6 sebab kenapa syarikat perlu ada mobile apps

Mobile Apps

mobile apps

Dalam perkembangan teknologi terkini mobile di seluruh dunia, mobile apps dilihat semakin penting dalam masa hadapan. Saya akan kongsikan 6 sebab mengapa pentingnya syarikat perlu mempunyai mobile apps.

1. Smartphone semakin bertambah & murah

Kita boleh lihat di sekeliling kita. Kawan-kawan, adik beradik, rakan sepejabat, semuanya menggunakan smartphone. Di kedai-kedai telepon pula, lebih daripada 50% telepon yang dijual ialah smartphone. Harga smartphone pula semakin murah dan mampu milih dari hari ke hari. Satu hari nanti, semua orang di dunia akan memiliki smartphone.

2. Smartphone semakin canggih

Teknologi pembinaan smartphone pula akan menjadi canggih dari masa ke semasa. Maka mobile apps dilihat penting kerana pelbagai app boleh direka memenuhi permintaan pengguna yang memudahkan kerja seharian.

3. Mudah untuk download mobile apps

Jika anda ada smartphone, amat mudah sekali untuk anda download mobile apps. Hanya perlu ke google play untuk android dan apps store untuk ios (Iphone/Ipad)

4. Mobile apps berikan fungsi yang tiada pada komputer

Mobile apps boleh memberikan fungsi pada pengguna yang mana komputer tidak mampu untuk berikan. Sebagai contoh, membawa kita ke lokasi tertentu. Dengan smartphone yang ada fungsi GPS, dengan mudah, kita boleh di bawa ke tempat tertentu. Komputer pula statik dan tidak boleh berfungsi sedemikian.

5. Smartphone bersifat eksklusif pada pengguna

Mobile apps bertindak sebagai aplikasi yang eksklusif pada penggunanya. Apabila kita menggunakan smartphone, sudah tentu kita akan bawa kemana sahaja  dan boleh akses pada bila-bila masa. Ianya juga digunakan oleh kita sahaja. Berbanding komputer, ia digunakan oleh umum.

6. Mudah dilihat umum

Jika difikirkan dari segi bilangan website dan bilangan mobile apps, sudah tentu bilangan mobile apps jauh lebih rendah daripada bilangan website. Oleh itu, mobile apps anda mudah dilihat dan didownload oleh pengguna.

Melihat kepada 6 sebab di atas, maka wajiblah untuk anda mempelajari teknik untuk membina mobile apps sendiri samaada untuk syarikat sendiri mahupun menawarkan perkhidmatan membina mobile apps. Melalui platform edyapps, dengan mudah anda boleh membina mobile apps tanpa perlu tahu programming.

Sumber : edyapps

Mobile Apps

Maybank2u Pay Memudahkan Usahawan Internet

Maybank2u Pay

maybank2u pay

Maybank telah mengumumkan pelancaran ‘Maybank2u Pay’ khusus untuk peniaga internet melakukan pengurusan jual beli yang sistematik dan professional. Pelancaran ini pastinya akan memberikan senyuman kepada ramai penjual produk di internet.

Sasaran awal yang diletakkan tahun ini adalah untuk menarik sekurang-kurangnya 5% daripada 3,000 pemilik laman blog tempatan dengan 180,000 transaksi bernilai RM5 juta bagi perkhidmatan baru ini.

Manfaat ‘Maybank2u Pay’ untuk PENIAGA internet

• Mudah disemak, dibezakan dengan duit yang masuk melalui transaksi biasa
• Notifikasi melalui email setiap transaksi yang masuk
• Boleh menyemak senarai transaksi melalui Maybank2u (rekod 60 hari)
• Maybank2u Pay’ memudahkan semakan pembelian dengan memberikan maklumat terperinci;
• Tarikh dan masa transaksi
• Maklumat dan status transaksi
• Nama dan email pembeli
• Jumlah pembayaran

Manfaat ‘Maybank2u Pay’ untuk PEMBELI di internet

• Pembayaran dilakukan dengan hanya KLIK ‘button’ yang disediakan
• Tak perlu ingat/taip nombor akaun penjual
• Tak perlu kemukakan bukti pembayaran kepada penjual

Buat masa ini ianya dibuka untuk pendaftaran awal dan terhad kepada 4 kategori produk;

• Aksesori dan Pakaian
• Barangan elektronik
• Makanan
• Leisure (Muzik/Buku)

Untuk menggunakan servis ini anda boleh terus masuk ke laman Maybank2u dan klik pada menu ‘Maybank2u Pay

maybank

Sumber : Muaz Hadi | PUIM

Maybank2u Pay

Tutorial : Cara Membuat Scroll Box Link Untuk Blog Anda

http://observatoriodaimprensa.com.br/blogs.asp?id_blog=2

Baiklah kali ini,penulis ingin menunjukkan tutorial ringkas mengenai cara untuk membuat scroll box untuk blog atau laman web anda.

Dengan menggunakan scroll box link ini,anda oleh menjimatkan lagi ruang yang digunakan pada blog anda.Salah satu yang biasa digunakan untuk scroll box link adalah sebagai tempat untuk berkongsi link blog sesama blogger yang lain.Ini juga sekaligus akan menaikkan lagi jumlah pelawat pada blog anda.

Apa yang anda perlu lakukan adalah copy dan paste code di bawah ini untuk blog atau web anda.

Rakan Blogger

Link 1

Link 2

Link 3

Link 4

Keterangan :

width: 200px; Gantikan nombor 200px tersebut kepada saiz lebar yang sesuai dengan blog atau web anda.

Rakan Blogger – Gantikkan nama “Rakan Blogger” tersebut kepada text yang sesuai.

height: 80px; – Gantikkan nombor 80px kepada saiz memanjang yang sesuai pada blog anda.

http://cekapkomputer.blogspot.com  Gantikan url tersebut dengan url blog anda.

Link 1  Gantikan link tersebut nama blog/web rakan anda.

Setelah selesai,masukkan code tersebut ke blog anda!

Senarai 50 Laman Web Proxy Untuk Anda | 2013

Proxy

proxy

Proxy mampu melindungi privacy anda anda sebagai pengguna internet,menyembunyikan ip address anda yang sebenar,bypass laman web yang diblock dan banyak lagi.Berikut merupakan senarai 50 laman web proxy untuk anda bagi tahun 2013 ini.

http://proxover.info
http://proxaway.info
http://outcastnet.info
http://obscuremy.info
http://notraced.info
http://not4youreyes.info
http://myhidden.info
http://maskmy.info
http://kickmeover.info
http://covermytrace.info
http://crumbledwall.info
http://proxystyle.info
http://dontlookmy.info
http://blindmy.info
http://1234proxysomemore.info
http://3365.info
http://unlockproxysites.info
http://unblockedfacebook.net
http://unblockingwebsite.com
http://unblockingyoutube.net
http://websiteproxysite.com
http://unblockingproxy.net
http://freeyoutubeproxy.net
http://proxies.stardoll-blog.de
http://3553.info
http://webproxieslist.info
http://everyproxies.info
http://bestwebproxies.info
http://00684.com
http://webescape.info
http://tubed.info
http://simplyproxy.info
http://secretmy.info
http://resetted.info
http://quitmynet.info
http://proxyescape.com
http://howto9.com
http://2f33.com
http://3313.info
http://od-msk.info
http://zyx.proxmachine.com
http://proxyeasy.info
http://6proxy.in
http://3368.info
http://school.unblock4ever.com
http://yoursurfer.info
http://passload.org
http://sp2.yooter.org
http://0270.org
http://dirhide.info

Proxy

Info ini menarik? Jangan lupa ucap terima kasih 😛

PDRM TUBUH PELAN TINDAKAN MULTIMEDIA PANTAU PERANG SIBER PRU-13

Perang Siber

perang siber

Kuala Terengganu, 16 April – Polis Diraja Malaysia (PDRM)
menubuhkan pasukan pelan tindakan multimedia bersepadu bagi menangani penyebaran artikel dan sebarang bentuk fitnah melalui blog dan sumber multimedia.

Pegawai Penyelaras PRU13 Kelantan dan Terengganu Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata pasukan itu sudah pun beroperasi bagi memantau penyebaran berita menerusi laman sosial yang tidak benar dan boleh menimbulkan kekecohan.

Beliau berkata banyak laporan diterima dan tindakan juga sudah diambil ke atas individu yang cuba menyebarkan berita yang boleh mencetuskan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

“Wadah blog adalah antara medan bagi individu ini menimbulkan kekecohan, dan kita sentiasa memantau mereka yang cuba mencetuskan kekeliruan dan menyampaikan berita yang tidak sahih.

“Kita tidak mengira mereka dari parti politik mana kita tetap akan mengenakan tindakan ke atas individu terbabit,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Noor Rashid yang turut mengulas penyebaran video seks yang didakwa membabitkan seorang ahli politik baru-baru ini, berkata perkara itu adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Sementara itu, beliau berkata PDRM akan meningkatkan kawalan dan rondaan di 63 kawasan panas di Terengganu, termasuk di Kuala Terengganu dan Marang, dua kawasan panas yang sering tercetus insiden kekecohan dan pergaduhan. BERNAMA

Perang Siber

Awas Kepada Pemegang Kad Kredit!

Kad Kredit

Kad Kredit

Awas kepada pemegang kad kredit!

untuk kawan2 fb, just nk share pe yang berlaku pada sy hari ni.

lebih kurang jam 11.30 pagi hari ni, sy dapat kol daripada private number dan antara dialog yang berlaku dengan seorang wanita india yang sgt berbudi bahasa:

Wi: selamat pagi boleh bercakap dgn en. zufri?
Mz: ye sy bercakap, ada pe ye?
Wi: saya…..daripada pihak bank ingin membuat pengesahan berkenaan kad bank en.
Mz: awk ni dari mana?
Wi: saya daripada pusat panggilan malaysia, ingin membuat pengesahan mengenai kad maybank en.
Mz: Oh ok…( sbb penah dapat kol dari maybank sebelum ni ckp perkara yg sme, jadi sy percya kan dia)
Wi: ok en, sy cuma nak buat pengesahan mengenai kad bank yang en gunakan skrang.
boleh saya tau alamt penuh en?
Mz: alamat sya….
Wi: boleh dapatkan no ic…
Mz:90xxxxxxxx
Wi: ok..en masih lagi menggunakan kad ini ye?
Mz: ye sy…
Wi: dah brapa lama ia digunakan?
Mz: hampir 2 tahun…
Wi: ok sy ingin membuat pengesahan, kad debit en bermula dengan 4283 3210
Mz: ye btol…
Wi: boleh en lengkapkan no 8 terakhir
Mz:16xx xxxx
Wi: terima kasih atas kerjasama diberikan…skrang, en ada tanda tangan dibelakang kad debit en ke?
Mz: ye ad…
Wi: disebelah tanda tangan ada no. ahli…boleh bacakan sya no ahli kad en?
Mz: xxx…
Wi: ok..skrang sy ingin memberitahu en zufri kad en gunakan adalah mengikut laporan kami. Kami daripada pihak kerajaan ada menyediakan kad i-klnik dimana semua rakyat malaysia berhak mendaptkan kad ini. dia boleh digunakan ketika en..mintak maaf, andai kata kemalangan atau ditimpa musibah, dia akan memberi en potongan 30-70% di klinik2 terlibat.
En juga boleh membawa ibu dan ayah ke klinik dengan percuma dn en juga boleh diberikan diskau pelancongan dengan kad ini. Saya akan menghantar kad ke alamt yg en berikan. jad ini berharagaRM299.00. Saya telah pon membuat penolakan dari kad maybnk en.
Mz: eh.a..awk ckp tdi nk buat pengesahan kad saya, npe plak tibe2 awk nk amek duit sy? ada sy ckp sy nk bli kad awk ni..jgn nk memandai lah.
Wi: en telah berikan sy butiran en dan bermakna en stuju..
Mz: awk jgn ingat sy nk sgt dgn kad tu.
Wi: ok xpe..kalau en xnak, sy xkn hantar kad tu..tpi duit cek telah ditolak..bila2 masa en nak kad tu, boleh hubungi kami dan kmi akan hantrkan…en kerja mana?
Mz: sy kerja tnb..sy xperlukan kad awk..sy dapat semua kemudahan perubatan..mak bapak sy pon dapat kemudahan jgk…npe perlu sy nk gunakan kad awk..sy xnk, tolong batalkan…
Wi: (dah mula bengang) skrang ni, sy dah tolak, en xboleh wat pe2 lagi..nk xnk sy dan tolak duit en.
Mz: awk kerja mana ni..awk keja dengan spe?
Wi: sy kerja di rawang dan ini adalh dari goverment…ok en, ada pe2 lagi, kalau xde pe2 terima kasih kerna berikan kerjasama…( trus letak phone)

darah dah xtenteram, bukak trus maybank2u…
nasib baik, duit masih ada…apa lagi, cepat2 kol maybnk wat pengesahan…

pegawai bank maklum, ia adalh sendikit yang cuba nk dapatkan butir peribadi kad bank. no 8 digit pertama disebutkan adalah no sama untuk pemegang kad, no 8 dijit terakhir dia akan mintak kepada kita. untuk no ahli kad sebelah tanda tangan tu adalh no. yng penting untuk pengesahan kad. en xperlu risau…dia xberjaya mengambil duit dari akaun en…sy telah batalkan kad dan en perlu membuat kad lain bagi memastikan keselamatn daripihak kami…

Terima kasih kepada maybank kerana tangkas dan wanita india yang budiman, jahanam lah hidup kau….

– Original Poster (OP): Mohd Zhu Fri

Kad Kredit

Top 10 Antivirus Terbaik Untuk Windows 8

Top 10 Antivirus

Top 10 Antivirus

Antivirus merupakan komponen penting yang perlu ada pada setiap komputer terutamanya kepada mereka yang menggunakan sistem operasi Windows.

Mungkin ada diantara pembaca masih mencari-cari antivirus apa yang terbaik untuk komputer anda.Bagi pengguna atau bakal pengguna sistem operasi Windows 8,berikut merupakan senarai top 10 antivirus yang terbaik untuk sistem operasi Windows 8 anda.

Norton Antivirus 2013

norton

http://malaysia.norton.com

Avast! Pro Antivirus

9

http://www.avast.com/index

Bitdefender Antivirus Plus2013

images

http://www.bitdefender.com/

Comodo Internet Security Plus 2013

HEADERPIC

http://www.comodo.com/home/internet-security/antivirus.php

Kaspersky Anti-Virus 2013

Kaspersky Internet Security 2013

http://www.kaspersky.com/

G Data AntiVirus 2013

G-Data-Antivirus-2

https://www.gdata-software.com/

Avira Antivirus Premium 2013

box-premium-500x500

http://www.avira.com/en/download/product/avira-antivirus-premium

AVG antivirus 2013

AVG 2013

http://www.avg.com/ww-en/homepage

Webroot Secure AnywhereAntivirus 2013

images (1)

http://www.webroot.com/En_US/index.html

F-Secure Antivirus 2013

images (2)

http://www.f-secure.com/

Top 10 Antivirus

Tutorial Cara Membuat Akaun Email Gmail

Gmail

gmail

Salam Cekap Komputer kepada semua pembaca blog ini.Pada tutorial kali ini,saya ingin menunjukkan cara untuk membuat akaun email gmail dari google.Email gmail merupakan email akaun yang sangat gemar digunakan oleh pengguna internet selain email Yahoo.

Baiklah tanpa membuang masa anda lagi,sila ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat akaun email Gmail.

Pertama sekali,melalui pelayar web anda masuk ke gmail.com

Screen Shot 2013-04-15 at 10.52.54 AM

Kemudian klik pada butang “Create An Account“.

Screen Shot 2013-04-15 at 10.53.09 AM

3

Kemudian isikan nama pada ruangan First & Last anda.Pada bahagian “Choose your username“,masukkan nama email anda.

Setiap email anda akan diakhiri dengan @gmail.com,dalam contoh kali ini email yang saya daftarkan ialah rumpailautshop@gmail.com.

Kemudian,masukkan katalaluan anda,lengkapkan birthday dan gender anda.

4

Kemudian,masukkan no.tel anda.Selepas itu,pada “Your current email address” masukkan email anda sebelum ini,jika anda tidak mempunyai email lain sebelum ini,anda boleh masukkan email ahli keluarga anda yang mempunyai email.Selain itu,email ini juga digunakan apabila anda lupa kataluan email gmail anda nanti.

6

Kemudian,masukkan text keselamatan yang ditunjukkan di ruangan yang disediakan.Kemudian,tick pada “I agree to the Google Terms of Service and Privacy Policy“.Kemudian klik pada butang “Next step“.

7

Kemudian,masukkan no.telefon anda di ruangan yang disediakan jika diminta.Anda akan diminta untuk Verify akaun email gmail anda melalui no.telefon bimbit anda.Kemudian klik butang Continue.

8

Anda akan dapat sms kod pengesahan tersebut ke telefon bimbit anda.Masukkan kod tersebut di ruangan yang disediakan kemudian klik butang “Continue“.

9

Selepas itu,klik pada “Next step“.

10

Tahniah! Anda telah berjaya membuat akaun email gmail anda! Klik butang “Continue to Gmail“.

11

Anda diminta untuk melengkapkan butiran-butiran yang perlu.

12

Apabila anda log masuk melalui gmail.com ,anda akan dibawa ke akaun gmail anda.

Selamat Mencuba!

Gmail

Tiga Syarikat Telekomunikasi Dikompaun

Syarikat Telekomunikasi

syarikat telekomunikasi

Baru-baru ini, tiga syarikat telekomunikasi utama negara dikompaun sehingga RM190,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selepas masing-masing dikatakan melanggar syarat lesen mereka termasuk panggilan terputus atau ‘dropped calls’.

Ia berikutan aduan diterima orang ramai mengenai masalah terbabit yang kini dikatakan menjadi semakin serius.

Kalau kita lihat definisi dropped calls, ia membawa makna panggilan yang terputus sama ada ia daripada yang si pemanggil atau orang dipanggil.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi memaklumkan, tindakan diambil selepas syarikat telekomunikasi itu sudah diberi masa mencukupi untuk menyelesaikan aduan diterima daripada pelanggan.

“Kita menerima aduan berkaitan peningkatan kejadian ‘dropped calls’ sejak kebelakangan ini.

“Sebagai agensi yang mengawal industri, kami tidak mempunyai pilihan melainkan mengeluarkan saman kepada mereka kerana gagal mencapai piawaian dan tahap perkhidmatan yang dipersetujui,” katanya.

Tiga syarikat telekomunikasi yang dikompaun termasuk:

1. DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi): RM100,000.
2. Celcom Axiata Berhad (Celcom): RM60,000.
3. Maxis Mobile Services Sdn Bhd (Maxis): RM30,000.

DiGi dikompaun RM100,000 untuk empat kompaun yang berasingan manakala Celcom dikompaun RM60,000 bagi tiga kompaun yang berasingan sementara Maxis dengan dua kompaun berjumlah RM30,000.

Kompaun dikeluarkan berdasarkan hasil ujian dijalankan SKMM di beberapa lokasi di negara ini. Lebih banyak ujian dijalankan di seluruh negara untuk me­ngukur kualiti perkhidmatan disediakan syarikat telekomunikasi.

Mohamed Sharil berkata, SKMM sedar syarikat telekomunikasi mula menaik taraf dan melaksanakan usaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan mereka di negara ini, tetapi menegaskan ia harus dipercepatkan.

“Orang ramai tidak patut bertolak ansur dengan peningkatan kejadian ‘dropped calls’ atau mutu perkhidmatan yang buruk,” katanya.

Sehingga kini, DiGi yang didenda dengan kompaun tertinggi sudah memberi kenyataan dengan memberi jaminan memperbaiki kualiti mereka pada masa depan.

Ketua Pegawai Teknologinya, Ole Martin Gunhildsbu berkata, sejak dua tahun kebelakangan ini, DiGi sudah melabur sejumlah angka yang tinggi untuk memperbaiki kualiti rangkaian dengan menjadikan kepuasan pelanggan sebagai keutamaan utama mereka.

“Kami sedang memperbaiki keseluruhan rangkaian di lebih 6,000 tapak di seluruh negara dengan memperluaskan liputan 3G yang disasarkan kepada 75 peratus menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Menurutnya, DiGi menetapkan dan memantau rang­kaian serta melaporkan terus sebarang masalah kepada pihak kanan pengurusan.

“Ia menyaksikan kualiti kami lebih baik sejak enam bulan lalu dalam kawasan liputan yang melalui proses kemas kini rangkaian termasuk insiden panggilan terputus dan kadar data konsisten,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan terdapat faktor lain yang memberi kesan kepada operator termasuk cabaran lokasi tapak rangkaian, geografi dan protes pembinaan menara telekomunikasi di kalangan penduduk.

“Selain itu, kami turut mengalami masalah vandalisme serta kecurian yang menjejaskan operasi kami,” katanya.

Berdasarkan keuntungan sebelum cukai tiga syarikat ini pada tahun lalu iaitu DiGi sebanyak RM2.9 bilion, Celcom (RM3.45 bilion) dan Maxis (RM4.395 bilion), ia sudah cukup membayang­kan syarikat mempunyai kemampuan memperbaiki kualiti perkhidmatan mereka pada masa depan.

Tidak dinafikan, terdapat faktor tertentu yang mengundang masalah pang­gilan terputus yang memberi kesan kepada syarikat telekomunikasi seperti cabaran lokasi tapak rangkaian, geografi dan protes pembinaan menara telekomunikasi di kalangan penduduk vandalisme.

Ia diburukkan lagi dengan masalah kecurian yang menjejaskan operasi mereka tetapi ia bukan alasan untuk tidak memperkasakan usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berpendapat, syarikat telekomunikasi perlu memandang lebih serius masalah yang mengganggu kehidupan pengguna untuk berkomunikasi.

“Syarikat telekomunikasi tempatan mungkin boleh memperbaiki masalah perkhidmatan secepat mungkin me­ngikut amalan sebenar yang menepati kehendak pelanggan,” katanya.

Beliau mengesahkan FOMCA menerima sekurang-kurangnya 20 aduan setiap hari yang membabitkan kualiti perkhidmatan rangkaian telekomunikasi di negara ini.

“Aduan yang diterima perlu diteliti dan kami sudah salurkannya kepada pihak berkuasa seperti SKMM,” katanya.

Yusof menasihatkan pengguna menyalurkan aduan berkaitan masalah ini kepada pihaknya menerusi e-mel atau panggilan telefon yang seterus­nya akan dibawa ke pihak berkenaan.

“Kami memahami kekecewaan pengguna dan sesuatu perlu dilakukan,” katanya.

Sementara itu, Pengasas Bersama MobileFest iaitu kumpulan berkaitan mudah alih, Samuel Tan berkata, syarikat telekomunikasi perlu mengambil perhatian lebih serius memandangkan ada panggilan yang terputus ketika perbualan sedang berlaku

“Apatah lagi, ada panggilan penting seperti sedang melakukan urus niaga dan sebagainya yang menyusahkan pengguna,” katanya.

Menurutnya, meskipun berlaku kesesakan talian, syarikat telekomunikasi perlu lebih bersedia menanganinya bagi menjamin kelancaran komunikasi.

“Kami turut mencadang­kan, syarikat telekomunikasi mengekalkan kestabilan rangkaian bagi diakses pada bila-bila masa,” katanya.

Beliau turut mencadang­kan syarikat telekomunikasi mengemas kini rangkaian atau mencari rangkaian bersesuaian yang mudah dinaik taraf.

“Selain itu, ada cadangan untuk menebus semula atau membayar kembali wang ring­git kepada pengguna.

“Namun, ia pasti sukar dilakukan,” katanya.

Sehingga kini, antara punca dropped calls berlaku termasuk:

• Pemanggil bergerak ke kawasan yang tiada isyarat atau liputan atau ‘titik buta’.
• Gangguan yang terhasil daripada penggunaan semual frekuensi.
• Kerosakan peralatan peranti di stesen pusat atau alat pemancar.
• Terputus kerana telefon tidak dapat bertahan dengan isyarat lemah dari satu stesen pusat ke stesen pusat lain (kegagalan penyerahan panggilan).Jika anda mengalami apa-apa masalah berkaitan syarikat telekomunikasi, antara langkah yang perlu diambil mungkin dengan melayari laman web SKMM dan kemudian segera ke bahagian menu.

Bermula di menu terbabit, terdapat ikon ‘Dropped Calls’ dan klik pada ‘Make a Complaint’ yang menyenaraikan borang ‘online’ yang boleh diisi terus di bawah senarai ‘Dropped Call Feedback’.

Namun, pengguna perlu memasukkan maklumat yang memberitahu de­ngan jelas masalah dropped calls seperti nama, alamat e-mel, nombor telefon dan operator telekomunikasi yang digunakan.

Pada masa sama, anda perlu mengingati maklumat lain yang penting seperti lokasi tempat panggilan anda sering terganggu secara tepat dengan melihatnya di Google Maps.

Anda boleh memasukkan lokasi daripada Google Maps terbabit untuk diteliti terutama berkaitan perincian lokasi.

Malah, maklumat lain juga perlu dipastikan seperti bandar, kampung atau alamat jalan.

Mungkin lebih baik jika anda berupaya untuk merakam foto lokasi tempat ia berlaku dan sekiranya lokasinya berubah, ambil beberapa foto berbeza.

Setakat ini, hak untuk menyelesaikan masalah ini boleh didapati melalui ‘hak anda sebagai pengguna’ dan ‘hak untuk menyelesaikan aduan’.

Jika ia berkaitan hak anda sebagai pengguna, anda berhak untuk mendapat perkhidmatan yang memuaskan daripada pemberi perkhidmatan anda.

Ia memandangkan semua pemberi perkhidmatan komunikasi dan multimedia dikehendaki berurusan secara munasabah dengan pengguna dan menyelesaikan aduan pengguna menurut Kod Amalan Pengguna Am (KAPA).

KAPA adalah kod amalan kawal selia kendiri industri yang berdaftar dengan SKMM.

KAPA digubal oleh Forum Pengguna Malaysia (CFM) untuk menggalakkan piawaian etika perniagaan dan tatalaku paling tinggi menerusi urus tadbir kendiri.

Hak untuk menyelesaikan aduan termasuk jika anda tidak mendapat perkhidmatan komunikasi yang memuaskan, anda hendaklah mena­ngani rasa tidak puas hati anda dengan segera.

Sebenarnya, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memberikan pengguna hak untuk mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti dan membuat aduan jika perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat telekomunikasi tidak memuaskan.

Penjagaan kepentingan pengguna seterusnya diperhebatkan lagi dengan peruntukan di bawah Akta Perlindungan Pengguna yang memberikan peruntukan kepada pengguna untuk mendapatkan ganti rugi dalam bentuk pemulangan wang atau penggantian produk terhadap perkhidmatan yang tidak berkualiti.

Berdasarkan kepada aduan yang diterima Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), didapati aduan mengenai perkhidmatan telekomunikasi mengalami peningkatan yang berterusan.

Di sinilah wujud­nya kewajipan bagi menye­diakan perkhidmatan telekomunikasi untuk melaksanakan tanggung­jawab syarikat telekomunikasi dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pengguna.

Ini bermakna pihak yang memberikan perkhidmatan telekomunikasi harus memberikan maklumat yang terperinci mengenai sesuatu perkhidmatan ditawarkan supaya pengguna lebih memahaminya.

Mereka juga wajib memastikan tiada sebarang maklumat yang mengelirukan disalurkan kepada pengguna dan perlu bertindak dengan adil dan segera jika menerima sebarang aduan bagi memelihara hak pengguna.

Oleh itu, pengguna perlu menyedari bahawa mereka mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat yang terperinci sebelum membeli sesuatu perkhidmatan telekomunikasi dan haknya untuk membuat aduan serta mendapatkan ganti rugi.

Sumber : Harian Metro

Syarikat Telekomunikasi

Jual stiker melalui Facebook

image (1) image

BAGI yang menyukai barangan motosikal dan pakaian yang sukar diperoleh (rare) tetapi berjenama, anda tidak perlu membuang masa mencari di kompleks beli belah.

Kini, dengan hanya duduk di rumah dalam suasana nyaman dan selesa, berhadapan dengan komputer dan melayari laman Facebook, anda boleh membuat pelbagai pilihan item yang mana idaman hati.

Daripada topi, kemeja t, kemeja perlumbaan, aksesori motor, rantai kunci, stiker, cermin mata dan sebagainya yang sukar didapati ditawarkan secara online, lengkap dengan harga dan cara untuk membuat pesanan.

Anda hanya perlu membuka akaun Facebook dan mencari Niezam Sticker Man atau Niezam Motorsports untuk memilih barangan yang dikehendaki.

Bagi Shahrul Nizam Mohd Yatim, 38, atau lebih mesra dengan panggilan Nizam, idea menjual barangan tersebut secara online bermula sejak dua tahun lalu.

Langkah pertama yang dilakukan ialah belajar mengendalikan Facebook melalui seorang rakan kerana ketika itu dia masih tidak mahir menggunakan komputer.

Barangan yang dijual ketika itu ialah stiker yang dihasilkannya sendiri, sementara modal bisnes menggunakan wang simpanan.

“Pada ketika itu memang saya tidak tahu apa apa mengenai Facebook. Tetapi berkat kesabaran dan dorongan daripada rakan-rakan, saya belajar mengendalikan bisnes ini dan berjaya melakukannya.

“Alhamdulillah, cuma beberapa hari sahaja item yang diiklankan hampir habis dijual. Ini membuatkan saya berasa seronok dan sekali gus menaikkan semangat untuk terus meniaga secara siber,” katanya.

Isteri bantu urus bisnes

Daripada seorang penghantar barangan (despatch), kini Nizam mampu memperoleh pendapatan lumayan setiap bulan hasil daripada perniagaan yang dijalankannya itu.

Dibantu isterinya, Dalila Sharifuddin, 29, Nizam beroperasi di kedai yang disewanya di Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara yang menempatkan pelbagai barangan yang unik dan menarik.

Bapa kepada dua cahaya mata itu berkata, permintaan yang diperoleh daripada pelanggan begitu tinggi kerana produk yang dijualnya sukar diperoleh di pasaran biasa.

“Misalnya kemeja-T berjenama, saya mampu menjual sehingga 1,500 helai dalam tempoh dua bulan. Harga yang ditawarkan juga berpatutan, sesuai dengan kualiti material,” katanya.

Dia yang juga dikenali dengan nama Rossi di kalangan rakan-rakannya berkata, penghantaran akan dilakukan setiap hari melalui Poslaju dan barangan akan sampai kepada pelanggan dalam tempoh tiga hari.

“Apa yang penting dalam bisnes online ini ialah kejujuran dan menghargai pelanggan. Biasanya saya akan memberi harga istimewa kepada pelanggan setia atau hadiah misteri kepada pelanggan bertuah,” katanya.

Selain melalui siber katanya, pelanggan juga boleh mengunjungi Niezam Shoppe yang terletak di hadapan masjid Kampung SungaiKayu Ara yang dibuka jam 9 pagi sehingga 10 malam setiap hari.

“Saya berhasrat untuk membesarkan kedai ini agar menempatkan lebih banyak barangan dan pelanggan juga selesa untuk membeli belah. Tetapi buat masa ini saya lebih selesa berniaga secara online,” katanya.

Mesra, jujur rahsia kejayaan

Ditanya rahsia sambutan memberangsangkan, Nizam memberitahu, kualiti produk dan layanan mesra menjadi keutamaan selain bersikap jujur kepada pelanggan.

“Bisnes online ini bukan mudah terutama untuk meyakinkan pelanggan tentang produk yang kita jual. Alhamdulillah saya mempunyai pelanggan tetap.

“Pernah satu ketika seorang pelanggan memesan 1,000 keping stiker. Kalau nak tempah sekeping pun saya layan juga kalau sanggup tanggung kos penghantaran,” katanya sambil tersenyum.

Nizam juga mengambil berat barangan yang diterima pelanggan kerana sekiranya rosak atau pelanggan tidak berpuas hati, barangan tersebut boleh dipulangkan semula kepadanya untuk diganti semula.

“Setakat ini ramai yang berpuas hati dengan produk yang saya jual kerana mereka takkan dapat di tempat lain,” katanya.

Mengenai cabaran menceburi perniagaan online, Nizam berkata, secara keseluruhannya tidak banyak kesulitan kecuali ada pelanggan yang agak cerewet selain mendapat tempahan tidak kira masa.

“Ada masanya jam 4 pagi pun ada pelanggan yang bertanya tentang produk, jadi saya perlu melayan pertanyaan demi pertanyaan.

Tidak beli tidak apa, asalkan mereka puas hati,” katanya yang boleh dihubungi melalui talian 0178851146 (SMS/WhatsApp).

Sumber : Sinar Harian

Cabaran mudah alih

Pelayar Web

pelayar web

Peperangan berkaitan komputer peribadi bukan saja berkisar mengenai tablet, desktop, notebook atau laptop tapi pelayar Internet turut berperang antara satu sama lain.

Apa itu pelayar Internet? Ia didefinisikan sebagai paket perisian yang membolehkan pengguna untuk memapar dan berinteraksi dengan dokumen yang dihos pelayan web.

Pelayar web popular pada PC masa kini termasuk Microsoft Internet Explorer, Google Chrome dan Mozilla Firefox.

Pelayar web berkomunikasi dengan pelayan web terutamanya dengan menggunakan Hyper-Text Transfer Protocol (HTTP) untuk mengambil laman web yang membenarkan pelayar untuk menghantar maklumat kepada pelayan web dan juga mencapai paparan muka web dari sistem terbabit.

Ketika ini, HTTP yang paling biasa digunakan adalah HTTP/1.1, yang ditakrifkan sepenuhnya di Request for Comments (RFC) 2616.
HTTP/1.1 mempunyai piwaian sendiri yang tidak disokong sepenuhnya oleh Internet Explorer, tetapi disokong oleh kebanyakan pelayar web generasi sekarang.

Muka web dijumpai melalui Uniform Resource Locator (URL) yang dianggap sebagai alamat, bermula dengan http: untuk capaian HTTP.

Kebanyakan pelayar turut menyokong pelbagai jenis URL dan protokol seumpamanya seperti ftp: untuk File Transfer Protocol (FTP), Gopher Protocol (Gopher), dan https: untuk HTTPS (SSL versi tersulit HTTP).

Format fail untuk muka web biasanya Hyper-Text Markup Language (HTML) dan dikenal pasti melalui protokol HTTP menggunakan jenis kandungan MIME.

Kebanyakan pelayar menyokong pelbagai format sebagai tambahan kepada HTML, seperti format imej JPEG, PNG dan GIF serta boleh dikembangkan untuk menyokong lebih banyak lagi melalui penggunaan plugin.

Gabungan spesifikasi protokol jenis kandungan HTTP dan URL membenarkan pereka muka web untuk memasukkan imej, animasi, video, bunyi, dan media aliran kepada muka web, atau membolehkan mereka dicapai melalui muka web.

Tim Berners-Lee, yang meneroka penggunaan hiperteks untuk pengkongsian maklumat, mencipta pelayar jaring pertama, dikenali sebagai WorldWideWeb pada tahun 1990 dan memperkenalkan­nya kepada rakan di CERN pada Mac 1991.

Semenjak itu pemba­ngunan pelayar jaring tidak dapat dipisahkan dari pembangunan jaring itu sendiri.

Amat sukar untuk membayangkan dunia yang mana kita perlu membeli perisian untuk melayari ‘online’ namun itulah yang ditempuhi suatu ketika dulu.

Pada waktu zaman awal internet, tidak banyak perisian yang boleh dipilih untuk melayari internet. Dahulu, pengguna hanya boleh menggunakan Microsoft Internet Explorer, sesuatu yang tidak boleh dibayangkan pengguna sekarang.

Kemudian muncul pula Netscape Communications Corporation (Netscape) memperkenalkan Netscape Navigator (Navigator) iaitu pelayar web komersil percuma yang mudah digunakan memandangkan ia mempunyai fungsi intuitif.

Sejak diperkenalkan, Navigator dengan pantas mengambil alih 80 peratus pasaran dari pelayar berasaskan Mosaic yang lain.

Ia berlaku pada 1994 apabila pengguna hanya mempunyai pilihan meng­gunakan Navigator atau kod yang anda cipta sendiri.

Oleh itu, Navigator menjadi popular dalam tempoh singkat dan kemudiannya dibeli oleh America Online (AOL), sesuatu yang akan menentukan nasibnya bertahun kemudian.

Microsoft juga memasuki pasaran pada 1995 dengan Internet Explorer (IE) yang pertama mereka. Berasaskan teknologi yang sama dengan Navigator, produk akhirnya agak primitif berbanding dengan Navigator.

Walaupun begitu ia diedarkan percuma dengan setiap Windows 95 Plus yang berjaya menarik minat peng­guna yang tidak celik IT dan suka memilih perisian yang boleh dimiliki percuma dengan Windows.

Meskipun Netscape menjadi popular, zaman kejatuhannya mula kelihatan selepas AOL membangunkan beberapa ujian yang memberi kesan kepada pelayar itu sendiri.

Ia membuka peluang kepada Microsoft mendapat lebih banyak bahagian pasaran dengan IE yang lebih mudah dimiliki membuatkan Navigator jatuh merundum
Apabila Netscape sudah menjadi semakin tidak releven, IE dari Microsoft mula memperbaiki fungsi dan kestabilannya. Pada 1998 ia berjaya menguasai 98 peratus pasaran pelayar sekali gus menjatuhkan Netscape.

Pada hari terakhir Net­scape, pembangunnya me­ngeluarkan kebanyakan kod asas untuk pelayar mereka di bawah lesen Open Source dengan harapan ia bakal digunakan untuk menjadi pencabar IE pasa masa depan.

Walaupun dalam bentuk berbeza, kebanyakan orang mungkin semakin mengenalinya dengan nama baru, Mozilla Firefox iaitu pelayar Open Source yang mendapat nafas baru daripada Netscape.

Dengan Firefox masih lagi cuba menjadikan kod Netscape untuk kod program yang menjadikannya pelayar bagus, IE pula masih memonopoli pasaran walaupun sedikit menurun.

Produk Microsoft ini mempunyai 70 peratus pegangan pasaran tidak sampai lima tahun yang lalu.

Situasi berubah pada September 2008 apabila Google menyertai pasaran pelayar dengan pelayar Chrome mereka yang agak boleh dikatakan ‘cool’ dengan antaramuka bersih dan sistem mudah membuatkannya diminati komuniti teknologi.

Mengikut GlobalStats StatCounter, pengguna Chrome melebihi pengguna IE pada akhir Mei 2012.

Walaupun tak banyak beza, tapi ia mempu­nyai impak yang besar, pengguna merungut mengenai kelembapan IE saban tahun selain isu keselamatan terdapat pada IE.
Firefox adalah satu alternatif namun pelayar Open Source ini lebih diminati bagi mereka yang celik IT.

Namun begitu, NetMarketShare dari Net Applications yang dilihat penganalisa sebagai standard tertinggi bagi statistik peng­gunaan pelayar melaporkan IE masih lagi memegang tempat pertama dalam pasaran pelayar iaitu 50 peratus.

Walaupun tidak boleh disahkan, namun kita boleh menganggap yang Amerika Utara adalah rantau pertama mendapat Internet yang bermakna ia mempunyai sistem legasi terbesar masih bersambung dengan Internet.

Jika trend yang dilihat sekarang berterusan, kita boleh menganggap yang Chrome pasti akan menjadi pelayar nombor satu tak lama lagi.

Berdasarkan GlobalStats dan Net Applications, hanya Afrika boleh dikatakan rantau yang masih berpegang teguh pada Mozilla. Penggunaan IE pula masih menjunam.

Kitaran pembangunan Chrome pantas dan juga pengemaskinian yang senyap boleh dilihat sebagai merubah yang akan mencantas pegangan Microsoft di dalam pasaran pelayar.

Microsoft banyak mempromosi IE10, yang banyak memperbaiki kelemahan IE yang tiada pada tahun lampau.

Syarikat ini juga sedang sibuk untuk membimbing pengguna untuk mening­galkan IE6, dan memasarkan IE10 yang akan dipadankan dengan Windows 8.

Populariti Chrome tidak akan dapat menandingi IE pada masa terdekat namun Firefox yang sekian lama menjadi pelayar nombor mungkin agak goyah.

Ia mungkin bermakna pasaran pelayar akan kembali statik. Apabila Netscape gagal, ia memberikan peluang bagi Microsoft untuk mengawal pasaran.

Selepas memasuki zaman teknologi baru, kita hanya mampu membayangkan Microsoft tidak akan membiarkan IE mati dan mereka mempunyai sumber untuk memastikan IE bertahan selama yang mungkin.

Pada masa sama, per­saingan dari Mozilla walaupun Firefox mati, namun masih ada pengaturcara di luar sana yang mampu menyelamatkan sesuatu manakala Chrome dari Google, seperti saham yang berpotensi tinggi, kelihatan akan meningkat.

Mungkin ada yang perasan pelayar lain seperti Safari dan Opera tidak disebut memandangkan pengaruh mereka pada pasaran pelayar dunia masih kecil.

Malah kombinasi pegangan pasaran kesemua pelayar lain tak mampu untuk menggugat mana-mana tiga pelayar terbesar setakat ini.

Sebenarnya pasaran pelayar sekarang tidak akan sama dalam 10 tahun akan datang berdasarkan trend pengkomputeran mudah alih dengan kenaikan populariti tablet dan telefon pintar pasti akan memberi kesan kepada pelayar web mudah alih.

Walaupun tidak banyak statistik bagi pelayar web mudah alih namun ketiga kuasa besar pelayar ini pantas melancarkan versi tersendiri mereka.

Sumber : IT@Metro

Pelayar Web

HyppTV pertingkat GUI

Hypptv

hyppTV powered by tm

HYPPTV, perkhidmatan IPTV milik Telekom Malaysia Bhd (TM) melancarkan Antaramuka Grafik Pengguna (GUI), dipertingkatkan di platformnya yang memberikan penonton pengalaman tontonan lebih menarik.

Naib Presiden Eksekutif New Media TM, Jeremy Kung berkata, penambahbaikan terbaru ini membuktikan komitmen berterusan pihaknya meneroka cara baru yang lebih berinovatif untuk meningkatkan pengalaman pelanggannya.

“Dengan GUI yang menarik dan unik, pelanggan bukan sahaja dapat merasai pengalaman lebih segar, malah dapat menggunakan ciri programme timeline atau tempoh masa siaran, yang pertama kali diperkenalkan di HyppTV.

“Ciri ini amat berguna lebih-lebih lagi kepada penonton yang sering menggunakan fungsi catch up dan Time Shift TV kerana ia membolehkan mereka mengetahui tempoh masa sesuatu program dengan lebih mudah,” katanya.

Menurutnya, ciri ini sekali gus dapat memberi keselesaan kepada penonton untuk menonton program kegemaran mereka selari dengan slogan HyppTV iaitu Primetime, Anytime dan Everytime.

Bagi saluran video atas permintaan (VOD) dan Interaktif, HyppTV menampilkan reka bentuk yang lebih berorientasikan visual, di mana fungsi dan carian VOD dan Interaktif untuk semua himpunan kandungan lebih jelas bagi membolehkan penonton mendapatkan pelbagai pilihan filem mengikut cita rasa dengan lebih mudah.

Hypptv

Jutawan Internet pernah dihalau

Ammar Zahar

Ammar Zahar

Meraih pendapatan sehingga lima angka bukanlah sesuatu yang pernah dimimpikan jejaka ini yang mempunyai pendidikan berbeza dengan kerjayanya sekarang.

Lahir daripada keluarga yang susah, Muhammad Ammar Zaharudin bersikap optimis dalam mencari peluang bagi menampung keperluannya sewaktu belajar di universiti.

Mengingati kepayahan dulu, segala-galanya bermula sewaktu dia belajar di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2006.

“Saya ditawarkan kursus senibina landskap. Seperti bidang pengajian lain, ia memerlukan pelbagai perbelanjaan bagi memenuhi syarat lulus akademik.
“Meskipun menerima pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), masih tidak mampu menampung pembelajaran apatah lagi perlu membeli peralatan set melukis, set mewarna, mencetak pelan atau mengikuti lawatan sambil belajar.
“Bayangkanlah, dengan keadaan ibu bapa yang hanya berniaga secara kecil-kecilan, pasti sukar menampung pengajian saya dan kakak di universiti, adik-adik pula masih kecil dan bersekolah,” katanya.

Kekangan ekonomi mendorong pemuda berusia 26 tahun ini mencuba pelbagai cara mendapatkan wang sampingan bagi meringankan beban keluarganya.

“Setiap kali cuti semester, Sabtu dan Ahad, saya habiskan masa dengan mencari pelanggan.

“Perniagaan pertama bermula dengan menjual tali pinggang, cermin mata, pen, tali leher dan buku secara langsung sama ada di gerai makan atau tepi jalan.

“Malah, saya pernah dihalau pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana berniaga di tempat meletak kenderaan di depan sebuah pusat membeli-belah dan berniaga tanpa lesen di pasar malam,” katanya.

Risau dengan keadaan dirinya yang tidak mampu mengurus masa antara belajar dan mencari wang bagi menampung pelajaran, dia mula mengikuti satu seminar laman web.

“Ilmu yang diperoleh membolehkan saya menawarkan perkhidmatan membina laman web selain membuat logo, mereka bentuk grafik dan mengemas kini laman web.

“Untuk memperkenalkan servis ini, saya lakukan secara manual iaitu bergerak dari satu pejabat ke kedai dengan harga serendah RM299. Dalam sebulan, dapatlah seorang dua pelanggan,” katanya.

Mesra dipanggil Ammar, dia mula mendalami ilmu Internet selepas mendapat idea menjual produk di Internet.

Bermula dengan menjual bahan grafik sedia ada, dia berjaya menjana RM1,000 dalam masa seminggu yang hanya meng-gunakan kos berjumlah RM100.

Rentetan itu, dia memperkenalkan produk sendiri seperti Duit Mania, kahwina, Strategi Wang!, Sukses Mania, Affiliate A+ dan Farm Ville Game Cheat.

Konsep awal adalah menjurus kepada paparan dan maklumat media iaitu produk informasi yang dijual di Internet dalam bentuk ‘banner’ yang memaparkan iklan dari pelbagai syarikat.

Ketika itu, lebih 100 produk informasi terjual di Internet yang mewakili pelbagai syarikat makanan, perkhidmatan, pelaburan, kewangan, motivasi dan permainan atas talian atau ‘online’.

Berganding bahu bersama isteri tersayang, Leedya Syariza Azman, 26, mereka memperkenalkan Jootawan Group, namun ia sebenarnya beroperasi dari Ammar Zahar Sdn Bhd sejak 2011.

“Masyarakat mengenali saya melalui perniagaan Internet dan e-buku yang dipasarkan di seluruh dunia sejak 2008.

“Untuk langkah seterusnya, saya memulakan operasi Jootawan secara fizikal dalam bentuk seminar, motivasi, jualan buku dan ‘compact disc’ (CD), pe-ngiklanan dan penerbitan majalah,” katanya.

Menariknya, seminar yang dianjurkan tidak terhenti di situ kerana dia turut membuka peluang kepada orang ramai yang ingin mengikuti kelas khas.

“Seminar saya me-nyediakan perkhidmatan dalam pelbagai bidang seperti hartanah, perniagaan Internet, sumber manusia dan perniagaan emas.

“Laman web e-dagang turut dibangunkan bagi memudahkan urusan antara pelanggan dan penganjur seminar selain memperkenalkan sistem Aztetic yang lebih memudahkan transaksi pembayaran,” tambahnya.

Meniti kepayahan dulu, dia suka untuk mengingat-kan diri dan keluarganya agar sentiasa bersyukur dengan kejayaan hari ini.

Dia merasa bertuah kerana kejayaan ini mendapat sokongan keluarga, malah ibu dan bapanya turut mengembangkan perniagaan pakaian di Facebook hasil dari pemantauannya.

Pada masa yang sama, dia turut membangunkan Apeje iaitu sebuah laman bercirikan perniagaan atau ‘social commerce’.

Berkonsepkan perniagaan atas talian, ia adalah laman khas dibuka untuk penjual dan pembeli yang lebih ke arah profesional.

“Konsep stor di alam maya ini tidak memerlukan peniaga mempu-nyai laman webnya sendiri, membolehkan ia mempunyai pengikut dan mudah diuruskan sendiri oleh peniaga.

“Kami belum melancarkan laman Apeje secara rasmi malah tidak dibuka kepada orang ramai memandangkan masyarakat tempatan masih bergantung dengan laman Facebook untuk meng-iklankan perniagaan.

“Akan tiba satu ketika laman Apeje digunakan secara meluas dan diperkenalkan kepada umum bagi membantu masyarakat tempatan meluaskan perniagaan dengan mudah di alam maya,” katanya mengakhiri perbualan kami.

Sumber : myMetro

Ammar Zahar