rumah untuk sementara waktu.

Beliau telah makan tengah hari bersama bapanya di rumah dan membuat keputusan untuk kembali bagi membersihkan bilik asrama. Ketika itu, bapanya memberitahu beliau tunggu seketika, untuk bertemu dengan ibunya. Beliau memutuskan untuk tidur sebentar sementara menunggu ibunya pulang dari kerja.

Beberapa lama kemudian jiran-jiran mereka menghubungi 911 apabila mereka melihat asap hitam keluar dari rumah.

Malangnya, mangsa yang berusia 25 tahun meninggal dunia di rumah yang berusia tiga tahun. Pihak bomba mengambil masa beberapa hari penyiasatan untuk mengetahui punca kebakaran. Dan akhinya, telah dikenalpasti bahawa api itu adalah disebabkan oleh komputer riba yang diletakkan di atas katil. Kipas laptop berkenaan tidak mendapat udara cukup untuk menyejukkan komputer lalu menjadi semakin panas dan terbakar. Mangsa meninggal dunia kerana terhidu karbon monoksida.

Jangan gunakan komputer riba di atas katil yang terdapat juga selimut dan bantal.

Laptop

Perang Facebook, pelajar perempuan dibelasah

Facebook

facebook

KANGAR: Akibat perang Facebook, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dibelasah, termasuk dipijak dan ditendang sekumpulan kira-kira 15 pelajar perempuan dari sekolah sama berhampiran sebuah sekolah menengah di sini, petang kelmarin.

Mangsa dipercayai diserang berikutan beberapa komennya di dalam laman sosial Facebook, baru-baru ini, yang dikatakan mengeluh kerana asyik dibuli sejak lebih sebulan berpindah ke sekolah itu, awal tahun ini.

Anak sulung daripada dua beradik itu cedera di tangan dan badan, selain lebam dan dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, berikutan muntah dan mengadu sakit dada.

Dalam kejadian itu, mangsa yang baru berpindah dari Sungai Petani, Kedah, dikatakan dikerumuni kira-kira 15 pelajar perempuan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya sebaik selesai menjalani latihan sukan di sekolah kira-kira jam 6.30 petang.

Mangsa yang menaiki basikal seorang diri dikatakan dikepung dan basikalnya ditendang tiga hingga empat daripada 15 pelajar berkenaan, sebelum terjatuh di kawasan taman perumahan di belakang sekolahnya di Jalan Raja Syed Alwi di sini.

Apabila terjatuh, seorang pelajar lain memijak dan memukul mangsa sebelum disertai pelajar lain yang turut sama memukul dan menendang kepala mangsa selain menarik rambutnya.

Ibu mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Latifah, 30-an, berkata dia sedih dan kesal kerana tiada seorang pun pelajar yang menyaksikan kejadian berani membantu anaknya yang ketika itu menjerit meminta tolong.
Anak saya dibelasah teruk berdekatan sekolah, namun, tiada seorang pun berani membantunya. Malah, dua pelajar lelaki dari sekolah sama yang menyaksikan kejadian itu hanya ketawa melihat anak saya dibelasah.

Dia (mangsa) yang lemah tidak berdaya selepas dibelasah. Dalam kesakitan, dia berjalan sendiri untuk pulang ke rumah selepas ditinggalkan kumpulan pelajar terbabit, katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Kangar.

Mangsa yang dibenarkan pulang selepas diberi rawatan pesakit luar, bagaimanapun dihantar ke HTF semalam dan dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut selepas mengadu sakit dada serta muntah di rumah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Ismail Che Isa, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Kita sedang menyiasat jumlah pelajar yang terbabit dalam kejadian itu dan sudah kenal pasti empat pelajar perempuan berusia 15 tahun daripada sekolah sama yang disyaki terbabit, katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan, selain Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.

Sumber : http://www.bharian.com.my/articles/PerangFacebook_pelajarperempuandibelasah/Article

Facebook

Perisian Joomla 2.5 Telah Direalisasikan! Dapatkan Laporan Percuma!

Akhirnya pada 24 Januari 2012 yang lepas,Joomla versi 2.5 telah berjaya direalisasikan.Ternyata terdapat banyak perbezaan versi Joomla 2.5 (LTS) ini dengan versi LTS yang sebelum ini iaitu Joomla 1.5.

Anda boleh muat turun perisian Joomla 2.5 ini secara percuma melalui http://www.joomla.org/download.html .

 

Jika anda masih baru dan masih kurang memahami apa kegunaan sebenar dan apa itu perisian Joomla,saya telah menyediakan satu laporan percuma Pakar Joomla 2.5 khas untuk anda.Ebook “Laporan Percuma Pakar Joomla 2.5” setebal 30 Muka Surat ini akan memberi anda sedikit info mengenai Joomla dan juga versi-versi Joomla.Selain itu juga,diselitkan sekali beberapa fungsi tambahan terbaruJoomla 2.5 yang baru sahaja direalisasikan pada 24 Januari 2012 yang lalu.

Segala persoalan anda akan terjawab di dalam ebook ini.Untuk muat turun laporan ini,sila layari :

 

http://pakarjoomla.com