Remaja muat turun, filem tanpa kebenaran ditahan

Godam.org

godam.org

PUTRAJAYA – Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menahan seorang remaja lelaki kerana disyaki memuat turun dan memuat naik lagu tempatan dan filem antarabangsa di laman web tanpa kebenaran pemilik hakcipta.
   
Pengarah Penguatkuasa KPDNKK Mohd Roslan Mahayudin berkata suspek berusia 18 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Larkin Perdana, Johor Baharu, Rabu lepas, selepas risikan dan pemantauan dibuat kira-kira sebulan.
   
“Serbuan dilakukan hasil aduan pemilik hak cipta dan orang ramai berhubung laman web yang dijadikan portal untuk memuat-turun atau tayangan (streaming) muzik-muzik tempatan dan filem antarabangsa tanpa kebenaran pemilik hakcipta,” katanya pada sidang akhbar mengenai Ops Trident di sini hari ini.
   
Serbuan itu melibatkan 15 orang disertai Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK, pegawai Cybersecurity Malaysia dan pegawai serta anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Bukit Aman, katanya.
   
Beliau berkata, beberapa peralatan digital turut disita bernilai kira-kira RM15,000 termasuk komputer riba, komputer peribadi, broadband, router dan modem.

Mohd Roslan berkata, suspek bagaimanapun tidak mengaku sebagai pemilik laman web www.godam.org yang memuat turun 20 lagu secara haram antaranya ‘Kita’ (Forteen), ‘Doa’ (Nora), ‘Menyemai Cinta Bersamamu’ (Nora), ‘Titian Usang’ (Yantzen) dan ‘Cintaku’ (Yantzen).
   
Manakala lapan filem kebanyakannya filem-filem terbaru turut ditayangkan tanpa kebenaran di portal itu termasuk “47 Ronin”, “Gravity”, “Ride Along”, “Pacific Rim”, “We Are The Millers”, “The Hangover 3”, “The Hobbit: The Desolation of Smaug” dan “The Wolverine”, katanya.
   
Mengikut maklumat risikan, laman web itu turut dipromosikan di beberapa media sosial seperti Facebook yang turut dikongsi oleh pengguna-pengguna internet lain, kata beliau.
   
Katanya suspek ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor Bahru untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 1(D) Akta Hak Cipta 1987 dan Seksyen 51 (1)A akta yang sama.
   
“Jika sabit kesalahan hukuman denda boleh dikenakan sekurang-kurangnya RM2,000 atau maksimum RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali,” kata beliau.
   
Mohd Roslan berkata, pihaknya akan menyerahkan notis secepat mungkin kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi menghalang orang ramai mengakses laman web itu. – Bernama

Sumber : Sinar Harian
26 Mei 2014
http://www.sinarharian.com.my/semasa/remaja-muat-turun-filem-tanpa-kebenaran-ditahan-1.284109

Godam.org

Remote Komputer Anda Melalui Telefon Pintar Menggunakan Aplikasi Splashtop

Splashtop

Hari ini,teknologi komputer berkembang dengan begitu pesat sekali.Berbanding 10 tahun sebelum ini,kita hanya dapat lihat hanya segelintir sahaja keluarga memiliki sekurang-kurangnya sebuah komputer di rumah.Kini anda dapat lihat,hampir kesemua keluarga mempunyai peranti canggih sekurang-kurang jika bukan sebuah komputer tetapi sebuah peranti komunikasi canggih seperti telefon yang lengkap dengan sistem operasi Android ataupun IOS yang dibangunkan oleh Apple.

Berbalik kepada tajuk artikel kali ini,terdapat sebuah perisian yang saya lihat amat menarik yang anda boleh gunakan pada telefon pintar anda yang menggunakan sistem operasi Android.Aplikasi ini saya telah cuba dan gunakan pada phone Android dan ianya berjalan dengan baik sekali,kemungkinan aplikasi ini juga boleh dipasang pada Iphone anda.

Perisian yang saya maksudkan ialah aplikasi Splashtop.Splashtop merupakan sebuah perisian yang menarik,mesra pengguna dan mampu “mengawal” komputer anda dari jauh.Melalui phone Android atau Apple anda,anda mampu remote komputer anda dari jauh dengan begitu mudah sekali.

Video review ringkas perisian aplikasi Splashtop
Sebelum ini,saya pernah menggunakan perisian remote yang lain seperti perisian hebat TeamViewer dan boleh dikatakan perisian Splashtop ini juga ada kelebihannya yang tersendiri.

Info lanjut mengenai Splashtop ini sila layari http://splashtop.com

splashtop

Splashtop is the easiest and fastest remote desktop app for accessing your Windows or Mac computer using your Android phone or tablet, from anywhere and at anytime!

Use Splashtop for free to access your computer on the local network with best-in-class video streaming performance. Get full access to ALL of your applications, documents, emails, full browser with Flash and Java support, and games. Also get full access to your entire media library and documents. And more!

To access your computer from across the Internet, subscribe to Anywhere Access Pack via In-App Purchase.

Over 15 million users are enjoying Splashtop today, and you should too!

====================
License:
You may access up to 5 computers via your Splashtop Account.
Splashtop Personal is for non-commercial use only, i.e. use it to access your personal computers for non-work related purposes.
For commercial use in a professional environment, please use Splashtop Business which is designed for the workplace offering enhanced manageability, security, and compliance (www.splashtop.com/business).
====================

WITH SPLASHTOP PERSONAL, YOU CAN:
* Use your Android device to access all of the programs and files on your computer with 100% compatibility, including all PC/Mac applications
* Use your full desktop browser with Flash and Java support, with all of your bookmarks and your favorite plug-ins
* Enjoy the full video and music libraries that are playable only on your computer, whatever formats they’re in
* Play all the 3D games and all the Flash games

====================
Optional In-App Subscriptions:

Get Anywhere Access Pack to access your computer from across the Internet, via our global network of secure, high-performance servers:
– Access reliably across Internet over 3G/4G , from behind firewalls, etc.
– Optimized streaming performance under varying network conditions over Wi-Fi and 3G
– Fully secured via SSL with 256-bit AES encryption
– Subscribe monthly for $1.99 or annually for $16.99

Get Productivity Pack, which includes Configurable Shortcuts & Gamepad and Whiteboard:
– Control your Windows and Mac apps and games easily with on-screen shortcuts mapped to your most commonly used functions. Use the built-in profiles for popular apps or create your own.
– Annotate over any live remote desktop screen. Great for presentations and classroom instruction.
– Subscribe monthly for $1.99 or annually for $16.99

See our Terms of Service and Privacy policy at http://www.splashtop.com/terms/splashtop.
====================

REQUIREMENTS:
* Windows 8, 7, Vista, and XP, Mac OS X 10.6+ or Linux (Ubuntu 12.04).
* A computer with dual-core CPU is strongly recommended for best performance.
* Internet connection is needed to use this app.

KEYWORDS: Remote Desktop, RDP, RDS, VNC, RemoteApp, Terminal Service, VPN

Namun,aplikasi ini bukanlah aplikasi percuma seperti yang kita harapkan.Untuk remote komputer yang menggunakan sambungan LAN ianya adalah percuma tetapi untuk remote komputer anda pada jarak jauh contohnya menggunakan talian internet,anda hanya perlu membayar RM6.52/sebulan ataupun lebih kurang 16.99USD(lebih kurang RM55 setahun).Harga ini pada pendapat saya adalah amat murah sekali dan berpatutan dengan kelebihan-kelebihan yang anda perolehi dengan menggunakan aplikasi ini.

Screenshot_2014-05-22-12-49-34

Screenshot_2014-05-21-18-15-55

Dengan menggunakan perisian ini,saya dengan mudah boleh remote komputer Windows dan MacBook saya.

Selamat mencuba!

Splashtop