1,585 laman ‘phishing’ maklumat rahsia disekat: Joseph Salang

Laman Phishing

laman phishing

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,585 laman web ‘phishing’ (aktiviti untuk mendapatkan maklumat rahsia pengguna dengan cara menggunakan e-mel dan laman web yang menyerupai yang asli atau rasmi) disekat tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang berkata laman sesawang ‘phishing’ itu adalah daripada sejumlah 1,675 laman seawang yang disekat, setakat ini tahun ini.

Tahun lepas, sejumlah 1,475 laman sesawang juga disekat sebagai langkah pencegahan, katanya menjawab soalan Datuk Ismail Kasim (BN-Arau) semasa persidangan hari ini.

Beliau berkata sebanyak 32 kertas siasatan telah dibuka pada tahun lepas dan sehingga tahun ini, 74 kes lagi telah disiasat untuk kesalahan melibatkan media baru mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Menjawab soalan tambahan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong), beliau berkata kerajaan tidak pernah berbelah bahagi dalam mengambil tindakan kepada mana-mana blog yang menimbulkan dakwaan fitnah terhadap pemimpin tempatan.

Beliau berkata individu yang dituduh atau difitnah oleh blog, boleh membuat aduan terus kepada pihak berkuasa seperti polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan undang-undang.

“Aduan juga boleh dibuat jika ia melibatkan kementerian lain. Dari aduan tersebut, tindakan boleh diambil. Sekiranya disiasat dan didapati tiada yang menyalahi undang-undang, maka tiada tindakan akan dilakukan.

“Kementerian dan pihak berkuasa tidak pilih kasih dan mengambil tindakan sewajarnya untuk semua kes yang dilaporkan,” katanya. – Bernama

Laman Phishing

Tablet Windows 8 terbaru

Windows 8

windows 8

Tablet Windows 8 dengan rekaan kekunci nampaknya kini sudah menjadi ikutan di kalangan penggemar telefon. Kini ikutan tersebut turut diikuti oleh LG Mobile yang baru saja memperkenalkan LG H160.

Tablet ini memiliki kekunci slide yang mirip dengan rekaan Asus Eee Pad Slider.

Bezanya, untuk mengeluarkan kekunci QWERTY, anda hanya perlu menekan satu tombol khusus yang tersemat pada layar untuk membolehkan kekunci itu muncul.

Ia mempunyai rekaan yang nipis iaitu 16 milimeter dan mempunyai berat sekitar 1.04 kilogram. Secara luarannya tablet ini tidak mempunyai banyak perbezaan dengan tablet android lain di pasaran.

Layar skrinnya agak besar 11.6 inci dengan resolusi 1366×768 piksel. Manakala untuk prosesor, LG menggunakan prosesor Intel Clover Trail.

Pihak LG mengatakan bahawa bateri tablet ini mampu bertahan hingga 10 jam. Buat masa ini LG hanya bercadang untuk menjual produk terbaru mereka ini

Sumber : Berita Harian

Windows 8

Download Driver Notebook Asus Untuk Windows

Driver ASUS

Assalamualaikum & salam cekap komputer,apa khabar para pengunjung Blog Cekap Komputer? Semoga sentiasa sihat selalu.

Dalam tutorial kali ini,saya ingin berkongsi kepada anda cara untuk muat turun driver untuk laptop jenama Asus.Sebelum ini,ada beberapa rakan dari fan page Cekap Komputer bertanya kepada penulis,cara untuk mendapatkan driver-driver bagi notebook jenama Asus ini.

Kebiasaannya,apabila anda format komputer anda kepada sistem Windows yang baru,terdapat beberapa driver notebook tersebut tidak lengkap dan perlu dipasang.Terdapat dua kaedah yang anda boleh lakukan,pertama sambungkan notebook anda pada internet dan update sistem windows anda(driver akan automatik dipasang bagi OS Windows 7) dan kedua,anda boleh muat turun perisian driver-driver tersebut melalui laman web model laptop yang anda gunakan.

Penulis akan menunjukkan anda kaedah kedua,iaitu muat turun perisian driver tersebut dari laman web ASUS.

Pertama sekali,klik pada http://support.asus.com/download

Driver ASUS

Halaman berikut akan dipaparkan.Kemudian,masukkan nama model laptop asus yang anda gunakan(contoh A43SJ) dan klik butang “Search“.

Selepas itu,klik pada model ASUS seperti yang dipapatkan.

 

Langkah seterusnya,anda akan diminta untuk memilih sistem Windows yang anda gunakan.

Anda akan dapat lihat,senarai driver-driver model notebook yang anda cari.Anda boleh muat turun driver-driver tersebut secara percuma tanpa perlu dikenakan sebarang pembayaran.

 

Klik pada senarai driver yang anda inginkan dan anda akan diberi pilih untuk muat turun driver-driver tersebut melalui Global (DLM),Global & P2P.Klik pada Global dan tunggu sehingga proses muat turun selesai.

 

Mudah bukan! ūüôā

 

Driver ASUS

MyIslamicShop.com Lebih 300 Produk Islamik Untuk Anda!

Myislamicshop

myislamicshop

Pada masa kini,produk-produk islamik semakin mendapat sambutan dari semasa ke semasa.Produk seperti Al-Quran digital,produk perubatan islam,buku islamik,produk makanan halal dan banyak lagi merupakan antara produk-produk yang sangat laris di jual.

Namun masalah yang sering berlaku ialah produk-produk ini kadangkala masih sukar diperolehi di kawasan-kawasan yang berhampiran kediaman anda dan masalah kehabisan stok produk juga turut menjadi salah satu masalah untuk memiliki produk-produk islamik tersebut.

Dengan adanya kedai online seperti MyIslamicShop,kini anda lebih mudah membeli-belah produk islamik tanpa perlu bersusah payah dan membuang masa anda! Semuanya boleh dilakukan di hujung jari anda dengan adanya kedai online MyIslamicShop.com. Apa yang anda perlu lakukan ialah layari kedai online myislamicshop dan lakukan pembayaran secara online kemudian pihak MyIslamicShop akan menghantar produk-produk islamik tersebut terus ke rumah anda!

Kini,lebih 300 produk islamik telah disediakan di dalam kedai online MyIslamikShop dan dijangka,ianya akan bertambah dari semasa ke semasa.Anda tidak perlu takut kerana MyIslamicShop didaftarkan di bawah Team Mukmin Global Sdn. Bhd.

Cara-cara Membeli Produk Islamik Di MyIslamicShop

Senarai Harga Produk MyIslamicShop

http://myislamicshop.com/index.php?page=content&id=senarai_harga_produk_mengikut_kategori

 

Sila layari myislamicshop.com untuk melihat produk-produk islamik yang telah disediakan.

Myislamicshop

Layari Web Banking Online Dengan Selamat Dengan Addon DontPhishMe

Banking Online

banking online

Dalam artikel kali ini,saya ingin berkongsi kepada anda satu addon yang anda boleh pasang pada pelayar web firefox ataupun google chrome anda iaitu DontPhishMe.

Apa itu addon DontPhishMe? 

DontPhishMe merupakan satu addon berguna yang dibangunkan oleh MyCERT,addon ini penting bagi mengelakkan anda menjadi mangsa mereka yang tidak bertanggungjawab di luar sana untuk mencuri data-data peribadi anda terutamanya laman-laman web bank seperti Maybank2u,Cimb Clicks dan banyak lagi melalui kaedah Phising .

Secara ringkasnya,phising merupakan aktiviti dimana anda akan dibawa ke satu halaman yang paparannya hampir sama dengan Maybank2U ataupun lain-lain namun ia sebenarnya sebuah halaman yang digunakan oleh pengodam untuk mencuri maklumat-maklumat penting anda seperti username dan katalaluan anda.

 

Bagaimana DontPhishMe ini berfungsi?

Addon ini akan memaparkan notis AMARAN apabila komputer anda sedang melayari laman web online banking phising(seperti dalam gambar di bawah).

 

Bagaimana cara untuk muat turun addon ini?

Bagi pengguna pelayar web Firefox,sila layari : https://addons.mozilla.org/en-us/firefox/addon/dontphishme/

Bagi pengguna pelayar web Google Chrome,sila layari : https://chrome.google.com/webstore/detail/dontphishme/ekhmajimailppllbglbkopdjfenocpnl

 

Berikut merupakan senarai-senarai online banking yang telah disokong oleh addon ini :

* Maybank2u
* Cimbclicks
* Public Bank
* Bank Rakyat
* Bank Islam
* HSBC
* EON Bank
* UOB
* AMBank
* OCBC
* RHB
* Citibank
* Standard Chartered Bank
* Al Rajhi Bank
* Affin Bank
* Hong Leong Bank
* Alliance Bank
* BSN
* Muamalat
* Kuwait Finance House

 

Banking Online