Hack Wifi? Alat Wifi Atau Perisian Linux?

Wifi

wifi

Sebelum ini,penulis ada post artikel pada blog ini berkenaan Alat curi Wi-fi yang penulis ambil dari sumber Harian Metro,19.01.2014.

images

Mungkin masih ada yang kurang faham perbezaan antara alat dan juga perisian ataupun sistem operasi.Ada yang terus menyalahkan alat “penarik” wifi ini dan menyatakan alat ini yang menyebabkan wifi anda ataupun jiran-jiran anda dihack oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. [cekapkomputer.com]

Namun,mungkin ada yang tidak mengetahui alat ini cumalah sebagai alat untuk menarik wifi dan tidak lebih daripada itu.Tujuan sebenarnya adalah hanya untuk menguatkan signal wifi yang kemungkinan lemah di sesebuah kawasan.

Sebagai contoh,dalam kawasan tempat kerja anda,terdapat access point wifi yang agak jauh dari meja komputer anda,dan signal wifi yang anda perolehi cuma 1 bar signal sahaja.Dengan menggunakan alat penarik wifi ini,anda mampu mendapatkan signal sekurang-kurangnya 3 bar signal dari access point utama.Ini membolehkan anda mengakses internet melalui meja komputer anda dengan bantuan alat ini.

Jadi,kegunaan sebenar alat penarik wifi sebenarnya tidak lebih dari itu…Persoalannya alat wifi tersebut atau perisian tersebut yang mana utama untuk membolehkan kerja-kerja menghack wifi ini dijalankan?

Sudah tentu PERISIAN yang digunakan.Namun apa yang berlaku sekarang,alat penarik wifi tersebut digunakan untuk menguatkan signal wifi mangsa bagi memudahkan lagi proses-proses menggodam wifi.[cekapkomputer.com]

spoonwep-cropped

Sebenarnya tanpa menggunakan alat penarik wifi tersebut,anda masih boleh menghack sesebuah wifi dengan hanya menggunakan adapter wifi yang telah tersedia pada laptop anda.Ini kerana punca utama kerja-kerja menghack wifi ini bukan pada alat tersebut,tetapi perisian yang digunakan.Bak kata pepatah “kerana nila setitik rosak susu sebelanga,kerana perisian hack wifi rosak nama alat penarik wifi” :p [cekapkomputer.com]

Bagi mereka yang biasa menggunakan sistem operasi Linux,tentu sekali dapat membezakan kedua-dua perkara ini.Ini kerana,perisian-perisian yang gunakan untuk menghack sesebuah wifi adalah perisian dari sistem operasi Linux.Sebelum alat penarik wifi ini dijual secara berleluasa,pengguna-pengguna linux sudah tentu lebih awal tahu cara untuk hack wifi ini berbanding dengan pengguna sistem operasi Windows.Jika anda perasan,kebiasaannya mereka yang membeli alat penarik wifi ini akan dibekalkan sebuah CD iaitu perisian untuk menghack wifi dan kebiasaannya CD tersebut adalah live cd sistem operasi Linux dan yang popular sekali ialah Backtrack.Command-command seperti airmon-ng airodump-ng aireplay-ng aircrack-ng juga sebenarnya command yang biasa digunakan oleh penggodam wifi adalah command dari Linux. [cekapkomputer.com]

Kesimpulannya,alat penarik wifi ini umpama sebilah pisau,kalau digunakan untuk kebaikkan banyak gunanya,tetapi kalau digunakan untuk tujuan kejahatan,lukalah jawabnya…

p/s Dalam ISLAM,hukum menghack Wifi ini adalah HARAM.Jadi renung-renungkan dan selamat beramal 😀

Wifi

Scan Laman Web Anda Menggunakan Sucuri Security

Sucuri Security

sucuri security

Sejak akhir-akhir,kita dalam lihat banyak blog ataupun laman web telah dibangunkan.Ini merupakan salah satu perkembangan yang positif untuk sesebuah negara ke arah yang lebih baik.Namun,disebalik perkembangan ini,kita juga dapat lihat banyak laman web mahupun blog juga menjadi mangsa oleh para penggodam.

Antara faktor laman web anda digodam ialah :

  • Disebabkan oleh kelemahan sekuriti server syarikat penyedia hosting yang anda langgan.
  • Terdapat “lubang” pada laman web anda,juga ketetapan chmod yang tidak sesuai.
  • Memasang plugin dan juga template PERCUMA yang dimuat turun melalui laman-laman web yang tidak diketahui (penggodam kebiasaannya memasang skrip malware pada plugin/template tersebut).
  • Dan banyak lagi faktor….

Bagi mereka yang ingin memeriksa laman web/blog mereka samada telah dijangkiti virus/malware,anda boleh menggunakan menggunakan khidmat scan percuma dari Sucuri Security.

Sucuri Security akan memeriksa laman web anda dan akan memaklumkan kepada anda jika terdapat sebarang malware ataupun script-script yang tidak dikehendaki pada laman web anda.

Untuk info lanjut mengenai perkhidmatan percuma dari Sucuri Security ini,sila layari http://sucuri.net.

 

 

 

Sucuri Security

Alat curi Wi-fi

wifih

Kuala Lumpur: Malang bagi pelanggan Internet yang membelanjakan kira-kira RM150 sebulan untuk menggunakan perkhidmatan sambungan Internet tanpa wayar (Wi-fi), terutama di kediaman masing-masing, tetapi akhirnya mendapati talian itu kerap terganggu.

Jika ia berlaku, anda mungkin menjadi mangsa talian Wi-fi digodam atau ‘dicuri’ individu tidak bertanggungjawab meng­gunakan satu peralatan terbaru yang kini dijual secara meluas menerusi online.

Peralatan itu semakin popular digunakan di negara ini, terutama bagi mereka yang mahir teknologi maklumat (IT) untuk tujuan menggodam Wi-fi tanpa disedari pemiliknya walaupun dimasukkan kata laluan (password) rumit.

Lebih mengejutkan, alat buatan Taiwan dan China itu mudah dibeli melalui Internet dengan harga serendah RM150 yang dijual berserta perisian mendekod atau menggodam kata laluan.

Alat itu juga tidak mempunyai label SIRIM, sekali gus membuktikan ia dijual terus kepada pembeli tanpa kebenaran pihak berkuasa selepas mengimportnya dari dua negara berkenaan.

Sumber : Harian Metro / 19.01.2014