Sistem Operasi Ubuntu 12.04 Linux Direalisasikan!

Ubuntu 12.04

ubuntu 12.04

Kepada peminat sistem operasi Ubuntu,ini merupakan berita baik untuk anda.Sistem operasi Ubuntu 12.04 kini telah direalisasikan.Ubuntu 12.04 yang juga dikenali sebagai Precise Pangolin ini merupakan versi LTS iaitu Long Term Support untuk versi ubuntu linux.Ubuntu 12.04 ini dijangka akan disokong sehingga April 2017.

Info ringkas dari wikipedia.org mengenai ubuntu 12.04 :

Ubuntu 12.04 LTS (Precise Pangolin) will be the next release after 11.10 and will be a Long Term Support (LTS) release, scheduled to be released on 26 April 2012.[128] The name for the release was announced by Shuttleworth on 5 October 2011.[129] Unlike previous LTS releases that have been supported for three years for the desktop version and five years for the server version, this release will be supported for five years on both.[130][131]

Following the Ubuntu Developer Summit in early November 2011 Canonical announced that the default download for 12.04 will be 64-bit, with 32-bit still available as a user choice. Other planned changes for this release include a much faster start up time for the Ubuntu Software Center and refinements to Unity. This release will replace the Banshee media player withRhythmbox and drop the Tomboy note-taking application and the supporting Mono framework as well.[132][133]

In January 2012 Shuttleworth announced that Ubuntu 12.04 would incorporate a new Head-Up Display (HUD) feature that will allow hotkey searching for application menu items from the keyboard, without the need for using the mouse. Shuttleworth said that the HUD “will ultimately replace menus in Unity applications” but for Ubuntu 12.04 at least the menus will remain.[134]

 

Untuk muat turun sistem operasi Ubuntu 12.04 ini secara percuma,sila layari http://www.ubuntu.com/download

Ubuntu 12.04

300,000 pengguna mungkin kehilangan akses internet Julai ini: FBI

Akses Internet

WASHINGTON: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) hari ini memberi amaran bahawa lebih daripada 300,000 pengguna internet di seluruh dunia mungkin kehilangan akses internet pada Julai ini susulan satu penipuan bernilai jutaan ringgit.

Bagaimanapun, pengguna boleh menarik nafas lega apabila FBI berjaya mencipta langkah penyelesaian yang mana mangsa siber itu hanya perlu melayari dcwg.org,

 bagi membolehkan mereka menyemak sama ada dijangkiti virus sekali gus menghapuskan sebarang perisian yang mendatangkan ancaman. Terdahulu, enam rakyat Estonia ditahan atas tuduhan penipuan pada November lalu, dua tahun selepas FBI melancarkan Operasi Hantu Klik bagi mengesan kumpulan yang menyerang komputer di seluruh dunia dengan malware “DNS Changer” mereka, yang berfungsi mendedahkan komputer itu kepada virus.Sumber : Bharian

Akses Internet

Urus Kewangan Anda Menggunakan Money Manager Ex

Money Manager Ex

Bagi mereka yang sedang tercari-cari perisian untuk mengurus kewangan,penulis syorkan anda mencuba perisian Money Manager Ex ini.

Money Manager Ex membantu anda untuk mengurus dan merekod keluar masuk wang anda.Melalui perisian ini,anda lebih mudah untuk melihat pergerakan kewangan anda satu per satu.Anda juga boleh senaraikan perjalanan perbelanjaan bulanan kewangan anda.

Perisian Money Manager Ex ini sangat mudah digunakan dan penulis pasti anda tidak akan mengalami masalah menggunakan perisian ini.Perisian Money Manager Ex  ini juga,turut membantu anda menganalisis setiap pengeluaran dan juga pendapatan yang anda perolehi.Apa yang lebih menarik,anda boleh mendapatkan perisian ini secara PERCUMA.

Perisian Money Manager Ex  ini juga boleh digunakan oleh pengguna yang menggunakan sistem operasi Windows,Linux dan juga Mac.

Untuk Muat turun perisian ini,sila layari http://www.codelathe.com/mmex/mmex_download.php

Money Manager Ex

Google disaman halang siasatan AS

Google

GOOGLE Inc menerima saman AS$25,000 (RM75,291) atas kesalahan menghalang penyiasatan kerajaan Amerika Syarikat (AS) terhadap kumpulan data miliknya bagi projek Street View, yang membolehkan pengguna melihat imej atas jalan raya apabila mereka memetakan lokasinya.

Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan AS (ACC) yang mengenakan denda itu lewat Jumaat lalu, berkata, Google didakwa mengumpulkan maklumat peribadi tanpa kebenaran dan sengaja tidak bekerjasama dengan siasatan yang dijalankan oleh FCC.
Google enggan mengenalpasti mana-mana kakitangannya ataupun menghantar e-mel kepada kerajaan.

“Salah laku seperti ini mengancam usaha dan keupayaan suruhanjaya untuk menjalankan siasatan ke atas sebarang kemungkinan pelanggaran akta komunikasi dan peraturan yang ditetapkan oleh suruhanjaya, dan ia juga memilih untuk tidak mengenal pasti kakitangannya,” katanya dalam perintah FCC bertarikh 13 April.

Google dalam kenyataannya berkata, ia menyerahkan semua maklumat kepada agensi itu dan mencabar keputusan agensi itu yang mendakwa pihaknya tidak bekerjasama dalam siasatan itu.

“Seperti dinyatakan FCC dalam laporan mereka, kami menyediakan semua bahan yang badan pengawal seliaan itu mahukan bagi menjalankan siasatan dan kami dikatakan tidak bersalah dalam sebarang usaha melanggar undang-undang.

“Kami tidak setuju dengan perincian yang dikemukakan FCC berhubung kerjasama kami dalam siasatan mereka, ” kata syarikat laman web enjin carian utama dunia itu.
Antara Mei 2007 dan Mei 2010, Google mengumpulkan data daripada rangkaian WiFi di seluruh dunia khususnya AS dalam langkah membangunkan projek Street View, yang memberikan pengguna Google Map dan Google Earth melihat imej struktur dan tanah di berada di seberang jalan atau lebuh raya.

Namun begitu, Google turut dikatakan mengumpul kata laluan, senarai penggunaan internet pengguna dan maklumat peribadi yang sensitif yang tidak diperlukan dalam projek pusat data itu, kata FCC.

Google pada Mei 2010 lalu mengumumkan yang ia mungkin sudah mengumpulkan bahan yang dipanggil muatan data sehingga menyebabkan siasatan FCC ke atasnya berhubung pelanggaran akta Komunikasi.

Sumber : Berita Harian

Google

Idottv kuasai lima negara

Idottv

Keperluan terhadap kepentingan­ teknologi mudah alih adalah perkara penting dalam era teknologi telekomunikasi dan maklumat (ICT) masa kini. Bagi memenuhi peluang tersebut, satu-satunya syarikat Bumiputera yang semakin giat mencipta nama adalah Idottv Sdn Bhd.

Misi syarikat adalah membangunkan produk berteknologi mudah alih mengikut keperluan dan kehendak pelanggan dan pada masa sama terus mengekalkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Idottv Sdn Bhd adalah peneraju penyelesaian dan pembekal maklumat negara khusus dalam segmen teknologi integrasi mudah alih sebagai penyelesaian bagi menyediakan produk premium kepada pelanggan.

Idottv ditubuhkan pada 2002 di bawah Syarikat Kumpulan Sedania, dan berkembang ke lima buah negara termasuk Malaysia, Indonesia, Bangladesh, Thailand dan baru sahaja selesai meneroka pasaran Singapura. Pada 2006, Idottv menerima status Syarikat Koridor Raya Multimedia (MSC) dan juga memegang lesen bertaraf Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Selain pengiktirafan di atas kejayaan itu, Idottv menerima anugerah Arch Of Europe Quality 2011, Anugerah ICT NEF Awani 2011, London 2012 Sukuk Summit, Anugerah Mobile Premier Barcelona 2011, Delotte techlonogy Fast 2010, Frost and Sullivan 2010 dan Anugerah Apicta.

Perkhidmatan pertama bakal teroka Indonesia

Ketua Pegawai Eksekutifnya, El Hadj Azahari berkata, perniagaan dan fokus utama Idottv adalah dalam segmen perkhidmatan teknologi komunikasi.

“Kami bermula dengan projek pertama sebagai syarikat telekomunikasi tempatan menerusi perkhidmatan perkongsian nilai yang diperkenalkan 2004. Sehingga kini, perkhidmatan itu telah beroperasi selama lapan tahun dan turut mencipta nama di negara luar seperti Bangladesh,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya, di Kelana Park View, Petaling Jaya.

Menurutnya, bagi membawa perkhidmatan­ itu ke pasaran lebih besar, Idottv berhasrat memasuki pasaran Indonesia pada bulan hadapan. Sejak itu, Idottv terus mengorak langkah mengembangkan perniagaan dalam industri lain seperti penyelesaian mudah alih, insurans, aplikasi telefon pintar, utiliti dan peruncitan.

Perkenalkan produk teknologi hijau

Memahami perlunya memelihara alam sekitar, Idottv kini memperkenalkan bil hijau dengan kerjasama bersama salah sebuah syarikat telekomunikasi tempatan terkemuka negara, setahun lalu. El Hadj berkata, perkhidmatan itu menyediakan kemudahan bayaran kepada pelanggan pasca bayar telekomunikasi syarikat itu yang boleh dimuat turun menerusi aplikasi App store dan Android.

Katanya, bagi memberikan lebih kemudahan kepada pelanggan, Idottv terus mengemas kini aplikasi agar boleh dinikmati pelanggan prabayar yang bakal dilancarkan pada masa akan datang. Selain itu, Idottv juga dalam perundingan dengan beberapa syarikat perbankan tempatan untuk melancarkan perbankan hijau (Green Banking) yang menawarkan kemudahan canggih seperti mendapatkan nombor giliran bank dan juga memeriksa penyata hanya melalui telefon pintar.

“Kami menerima respons menggalakkan daripada beberapa syarikat perbankan negara dan kini dalam proses rundingan, hanya akan memperkenalkan produk itu apabila mendapat kata sepakat,” katanya.

Sebelum ini, Idottv juga terlibat dalam penyelesaian perbankan Islamik menerusi ‘As-Sidq’ iaitu sistem perdagangan kewangan peribadi yang mematuhi syariah sepenuhnya menerusi telefon pintar dan turut dijangka ke Indonesia akhir tahun ini.

Bakal hasil teknologi NFC

Bukan itu sahaja, Idottv kini dalam proses membangunkan produk berasaskan teknologi Komunikasi Medan Berhampiran (NFC) sebagai transformasi besar dalam industri peruncitan negara.

“Kami telah sampai ke peringkat akhir, bagaimanapun perlu menunggu maklumat teknikal daripada peruncit. Walaupun teknologi itu masih belum mendapat sambutan dalam kalangan pengguna tempatan,­ kami berharap dapat melancarkan produk itu dalam suku ketiga tahun ini,” katanya.

Lahir empat lagi teknologi baru

Sementara itu, Pengarah Korporat dan Undang-Undangnya, Zahani Yuhyi berkata, sejak ditubuhkan, Idottv telah menghasilkan lebih sepuluh produk dalam pelbagai industri dan berjaya membawa teknologi tempatan itu ke persada antarabangsa.

“Tahun ini, kami menyasarkan untuk menghasilkan empat lagi produk dengan teknologi baru termasuk teknologi perbankan hijau yang bakal dilaksanakan sedikit masa nanti. Kesemua produk kami ini juga telah dipatenkan dan merupakan antara yang pertama pernah dihasilkan dalam negara,” katanya.

Zahani berkata, misi utama syarikat adalah memenuhi keperluan pengguna dengan menghasilkan pelbagai produk dan perkhidmatan menerusi telefon mudah alih yang mampu membantu menyelesaikan semua masalah hanya menggunakan satu peranti. Oleh itu, sebagai perancangan masa hadapan, Idottv merancang membina lebih banyak produk berinovatif.

Wujudkan kumpulan WIT

Selaras menuju ke arah syarikat bertaraf antarabangsa, Idottv mewujudkan satu kumpulan terdiri daripada golongan muda yang memiliki kemahiran kreatif dan inovatif dikenali sebagai Kumpulan Inovatif Dunia (WIT). Zahani berkata, kumpulan itu akan menghasilkan, mengumpul dan melahirkan lebih banyak idea bersama produk berteknologi canggih pada masa akan datang. Setakat ini, Idottv mempunyai 20 ahli di bawah kumpulan itu dan menyasarkan pertumbuhan ahli meningkat lebih ramai sehingga 60 orang menjelang akhir 2012.

Intai peluang ke pasaran lebih besar

“Kami turut merancang menerokai pasaran­ negara lain dalam rantau ini seperti Vietnam dan Myanmar serta ke pasaran lebih besar seperti Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Pasaran baru itu nanti akan membawa produk kami ke peringkat antarabangsa, sekali gus menguasai pasaran lebih luas,” katanya.

Idottv

sumber : Sinar Harian

Mengapa DROPSHIP Mula Menguasai Trend Perniagaan Internet Pada Masa Kini?

Dropship

dropship

 

Tahukah anda mengapakah perniagaan dropship mula menguasai trend perniagaan online pada masa ini?

Mengapakah semakin ramai usahawan yang menceburi perniagaan dropship? Adakah ini cuma trend sahaja dan tidak akan bertahan lama?

Dropship adalah perniagaan online yang digunakan secara meluas oleh penjual produk fizikal. Dropship adalah method order online di kedai online dan produk yang terjual dihantar terus ke alamat pembeli. Pembeli tak perlu susah payah datang ke kedai dan dapat jimat duit minyak, penjual pula tak perlu sewa kedai, bayar lesen Majlis Perbandaran dan melayani bermaca-macam karenah birokrasi untuk berniaga.

Perniagaan dropship boleh dikatakan sebagai perniagaan yang hanya bermodalkan gambar sebagai sample. Anda tak perlu menyimpan stok untuk menjual dan ini menjimatkan kos inventori anda. Untuk orang yang biasa berniaga, mereka tahu, stok sangat penting dan mereka banyak keluarkan modal untuk membeli stok. Tetapi bagi perniagaan dropship, stok disimpan oleh kilang atau pembekal. Jika sebelum ini kos RM20,000 diperlukan untuk membeli stok pakaian jika nak berniaga, sekarang dah tak perlu lagi sebab hanya gambar sahaja yang diperlukan kerana kita menjual di pasaran online (internet).

Jika dulu, kos perniagaan paling murah pun boleh mencecah RM5000, sekarang, dengan method perniagaan dropship ini kos perniagaan jadi tak sampai RM500 pun! Sangat jimat dan hampir tiada risiko!

Salah satu program DropShip yang anda boleh cuba ialah DropShip Muslim Niaga.

Muslim Niaga telah mempermudahkan anda dengan sistem mereka yang telah teruji memang mantap, ‘reliable’ dan mereka mempunyai pasukan yang hebat bekerja untuk anda! Anda boleh terus memulakan perniagaan anda dengan senang hati dan tak perlu pening-pening nak buat sistem dropship dan cari produk untuk dijual. Semuanya dilakukan oleh pasukan Muslim Niaga! Kredibiliti mereka telah terbukti dan pasukan mereka terdiri dari mereka yang berkelayakan dan sangat berpengalaman.

Sistem dah sedia untuk anda, produk dah sedia, proses pembungkusan dan penghantaran produk pun mereka yang uruskan semuanya untuk anda. Apa yang anda perlu lakukan kini ialah mendaftar segera dengan mereka dan mulakan promosi jualan anda terus kepada bakal pelanggan anda! Jangan lupa, sekiranya anda mengalami sebarang masalah, mereka sentiasa bersedia 24 jam untuk membantu anda!

Info Lanjut Mengenai DropShip Muslim Niaga,

http://goo.gl/HLbRZ

Dropship

Facebook mampu undang ketagihan

Facebook

STOCKHOLM – Laman sosial Facebook dipercayai mendatangkan ketagihan dan pengguna yang menghabiskan masa dengannya bakal mengalami kurang keyakinan dalam kehidupan.

Pakar di Universiti Gothenburg, Sweden, memberitahu, kebanyakan pengguna log masuk sebaik sahaja mereka menghidupkan komputer, sekali gus bertukar kepada ketagihan.

Kumpulan individu berpendapatan rendah dan kurang pendidikan adalah golongan berisiko tinggi dengan situasi ini.

Sehingga kini, kajian mendapati, 85 peratus individu melayari laman sosial itu setiap hari dan separuh daripadanya membuka Facebook sebaik sahaja melayari laman pengguna.

Sebanyak 25 peratus pengguna mengakui berasa kurang selesa jika meninggalkan laman itu walaupun sehari.

Sumber : SINAR HARIAN

Facebook

Perlukah Menambah Peminat (Fans) di Facebook?

Facebook

facebook

Facebook semakin menjadi kegilaan dan minat orang kita masa kini, seolah-olah ia menjadi sebahagian daripada hidup kami. Ada yang merasakan tidak sempurna hidup seharian mereka jika tidak dapat melayari Facebook walau sekali sehari.

Dengan fenomena yang semakin hangat ini, kita sebagai usahawan sudah tentu mahu memanfaatkan Facebook sebagai medium pemasaran kita. Di Facebook, cara terbaik membina nama dan perniagaan, adalah dengan membina Fanpage sendiri. Tiada kos diperlukan untuk membuat sendiri. Ia boleh dihasilkan dalam beberapa minit sahaja.

Cuma persoalannya, bagaimana memastikan Fanpage kita dalam menarik seramai mungkin peminat? Jumlah peminat boleh dinilai berdasarkan jumlah orang yang LIKE Fanpage kita. Secara automatik, mereka akan sentiasa diberi notifikasi dengan mesej-mesej yang kita kemaskini setiap hari.

Pentingnya teknik ini, bagi memudahkan kita mempromosi produk mahupun membina kredibiliti dalam sesuatu bidang. Saya cuba gariskan di sini 3 cara membina kredibiliti dan membina keuntungan pasif sepanjang masa dengan cara kemaskini mesej yang betul di Fanpage.

Cara #1 : Sentiasa kemaskini mesej dengan informasi baru berkenaan dengan produk dan perkhidmatan. Cukuplah dengan 2-3 ayat asalkan ia memberikan kesedaran dan maklumat berguna kepada para peminat anda. Dengan cara ini, anda akan dilihat sebagai pakar walaupun anda bukannya kelulusan PhD. Mereka tidak mahu anda terlalu sempurna, tetapi cukuplah dengan memberikan maklumat berharga kepada mereka. Mereka akan terus menghargai dan mengikuti perkembangan anda.

Cara #2 : Selalu menawarkan kupon dan diskaun dari semasa ke semasa dalam tempoh masa yang terhad. Dengan cara ini, mereka akan sentiasa ternanti-nanti kupon dan diskaun yang anda bakal tawarkan dan sekaligus menggalakkan mereka menggunakan produk dan perkhidmatan anda. Ia memang berkesan dari dulu sampai sekarang.

Cara #3 : Cuba kerapkan berinteraksi dengan para peminat anda, supaya mereka suka bersosial dengan anda. Jangan jadikan fanpage anda seperti robot atau perniagaan yang tidak mesra dengan bakal pelanggan anda. Selalu memberikan komen dan respon terhadap pertanyaan mereka adalah cara terbaik meraih populariti dalam sesuatu niche.

Namun, hakikatnya, 3 cara terbaik yang saya sarankan di atas, tidak akan berjaya jika anda sendiri tidak dapat menambah jumlah LIKE di Fanpage anda. Semakin banyak para peminat Fanpage anda, semakin cepat perniagaan anda akan berkembang sehingga ke tahap yang anda sendiri akan terkejut.

Walaupun keuntungan bukanlah matlamat utama, namun apa yang penting keuntungan akan datang dengan sendirinya jika anda mengamalkan 3 cara di atas dan anda sendiri serius dalam menambah jumlah peminat dan LIKE anda.

Untuk mengetahui cara-cara menambah jumlah LIKE dan peminat di Fanpage anda, saya cadangkan anda dapatkan panduan sebenar di http://goo.gl/qnPJT . Ini kerana panduan ini mendedahkan pengalaman sebenar penulis bagaimana beliau memperolehi 60,000 LIKE di Fanpage beliau hanya dalam masa 2 MINGGU sahaja dengan menggunakan teknik-teknik yang telah terbukti berkesan. Sekali lagi, boleh dapatkan di http://goo.gl/qnPJT .

Layari,

http://goo.gl/qnPJT

Facebook

Facebook Zed Zaidi Di Godam Aaronators Crew

Zed Zaidi

zed zaidi

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil, 32, atau Zed Zaidi membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara, di sini semalam, mendakwa laman facebook diceroboh individu tidak dikenali.

Zed mendakwa kumpulan yang menggodam facebook miliknya dikenali ‘Aaronators Crew’ dan dia hanya menyedarinya ketika melayari laman sosial itu jam 6 petang, kelmarin.
Katanya, ia mungkin berkait tindakannya mempertikaikan kemenangan pelakon popular, Aaron Aziz, 36, yang menggondol Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH11), Ahad lalu.

“Saya tidak menuduh sesiapa dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat. Namun, saya akan memanjangkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) esok (hari ini),” katanya.
Menurutnya, biarpun diceroboh, kumpulan itu tidak memaparkan kenyataan berbaur ugutan, fitnah dan lucah sebaliknya hanya memberitahu facebook miliknya digodam.
Katanya, selaku Timbalan Presiden Seniman, dia sedar banyak perkara dibangkitkan dalam memperjuangkan hak artis seperti memohon cermin gelap, perlindungan insurans, permohonan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1SMA) dan terbaru mempertikaikan kemenangan Aaron.

“Saya percaya pencerobohan facebook disebabkan rasa tidak puas hati terhadap beberapa usul yang saya cadangkan. Namun, masih ramai ahli Seniman menyokong penuh usaha dijalankan,” katanya.
Ketika disoal sama ada dia ‘gila publisiti’ Zed menjelaskan tidak pernah meminta publisiti murahan, namun kontroversi tercetus apabila dia tampil memperjuangkan hak selebriti.

“Saya bukan bodoh meminta publisiti murahan sebaliknya berjuang memohon hak artis. Apa gunanya jawatan disandang seandainya saya tidak melakukan sesuatu untuk mereka,” katanya.

Berhubung kenapa tidak mempertikaikan kemenangan Aaron sebelum kemenangannya berkata: “Pada 22 Jun 2009, menerusi zedzaidi.blogspot.com.my, saya menulis mengenai lambakan selebriti asing ke negara ini, namun tiada sesiapa memandang.
“Dengan jawatan ini, saya akan terus memperjuangkan hak artis. Seandainya ada yang tidak menyokong apa dibuat, jangan undi saya untuk pemilihan seterusnya,” katanya.

Hmetro

Zed Zaidi

Pendekkan URL Anda Menggunakan Google Url Shortener

URL

Pernah anda menyalin URL yang begitu panjang dan menyukarkan anda untuk mengingatinya?

Jangan risau kerana terdapat banyak laman-laman web yang menawarkan perkhidmatan secara percuma untuk memendekkan URL anda kepada URL yang lebih ringkas dan mudah diingati.

Fungsi ini tentu sekali memberi kemudahan kepada pengguna-pengguna komputer,dan untuk menggunakan kemudahan ini adalah sangat mudah sekali.

Walaupun terdapat banyak laman web yang menawarkan perkhidmatan seperti ini,dalam contoh ini,saya akan menggunakan Google Url Shortener.Google Url Shortener adalah sangat mudah digunakan.

Jika anda ingin mencuba menggunakan kemudahan ini,sila layari http://goo.gl/ .

 

http://goo.gl/

URL

Dapatkan Domain Anda Di GoDaddy.com Hanya $2

Domain

domain

Assalamualaikum & salam sejahtera,post kali ini ringkas sahaja….saya ingin berkongsi kepada pembaca CK kupon untuk membeli domain di godaddy.com dengan harga hanya 2USD.

Jika anda berminat,anda boleh membeli domain anda di godaddy.com dengan menggunakan kupon GOODDEAL.Jom beli domain anda menggunakan domain ini selagi kupon ini masih boleh digunakan! Kupon ini cuma sah dalam masa yang tertentu sahaja,jadi jangan lepaskan peluang anda!

https://www.godaddy.com

 

 

Domain

Perisian Membina Web Jualan MiniSiteMudah Mudah, Cepat dan berkesan!

Minisite

Minisite

Salam Sejahtera pembaca CK,

Ramai yang bertanya, mana nak cari sistem yang boleh menguruskan web jualan yang mudah?

Di internet sekarang pelabagai sistem yang kita boleh jumpa, tetapi tak menepati kehendak kebanyakkan pengguna atau Internet Markerter di Malaysia.

Ada sistem yang bagus, tetapi terlebih canggih, takut pelanggan tak pandai nak beli atau buat tempahan pulak.

Maka, cari punya cari saya terjumpa satu sistem yang MUDAH!

 

Nama sistem pun kena dengan kehendak kebanyakkan penguna, nak tau apa nama sistem tu? Minisite Mudah.

Saya dah review, test demo, nampaknya inilah sistem Web Jualan yang Mudah, Cepat dan berkesan!

Klik-klik, isi borang je, siap dah Minisite atau Web Jualan kita. Canggih, Mudah, serius wa cakap lu…

Inilah sistem yang dicari-cari selama ni, akhirnya menjadi kenyataan!

 

Patutlah selama ni tak jumpa, sebab sistem ni baru diterbitkan pada tahun 2012 ni, tak dilancarkan secara rasmi lagi pun… tetapi dah ramai pengguna menggunakan Sistem Minisite Mudah ni.

Untuk maklumat lanjut, sahabat boleh kunjungi web berkenaan disini:

http://goo.gl/RcIOF

 

Walaupun masih baru, tak sampai setahun jagungpun lagi sistem ni, tapi ramai yang dah guna, dah rasmikan pun web jualan masing-masing.

So far, nampak respon/testimoni pengguna-pengguna, pelanggan semuanya positif. Otai-otai IM di Malaysia pun dah ramai gunakan rupanya, diam-diam je diorang ni..

Buat duit riban-riban, tak pening kepala nak fikir koding2, design minisite, guna Minisite Mudah ni utk mudahkan uruskan web jualan, tempahan dan pengurusan pelanggan mereka.

 

Tak ramai lagi yang kongsikan rahsia ni, cari kat forum pun tak banyak lagi yang dok promote Minisite Mudah ni.. diorang nak rahsiakan ke benda baik macam ni? Ntah ler…

So saya kongsikan pada sahabat rahsia yang masih lagi rahsia, orang belum kecoh-kecoh lagi lagi pasal minisite mudah ni, sebelum tokey dia naikkan harga, baik korang dapatkan sekarang…

Tunggu apa lagi?  klik sini –>

http://goo.gl/RcIOF

 

Semoga Bermanfaat…

Minisite

Sokongan Windows XP dan Office 2003 akan berakhir pada 8 April 2014

Windows Xp

windows xp

Saya pasti anda akan bersetuju bahawa sistem operasi Windows XP dan juga Office 2003 merupakan dua perisian yang sangat popular berbanding dengan perisian-perisian lain Microsoft.Ini kerana walaupun Microsoft telah mengemaskini perisian-perisian tersebut ke versi terbaru,pengguna komputer masih memilih untuk menggunakan perisian-perisian tersebut.

Namun pada 8 April 2014 nanti,kedua-dua support dari perisian ini akan berakhir.Jika anda masih menggunakan kedua-dua perisian ini,anda disyorkan untuk menaiktaraf sistem operasi anda ke Windows 7 dan juga Office 2010.Turut dinyatakan,Windows XP dan juga Office 2003 merupakan perisian terbaik pernah direalisasikan oleh Microsoft namun kemajuan dan perubahan teknologi pada masa kini menyebabkan pengguna perlu berubah ke versi sistem operasi yang terkini.

Windows XP and Office 2003 were great software releases for their time, but the technology environment has shifted. Technology continues to evolve and so do people’s needs and expectations. Modern users demand technologies that fit their personal workstyle and allow them to stay productive anywhere anytime, while businesses have an ever increasing need to protect data and ensure security, compliance and manageability. It is in a company’s – and its employees’ – best interest to take advantage of the modern Windows and Office software that is designed with these needs in mind.”

Persoalannya adakah anda akan berubah ke sistem operasi Windows 7 dan Office 2010 sekarang?atau anda masih setia dengan sistem operasi Windows XP? Jom komen…

Windows Xp