Android, Perisian Komputer

Cara Bermain Clash Of Clans Melalui Komputer Anda!

Clash Of Clans

Clash Of Clans

Rasanya tidak perlu lagi saya memperkenalkan kepada anda permainan ini.Kenapa? Boleh dikatakan game Clash Of Clans ini antara permainan yang menjadi kegilaan-kegilaan ibu,bapa,makcik,pakcik,girlfriend,boyfriend dan sesiapa sahaja yang mempunyai telefon pintar yang menyokong permainan COC ini.

Kebiasaannya permainan ini anda boleh main pada telefon pintar anda,dan jangan hairan kalau telefon anda selalu kehabisan bateri akibat permainan COC ini…hehehe…

Baiklah pada tutorial kali ini,saya akan tunjukkan kepada anda cara untuk bermain permainan COC ini pada komputer Windows anda.Perisian yang anda perlukan ialah perisian yang dikenali sebagai BlueStacks.Perisian ini banyak digunakan oleh mereka-mereka yang ingin bermain Clash Of Clans pada komputer mereka.

bluestacks_logo

 

Bukan itu sahaja,melalui bluestacks ini,anda boleh install perisian whatapp,wechat dan lain2 ke dalam komputer anda.

Ok! Jom kita mulakan..Saya pasti anda sudah tidak sabar untuk bermain permainan ini di komputer anda! Selepas ini anda boleh bermain permainan COC ini di komputer anda,tentu puas hati skrin lebih besar hehe…

Pertama sekali,anda boleh muat turun perisian BlueStacks ini di http://www.bluestacks.com/bstk-download-success-2.htm .

 

1

Kemudian,double klik perisian yang anda telah muat turun tersebut dan paparan seperti berikut akan dipaparkan. Klik butang “Continue“.

2

 

Pada bahagian ini,anda hanya perlu klik pada butang “Next“.

3

Kemudian,tick pada pilihan “App store access” dan “App Notifications” jika anda rasa perlu.

4

Tunggu sehingga proses pemasangan selesai…

5

Baiklah setelah selesai,anda perlu tunggu sehingga proses muat turun data game dan lain2 selesai.

6

Tahniah! anda telah berjaya memasang perisian BlueStacks di komputer anda bermaksud anda telah mempunyai sistem android di komputer anda.Anda boleh memasang perisian-perisian android yang berkaitan di dalam bluestacks ini.

7

Langkah yang anda perlu lakukan selesai itu ialah,tunggu sehingga beberapa proses kemaskini data dan sistem dilakukan.

[Proses pemasangan aplikasi Clash Of Clans di Bluestacks]

Baiklah,anda telah selesai memasang perisian BlueStacks ini di komputer anda,kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh anda iaitu cara memasang permainan COC.

8

Pada bahagian Play Store yang disediakan,cari perisian Clash of Clans tersebut,kemudian klik.

9

 

10

11

Pastikan anda telah tambah akaun email Google  pada sistem BlueStacks anda.Sila gunakan email yang sama anda gunakan pada telefon pintar anda supaya anda boleh log masuk akaun COC anda melalui bluestack anda..(pastikan anda telah linkkan akaun coc anda dengan email anda..)

12

Kemudian,setelah selesai,klik pada butang “Accept“.

13

Dan langkah terakhir! Klik pada butang “Install” dan tahniah! anda kini boleh bermain permainan ini di komputer anda!

clash-of-clans

 

p/s Jika anda ada sebarang pertanyaan,jangan malu-malu komen ya…Insyallah akan direspon seboleh yang mungkin 🙂

p/s Apa Clans korang,share2lah sikit kat komen.. ^^

 

Clash Of Clans

© 2015, khairilizwan. All rights reserved.

Previous ArticleNext Article
Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Network".Antara perkhidmatan yang ditawarkan Khaiz Network ialah perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online,sewaan domain & hosting,personal coaching,seminar,perkhidmatan video & gambar untuk perkahwinan,perkhidmatan hotspot dan banyak lagi.

Leave a Reply