Sistem operasi Windows 9 akan dilancarkan?

Windows 9

Selepas Windows 8 direalisasikan pada tahun 2012,terdapat desas-desus menyatakan Windows 9 pula akan dilancarkan tidak lama lagi menggantikan Windows 8.

Jika benar,Windows 9 yang menggunakan codename “Threshold” ini kemungkinan akan menjalankan proses pratonton pada penghujung september atau oktober.

Threshold ataupun Windows 9 dijangka akan membuat beberapa perubahan terutamanya paparan muka depan dan beberapa bahagian lain.Ciri-ciri baru yang kemungkinan akan dimasukkan ialah mengembalikan lagi butang “Start Menu” yang sebelum ini telah dibuang pada versi Windows 8,penyingkiran “Charms bar”,menyokong “virtual desktops” dan banyak lagi.

Masih awal untuk kita berbincang mengenai Windows 9 ini,sama-sama kita nantikan perkembangannya.Kemungkinan nama untuk versi ini juga nanti akan mengalami perubahan,semua itu terpulang kepada pihak microsoft.

Persoalannya,adakah anda telah bersedia dengan sistem operasi terbaru ini? atau adakah anda sama seperti sebahagian pengguna diluar sana yang masih menggunakan sistem operasi sebelum ini iaitu Windows XP atau Windows 7?

Jom bincangkan…

Ini adalah antara video-video yang saya ambil dari youtube mengenai Windows 9,seperti biasa,tengok boleh percaya jangan 🙂

Windows 9

Cara Membuang/Uninstall Antivirus Kaspersky Yang Mempunyai Password

Kaspersky

kaspersky

 

Pernahkah anda mengalami masalah untuk membuang / uninstall antivirus Kaspersky yang mempunyai katalaluan? Lebih menyusahkan lagi jika anda sendiri tidak tahu katalaluan yang diletakkan pada antivirus tersebut.Hal ini sering terjadi terutamanya kepada Juruteknik-juruteknik Komputer yang ingin mengantikan antivirus yang lama kepada antivirus yang terkini ataupun antivirus lain ke komputer tersebut.

Usah risau kerana terdapat cara untuk anda membuang antivirus tersebut tanpa anda perlu bersusah-payah menghubungi mereka yang bertanggungjawab untuk mendapatkan katalaluan tersebut.

Caranya,anda boleh menggunakan perisian Kav Remover yang dibekalkan secara percuma.

Kaspersky uninstall tool

Dengan menggunakan perisian ini,anda boleh meng”uninstall” perisian antivirus tersebut dengan mudah dan tanpa memerlukan anda memasukkan katalaluan yang dikehendaki.

 

1. Pertama sekali,anda perlu download perisian tersebut di http://support.kaspersky.com/downloads/utils/kavremover.zip . Anda tidak perlu install perisian ini,kerana perisian ini boleh digunakan tanpa perlu proses pemasangan.

2. Kemudian,klik butang “Accept“.

 

2

3. Masukkan code yang diinginkan pada ruangan yang disediakan.

3

 

 

 

4. Pilih versi produk Kaspersky yang anda ingin buang dari komputer anda.

4

5. Setelah selesai,klik butang OK dan restart komputer anda.Selesai!
5

 

Kaspersky

Menyelesaikan Masalah “You can’t use this version…Adobe After Effects CS6”.

Adobe After Effect CS6

Adobe After Effect CS6

 

Pernahkah anda mengalami masalah ketika membuka Adobe After Effects CS6 anda selepas anda upgrade sistem operasi anda ke Mac OS X 10.9 (Mavericks)?dan keluar mesej seperti gambarajah di atas? Jika anda mengalami masalah tersebut,berikut adalah cara untuk menyelesaikannya.

1. Melalui komputer anda,klik pada butang search di bahagian Spotlight dan taip dan klik “Adobe Application Manager“.

effect2

 

 

 

2. Kemudian klik pada butang “Preferences“.

Screen Shot 2014-08-18 at 11.10.02 AM

 

3. Kemudian,tick pada pilihan “Adobe After Effect CS6“.Dan klik butang OK.

effect4

 

 

4. Kemudian,tunggu sehingga proses update selesai.

effect5

5.Setelah selesai,buka perisian tersebut seperti biasa,anda akan dapati perisian tersebut telah berjaya untuk dibuka seperti biasa 🙂

effect6

 

Selamat Mencuba!

Adobe After Effect CS6

10 Perisian PC Stress Test Untuk Windows 7 | 8

PC Stress Test

PC Stress Test

Perisian “PC Stress Test” adalah perisian yang anda boleh gunakan untuk memeriksa kemampuan ataupun masalah yang terdapat pada komputer anda.”PC Stress Test” akan memaksa kemampuan komputer anda ke tahap yang maksimum.Perisian ini amat berguna sekali terutama kepada juruteknik komputer yang ingin memeriksa masalah-masalah yang terdapat pada sesebuah komputer.

Di dalam artikel ini,saya kongsikan 10 perisian “PC Stress Test” yang popular digunakan.

Passmark Tools 

bit_mainscreen

Link Download : Klik Di Sini

StressMyPC

free-pc-stress-test-400x246

Link Download : Klik Di Sini

Memtest86+

memtest862-5178039

Link Download : Klik Di Sini

HeavyLoad

heavyload-pc-stress-test-400x251

Link Download : Klik Di Sini

FurMark

furmark

Link Download : Klik Di Sini

System Stability Tester

System-Stability-tester

Link Download : Klik Di Sini
Prime95

198554f

Link Download : Klik Di Sini

 

Nero DiscSpeed

Nero9Reloaded_DiscSpeed_10large

Link Download : Klik Di Sini

PC Wizard

pc-wizard-20

Link Download : Klik Di Sini

Auslogics BenchTown

benchtown-benchmark-1-400x299

Link Download : Klik Di Sini

 

selamat mencuba!

PC Stress Test