Pencetak Mesra Pengguna Canon Pixma MX372

Canon Pixma MX372

Canon Pixma MX372

Pasti sangat menjengkelkan jika harus berhadapan dengan pencetak yang sering tersekat atau lambat. Canon tampil dengan Canon Pixma MX372 yang mempermudah kerja mencetak dokumen.

Ini kerana pencetak ini menggunakan pengisian katrij (cartridge loading) sistem terbaru. Bukan itu saja, pencetak terbaru ini juga dilengkapi dengan kemudahan pengimbasan (scanner).

INFO: Canon Pixma MX372

– Menggunakan pengisian katrij sistem terbaru.

– Dilengkapi pengisian 30 halaman dokumen automatik (autodocument feeder)
– Dilengkapi dengan pengimbasan (scanner)

Sumber : BH

Canon Pixma MX372

Dua penggodam data ditahan

Penggodam

Polis di Korea Selatan menahan dua penggodam yang mencuri data peribadi 8.7 juta pelanggan daripada Korean Telecom, penyedia perkhidmatan mudah alih kedua terbesar negara itu.

KT berkata, kedua-dua penggodam itu ditahan selepas mencuri data seperti nama pelanggan, nombor telefon dan nombor pendaftaran kediaman selama lima bulan sejak Februari dan menjualnya kepada firma pemasaran dalam talian.

“Jumlah pengguna yang terjejas mewakili hampir separuh daripada 17 juta pelanggan kami,” kata jurucakap KT sambil menambah syarikat itu memaklumkan kepada pihak polis pada 13 Julai selepas mendapati tanda serangan penggodam.

Agensi berita Yonhap, memetik pihak polis berkata kedua-dua individu itu adalah bekas penulis program dalam syarikat IT tempatan yang sudah meraih sekurang-kurangnya 1 bilion won (RM2.77 juta) dengan menjual data yang dicuri itu.

Tujuh individu lain juga didapati melakukan tempahan untuk membeli data bocor itu bagi tujuan pasaran melalui telefon, kata Yonhap.

“Kami memohon maaf kerana menyebabkan kebocoran maklumat peribadi anda. Kami akan melakukan yang terbaik bagi memastikan kejadian sama tidak berulang lagi,” kata KT dalam satu kenyataan kepada pelanggan.

Serangan penggodam terhadap syarikat besar ditujukan bagi mendapatkan akses kepada data peribadi pelanggan yang mana ia sering berlaku di Korea Selatan, salah satu negara yang mempunyai perhubungan dalam talian tertinggi di dunia.
Pihak berkuasa Seoul berkata pada Julai tahun lalu, penggodam menggunakan alamat internet yang didaftarkan di China dan berjaya mengakses laman web utama Korea Selatan termasuk, portal Nate.com dan mungkin mencuri data peribadi 35 juta pengguna.

Pada November 2011, pembangun utama permainan Seoul, Nexon menyaksikan maklumat 13 juta pengguna permainan internet popularnya, MapleStory dicuri oleh penggodam.

Pada 2010, pihak berkuasa melancarkan siasatan terhadap sistem keselamatan peruncit utama, Shinsegae dan 24 syarikat lain selepas data peribadi 20 juta pelanggan bocor._AFP

Sumber : BH

Penggodam

Jom Buat Kartun Komik Menggunakan Rage Maker!

Rage Maker

Assalamualaikum & salam 1 CK,

Agak lama juga saya tidak kemas kini blog ini yer….Insyallah saya akan mula aktif kembali dalam dunia blogging ni mengikut jadual yang saya telah susun hehe…

rage maker

Pernah tak korang lihat kartun-kartun berdialog di blog ataupun di laman sosial facebook seperti gambar di atas? Setiap masa saya dapat lihat banyak kartun-kartun yang dikongsi oleh rakan-rakan  mengikut kreativiti mereka terutamanya di halaman facebook.

Bagi mereka yang telah mengetahui cara membuat kartun ni,rajin-rajin la ya kongsikan kepada rakan-rakan kartun korang…dan bagi mereka yang tidak mengetahui cara untuk membuat kartun sebegini,anda boleh layari laman web http://ragemaker.net untuk membuatnya.

Di dalam laman web Rage Maker ini,anda boleh membuat kartun dengan pelbagai reaksi muka antaranya ialah reaksi marah,gembira,sedih,terkejut dan banyak lagi.

Anda juga boleh membina petak pada halaman komik kartun anda mengikut apa yang anda inginkan.

Terdapat banyak lagi fungsi-fungsi menarik yang terdapat pada Rage Maker,apa yang anda perlukan ialah layari laman web http://ragemaker.net .Anda tidak perlu install sebarang perisian untuk menggunakannya,ianya adalah PERCUMA.
Setelah siap,anda boleh simpan kartun anda sebagai gambar dalam format .png dan lain-lain.

Selamat Mencuba!

 

 http://ragemaker.net

Rage Maker