Internet Marketing

Buat Duit Tanpa Modal Melalui Affiliate

Affiliate

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog Cekap Komputer,

Dalam artikel kali ini,saya ingin kongsikan kepada anda tips berguna bagaimana cara untuk menjana pendapatan melalui online tanpa anda perlu mengeluarkan 1 sen pun wang anda.Jika sebelum ini,anda selalu ke internet untuk melayari laman web sosial seperti facebook,membaca berita online,bermain permainan online dan banyak lagi,pernahkah anda terfikir dalam masa yang sama anda sebenarnya boleh menjana pendapatan online tanpa perlu anda mengeluarkan sebarang kos ataupun modal?

Ya! Saya pasti hanya sebahagian daripada pembaca di luar sana tahu mengenai program ini dan jangan risau,insyallah saya akan cuba terangkan kepada anda! Program yang saya maksudkan ialah Affiliate.

Bagi mereka yang mempunyai blog ataupun laman web,kaedah ini merupakan kaedah terbaik untuk anda menjana pendapatan melalui internet.Anda boleh meletakkan banner link affiliate anda di dalam blog anda kemudian jana pendapatan melaluinya!

 

Apa itu Affiliate?

Secara umumnya,Affiliate bermaksud anda membantu menjual produk orang lain dan apabila produk tersebut berjaya dijual,anda akan dibayar komisyen oleh pemilik produk tersebut.Berbeza dengan bisnes offline,melalui internet,anda akan diberi link khas dan apabila pelawat klik link tersebut dan membuat pembayaran,anda akan mendapat komisyen!

Apa yang lebih menarik,kebiasaannya,terdapat sesetengah pemilik produk menawarkan komisyen sehingga 50%!

 

Apakah Produk Yang Dijual?

Persoalan ini bergantung kepada pemilik produk,ada diantara mereka menjual produk digital seperti ebook,perisian dan lain-lain,dan ada juga turut menjual produk berbentuk fizikal seperti Al-Quran Digital,Buku dan sebagainya.

Kebiasaannya mereka yang menjual produk digital akan menawarkan komisyen sehingga 50%.Contohnya misalnya harga produk tersebut RM80,jika terdapat sebarang pembelian melalui link affiliate anda,anda akan mendapat komisyen sebanyak RM40.

 

Bagaimana Proses Pembayaran Komisyen Tersebut?

Ini juga bergantung kepada pemilik produk tersebut,tetapi kebiasaannya mereka akan menggunakan bank dari Maybank,Cimb dan juga Paypal.Bagi mereka yang mempunyai Maybank2u ataupun Cimb Clicks tentu sekali memudahkan lagi anda menyemak pembayaran komisyen affiliate anda.

 

Bahan-Bahan Untuk Mempromosikan Produk 

Selain itu apa yang lebih menarik,terdapat juga pemilik produk menyediakan bahan-bahan promosi kepada anda dan anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk mencari bahan bagi mempromosikan sesuatu produk tersebut.

 

Untuk memudahkan lagi pemahaman anda,saya berikan anda satu contoh laman web jualan yang ada menawarkan program affiliate ini.Web jualan tersebut adalah produk digital saya sendiri iaitu Pakar Joomla 2.5.

http://pakarjoomla.com

 

Untuk melayari ruangan ahli affiliate untuk web jualan Pakar Joomla tersebut,anda boleh layari http://pakarjoomla.com/affiliates.Dalam contoh kali ini,saya menggunakan Sistem Affiliate Lite v2.0.Sistem ini banyak digunakan oleh usahawan-usahawan internet di luar sana.

 

Bagi mereka yang belum mendaftar,anda boleh klik pada butang “Klik Di Sini Untuk Mendaftar” kemudian masukkan butiran-butiran yang dikehendaki.

Untuk makluman,Username Pilihan merupakan username untuk link affiliate anda dan juga log masuk id anda nanti.

http://www.pakarjoomla.com/hop.php?ref=get

Dalam contoh ini,anda boleh lihat id get adalah merupakan username dan juga id untuk log masuk affiliate saya.

 

Setelah selesai mendaftar,anda boleh masuk ke ruangan affiliate menggunakan username dan juga kata laluan anda.Anda akan dapat lihat link affiliate anda dan juga ruangan-ruangan yang telah disediakan yang lain.

PERHATIAN : 

Contoh link affiliate anda ialah

http://www.pakarjoomla.com/hop.php?ref=username_anda

 

Pada menu Bahan Promosi,anda boleh lihat bahan-bahan yang telah disediakan oleh pemilik produk untuk memudahkan anda mempromosikan link affiliates anda.

Untuk mereka yang mempunyai blog ataupun laman web,anda juga boleh meletakkan banner-banner tersebut ke dalam laman web anda,pengunjung yang klik banner tersebut akan dibawa ke web jualan pakar joomla dan anda akan dibayar komisyen apabila terhasilnya jualan produk.

 

Apabila terdapat sebarang pembelian dari link affiliate anda dan telah disahkan,anda akan mendapat email seperti berikut.

 

Alhamdulillah,semoga sedikit sebanyak artikel ini telah membuka dan memberi anda sedikit ilmu mengenai perniagaan internet.Insyallah,pada artikel akan datang,saya akan kongsikan kepada anda sebuah ebook percuma mengenai affiliate.

 

 

Affiliate

© 2012, khairilizwan. All rights reserved.

Previous ArticleNext Article
Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Network".Antara perkhidmatan yang ditawarkan Khaiz Network ialah perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online,sewaan domain & hosting,personal coaching,seminar,perkhidmatan video & gambar untuk perkahwinan,perkhidmatan hotspot dan banyak lagi.

5 Comments

Leave a Reply