Aktifkan “Lock Screen” pada Mac OS

Lock Screen Mac

Assalamualaikum & salam cekap komputer kepada semua pembaca blog Cekap Komputer.Pada tutorial kali ini,saya akan memberikan anda sedikit panduan cara untuk mengaktifkan Lock Screen pada Mac OS.

Fungsi “Lock Screen” ini berguna kepada pengguna Mac yang ingin kunci komputer mac mereka,dan pengguna memerlukan username dan katalaluan untuk log masuk.

Langkah 1 : Pastikan akaun pengguna mac yang anda gunakan lengkap dengan katalaluan,boleh lihat di Users & Groups dalam System Preferences.

Langkah 2 : kemudian,melalui¬†System Preferences,pilih “Security & Privacy“.

lock screen mac

 

Langkah 3 : Kemudian,pada tab “General“, tick pada “Require password immediately after sleep or screen server begin“.

 

Langkah 4 : ¬†Selepas itu,untuk lock screen sistem operasi mac anda, tekan butang kekunci Shift + Command + Eject serentak.Mac anda akan diletakkan di dalam mode “Sleep” selepas itu,kemudian apabila anda aktifkan kembali Mac anda,anda akan dapat lihat paparan Login,untuk log masuk anda perlukan username dan katalaluan anda.

Selamat Mencuba!

 

Lock Screen Mac