Menyelesaikan Masalah session.php on line 11 Pada OpenCart

Session_start();

Assalamualaikum & salam sejahtera,salam Cekap Komputer kepada semua rakan-rakan pembaca blog Cekap Komputer.Pada tutorial kali ini,saya akan menunjukkan kepada anda cara bagaimana menyelesaikan masalah “error” yang kelihatan pada kedai online OpenCart anda.

OpenCart merupakan salah satu sistem kedai online yang amat popular digunakan oleh pembangun web termasuk saya sekali.Ini kerana OpenCart amat mudah digunakan dan mesra pengguna.Dan yang lebih menarik OpenCart adalah sebuah sistem perisian sumber terbuka (Open Source).

Baru-baru ini,terdapat 1 masalah yang timbul pada laman web opencart pelanggan saya dan mesej error seperti ini dipaparkan :

Warning: session_start(): open(/tmp/sess_kjrl1192m******, O_RDWR) failed: Permission denied (13) in *****/public_html/system/library/session.php on line 11

Mula-mula agak pening juga menyelesaikan masalah ini.Dah beberapa kali cuba bertanya pada pak cik Google tetapi masih buntu mencari jawapan penyelesaiannya.

Dan hasil kesabaran yang tinggi dan melampau,akhirnya saya berjaya menghilangkan mesej error tersebut dengan membuat beberapa modifikasi pada hosting saya.(Jika anda kurang masih dalam bab-bab mengacau tetapan hosting server anda sila hubungi pihak penyedia hosting untuk menyelesaikan masalah ini!).

Baiklah mari kita mulakan.

1 – Pertama sekali,buat satu folder bernama “tmp” melalui hosting anda pada public_html dan set permission kepada 777.

session_start();

 

2 – Kemudian,buka fail session.php yang terletak pada system/library/session.php.

3 – Selepas itu,tambahkan “ini_set(‘session.save_path’, ‘tmp’);” sebelum baris session_start(); .

tmp2

4 – Setelah selesai,save fail yang anda telah ubahsuai sebentar tadi.

5 – Dan anda akan dapat lihat masalah error tersebut tidak lagi dipaparkan pada kedai online OpenCart anda! 🙂

Selamat Mencuba

Session_start();

FB Messenger untuk Windows Phone

Facebook

facebook

Selepas beberapa ketika, pengguna Windows Phone kini mendapat satu lagi manfaat apabila Facebook memperkenalkan aplikasi Facebook Messenger terus ke platform terbabit yang menyokong aktiviti sembang.

Facebook Messenger bertindak seakan Whatsapp, namun pengguna tidak perlu membayar yuran tahunan.
Antara ciri diperkenalkan termasuk membaca mesej tanpa perlu membuka aplikasi Facebook dan menariknya penggunaan pelekat digital berwarna-warni dengan ikon yang cantik yang boleh dihantar kepada orang lain.

Selain itu, ia juga memungkinkan sembang secara berkumpulan untuk perbualan lebih hangat atau bergosip.

Sama seperti Whatsapp, pengguna juga mampu melihat sekiranya individu lain sudah memperoleh mesej anda atau tidak apabila ia turut ditandakan.

Sumber : Hmetro

Facebook