Perbankan internet miliki 12.8 juta orang

Perbankan Internet

perbankan internet

KUALA LUMPUR – Bilangan pengguna berdaftar perbankan internet di negara telah meningkat kepada 12.8 juta orang pada bulan September tahun lalu berbanding hanya 3.2 juta orang pada tahun 2006.

Seiring perkembangan pesat sektor berkenaan, 29 buah bank yang terdiri daripada ahli Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia telah menawarkan perkhidmatan perbankan internet kepada pelanggan.

Pengerusi Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, pertambahan statistik itu menunjukkan saluran elektronik dan internet pada masa ini jelas menjadi pilihan pengguna untuk memudahkan urusan mereka.

“Sektor perbankan kini telah berkembang sebagai satu perkhidmatan merentasi sempadan, membolehkan pelanggan mengakses perkhidmatan yang diperlukan pada bila-bila masa dan lokasi,” katanya pada majlis pelancaran kesedaran perbankan elektronik (e-perbankan) 2013 di sini semalam.

Sumber : Kosmo 16 Jan 2013

Perbankan Internet