Mengatasi Masalah Download Aplikasi Melalui Mobile Data (Xiaomi)

Xiaomi

xiaomi

 

Jika anda pengguna telefon pintar jenama Xiaomi,anda mungkin mengalami masalah untuk muat turun aplikasi yang terdapat di Play Store melalui Mobile Data dan anda dikehendaki untuk membuat sambung wifi pada telefon pintar anda tersebut untuk muat turun aplikasi-aplikasi yang anda inginkan.

Tujuannya ialah supaya anda dapat menjimat penggunaan data internet anda,namun mungkin ianya agak leceh dan menyusahkan bagi sesetengah pihak.

Usah risau! Dalam tutorial kali ini,saya akan tunjukkan kepada anda cara untuk mengatasi masalah tersebut dengan cukup mudah!

1. Pertama sekali,masuk ke folder “tools” yang terdapat pada skrin utama telefon pintar xiaomi anda.

mi-limit1

 

2. Selepas itu,klik pada butang “Downloads” yang berwarna hijau.

mi-limit2

 

3. Kemudian klik butang bersimbol “” yang terdapat pada skrin telefon pintar anda.

mi-limit3

 

4. Kemudian,klik pada “Settings“.

 

mi-limit4

 

5.Kemudian,pilih pilihan “Unlimited” dan save.

mi-limit5

 

Tahniah! Anda kini boleh muat turun aplikasi-aplikasi kesukaan anda di Play Store melalui mobile data anda!

Selamat mencuba!

Xiaomi

Terkini! Cara Menggunakan Whatsapp Pada Komputer Anda.

Whatsapp

 

Perisian Whatsapp boleh dikatakan antara perisian yang boleh dikatakan penting buat masa ini.Ini kerana,kebanyakkan mereka yang mempunyai telefon pintar dan mempunyai akses internet,lebih gemar menggunakan perisian ini berbanding sms kerana ianya adalah percuma,mudah digunakan,pelbagai fungsi dan banyak lagi.Mereka yang menjalankan perniagaan secara online juga menjadikan perisian ini sebagai salah satu perisian yang kini boleh dikatakan “wajib” bagi mereka untuk mempromosi dan melonjakkan lagi perniagaan mereka.

Kebiasaannya,anda hanya boleh menggunakan perisian Whatsapp ini di telefon pintar anda tetapi baru-baru ini Whatsapp akhirnya boleh digunakan melalui komputer desktop anda!

Whatsapp1

Anda boleh layari https://web.whatsapp.com/.

Dari beberapa sumber yang saya baca,fungsi ini buat masa kini hanya boleh gunakan oleh pengguna Android, Windows Phone dan BlackBerry sahaja,saya kurang pasti jika versi ini telah ada untuk IOS (Apple).

 

gc

Whatsapp juga hanya boleh gunakan pada pelayar web Google Chrome sahaja.

 

Apa yang anda perlu lakukan?

1 – Buka perisian Whatsapp anda.
2 – Kemudian,melalui perisian Whatsapp anda,klik butang menu di tepi telefon pintar anda.

Screenshot_2015-01-22-15-12-34

Anda akan dapat lihat bahagian “Whatsapp Web”.Klik bahagian tersebut.

Screenshot_2015-01-22-15-17-09

 

Kemudian,anda dikehendaki untuk scan QR code whatsapp yang terdapat pada web.whatsapp.com tersebut.

 

Screen Shot 2015-01-22 at 3.24.24 PM

 

Contoh QR code Whatsapp.

Setelah anda berjaya scan QR code tersebut,anda akan dibawa ke halaman chat Whatsapp melalui web.

wa1

Tahniah! Kini anda boleh menggunakan perisian Whatsapp ini di desktop anda!

Whatsapp

Cara Bermain Clash Of Clans Melalui Komputer Anda!

Clash Of Clans

Clash Of Clans

Rasanya tidak perlu lagi saya memperkenalkan kepada anda permainan ini.Kenapa? Boleh dikatakan game Clash Of Clans ini antara permainan yang menjadi kegilaan-kegilaan ibu,bapa,makcik,pakcik,girlfriend,boyfriend dan sesiapa sahaja yang mempunyai telefon pintar yang menyokong permainan COC ini.

Kebiasaannya permainan ini anda boleh main pada telefon pintar anda,dan jangan hairan kalau telefon anda selalu kehabisan bateri akibat permainan COC ini…hehehe…

Baiklah pada tutorial kali ini,saya akan tunjukkan kepada anda cara untuk bermain permainan COC ini pada komputer Windows anda.Perisian yang anda perlukan ialah perisian yang dikenali sebagai BlueStacks.Perisian ini banyak digunakan oleh mereka-mereka yang ingin bermain Clash Of Clans pada komputer mereka.

bluestacks_logo

 

Bukan itu sahaja,melalui bluestacks ini,anda boleh install perisian whatapp,wechat dan lain2 ke dalam komputer anda.

Ok! Jom kita mulakan..Saya pasti anda sudah tidak sabar untuk bermain permainan ini di komputer anda! Selepas ini anda boleh bermain permainan COC ini di komputer anda,tentu puas hati skrin lebih besar hehe…

Pertama sekali,anda boleh muat turun perisian BlueStacks ini di http://www.bluestacks.com/bstk-download-success-2.htm .

 

1

Kemudian,double klik perisian yang anda telah muat turun tersebut dan paparan seperti berikut akan dipaparkan. Klik butang “Continue“.

2

 

Pada bahagian ini,anda hanya perlu klik pada butang “Next“.

3

Kemudian,tick pada pilihan “App store access” dan “App Notifications” jika anda rasa perlu.

4

Tunggu sehingga proses pemasangan selesai…

5

Baiklah setelah selesai,anda perlu tunggu sehingga proses muat turun data game dan lain2 selesai.

6

Tahniah! anda telah berjaya memasang perisian BlueStacks di komputer anda bermaksud anda telah mempunyai sistem android di komputer anda.Anda boleh memasang perisian-perisian android yang berkaitan di dalam bluestacks ini.

7

Langkah yang anda perlu lakukan selesai itu ialah,tunggu sehingga beberapa proses kemaskini data dan sistem dilakukan.

[Proses pemasangan aplikasi Clash Of Clans di Bluestacks]

Baiklah,anda telah selesai memasang perisian BlueStacks ini di komputer anda,kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh anda iaitu cara memasang permainan COC.

8

Pada bahagian Play Store yang disediakan,cari perisian Clash of Clans tersebut,kemudian klik.

9

 

10

11

Pastikan anda telah tambah akaun email Google  pada sistem BlueStacks anda.Sila gunakan email yang sama anda gunakan pada telefon pintar anda supaya anda boleh log masuk akaun COC anda melalui bluestack anda..(pastikan anda telah linkkan akaun coc anda dengan email anda..)

12

Kemudian,setelah selesai,klik pada butang “Accept“.

13

Dan langkah terakhir! Klik pada butang “Install” dan tahniah! anda kini boleh bermain permainan ini di komputer anda!

clash-of-clans

 

p/s Jika anda ada sebarang pertanyaan,jangan malu-malu komen ya…Insyallah akan direspon seboleh yang mungkin 🙂

p/s Apa Clans korang,share2lah sikit kat komen.. ^^

 

Clash Of Clans