Download BlueStacks Untuk Mac!

Bluestacks Mac

bluestacks mac

Adakah anda pengguna OSX Mac? Tertunggu-tunggu perisian BlueStacks versi Mac?

Kini penantian anda sudah berakhir!! Kini anda boleh memasang perisian BlueStacks pada komputer mac anda! Perisian BlueStacks merupakan perisian yang sangat popular kerana melalui perisian ini,anda boleh akses perisian android anda melalui komputer anda.

Screen Shot 2015-07-01 at 9.35.13 PMScreen Shot 2015-07-01 at 9.45.48 PM

Untuk Muat Turun Perisian BlueStacks untuk Mac,sila layari http://www.bluestacks.com.

* Pada artikel akan datang,saya akan tunjukkan tutorial bagaimana cara untuk memasang perisian BlueStacks ini pada sistem OSX Mac anda.

Bluestacks Mac

Menyelesaikan Masalah “You can’t use this version…Adobe After Effects CS6”.

Adobe After Effect CS6

Adobe After Effect CS6

 

Pernahkah anda mengalami masalah ketika membuka Adobe After Effects CS6 anda selepas anda upgrade sistem operasi anda ke Mac OS X 10.9 (Mavericks)?dan keluar mesej seperti gambarajah di atas? Jika anda mengalami masalah tersebut,berikut adalah cara untuk menyelesaikannya.

1. Melalui komputer anda,klik pada butang search di bahagian Spotlight dan taip dan klik “Adobe Application Manager“.

effect2

 

 

 

2. Kemudian klik pada butang “Preferences“.

Screen Shot 2014-08-18 at 11.10.02 AM

 

3. Kemudian,tick pada pilihan “Adobe After Effect CS6“.Dan klik butang OK.

effect4

 

 

4. Kemudian,tunggu sehingga proses update selesai.

effect5

5.Setelah selesai,buka perisian tersebut seperti biasa,anda akan dapati perisian tersebut telah berjaya untuk dibuka seperti biasa 🙂

effect6

 

Selamat Mencuba!

Adobe After Effect CS6

iPhone sudah ketinggalan, kata CEO BlackBerry

Iphone

iphone

TORONTO: iPhone keluaran Apple sudah ketinggalan masa, demikian menurut Thorsten Heins, Ketua Eksekutif (CEO) Research In Motion Ltd, iaitu pengeluar BlackBerry.

Heins membuat komen itu hari ini menjelang pelancaran edisi terbaru telefon pintar skrin sesentuh BlackBerry di Amerika Syarikat (AS).

 Penyedia perkhidmatan, AT&T akan mula menjual Z10 iaitu generasi terbaru BlackBerry hari ini, selepas lebih enam minggu pelancarannya oleh RIM di merata dunia.

Heins memberitahu Associated Press (AP) bahawa versi papan kekunci BlackBerry bagaimanapun hanya akan dikeluarkan dua atau tiga bulan dari sekarang.

Kedua-dua telefon pintar versi skrin sesentuh dan model papan kecunci adalah sebahagian daripada usaha RIM untuk kembali semula di persada persaingan telefon pintar selepas Apple mengeluarkan iPhone pada 2007.

Heins berkata, kekurangan inovasi oleh Apple menyaksikan produk iPhone kini ketinggalan.

Katanya, pengguna iPhone yang keluar dan masuk aplikasi pada telefon pintar itu tidak membolehkan fungsi yang lebih meluas seperti BlackBerry Z10.
“Ia sama saja” kata Heins merujuk kepada iPhone.

Perisian terbaru RIM itu membolehkan pengguna melebarkan fungsi seperti di dalam komputer peribadi.

Sebagai contoh beliau berkata, seseorang yang menggunakan tidak perlu menutup aplikasi bagi memeriksa email. – AP

Sumber : Berita Harian

Iphone

Apple didenda RM7.2j

Apple

Apple

SYDNEY – Syarikat telekomunikasi gergasi Apple diarah membayar denda A$2.25 juta (RM7.2 juta) termasuk kos perbicaraan A$300,000 (RM1juta) kerana didakwa sengaja mengelirukan pengguna berhubung keupayaan iPad menggunakan talian empat generasi (4G) di Australia.

Hakim Mordy Bromberg mengumumkan keputusan itu selepas mendapati Apple melanggar Undang-undang Pengguna susulan daripada dakwaan banyak pihak bahawa talian 4G sebenarnya tidak boleh digunakan di negara tersebut.

“Ia adalah kesalahan serius kerana pengguna iPad telah tertipu dengan perkhidmatan 4G yang diiklankan oleh Apple,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Apple

Aktifkan “Lock Screen” pada Mac OS

Lock Screen Mac

Assalamualaikum & salam cekap komputer kepada semua pembaca blog Cekap Komputer.Pada tutorial kali ini,saya akan memberikan anda sedikit panduan cara untuk mengaktifkan Lock Screen pada Mac OS.

Fungsi “Lock Screen” ini berguna kepada pengguna Mac yang ingin kunci komputer mac mereka,dan pengguna memerlukan username dan katalaluan untuk log masuk.

Langkah 1 : Pastikan akaun pengguna mac yang anda gunakan lengkap dengan katalaluan,boleh lihat di Users & Groups dalam System Preferences.

Langkah 2 : kemudian,melalui System Preferences,pilih “Security & Privacy“.

lock screen mac

 

Langkah 3 : Kemudian,pada tab “General“, tick pada “Require password immediately after sleep or screen server begin“.

 

Langkah 4 :  Selepas itu,untuk lock screen sistem operasi mac anda, tekan butang kekunci Shift + Command + Eject serentak.Mac anda akan diletakkan di dalam mode “Sleep” selepas itu,kemudian apabila anda aktifkan kembali Mac anda,anda akan dapat lihat paparan Login,untuk log masuk anda perlukan username dan katalaluan anda.

Selamat Mencuba!

 

Lock Screen Mac

Pelajar nafi pencipta asal logo penghormatan Steve Jobs

Apple

apple

HONG KONG – Seorang pelajar seni reka di Sekolah Rekaan Universiti Politeknik Hong Kong, Jonathan Mak semalam menyatakan logo penghormatan pengasas syarikat komputer Apple, Steve Jobs bukan ciptaan aslinya.

Menurutnya, dia bukan yang pertama mereka logo tersebut yang menampilkan buah epal dan mempunyai bayangan bentuk sisi muka Jobs.

Rekaan Mak yang berusia 19 tahun itu menjadi popular di alam siber ekoran kematian Jobs.

Ia menjadi popular selepas disiarkan oleh Mak pada Khamis lalu selepas Jobs meninggal dunia.

Rekaan itu mendapat ribuan komen dengan topi dan baju T dijual di laman lelongan e-Bay memaparkan ciptaannya.

Logo tersebut juga digunakan oleh pelakon Hollywood, Ashton Kutcher di laman profail Twitternya.

Mak membuat komen tersebut selepas terdapat komen di laman Twitter bahawa seorang pereka yang berada di United Kingdom (UK) dikenali sebagai Raid71 sebenarnya telah mencipta logo tersebut pada Mei lalu.

Rekaan pereka UK itu itu turut meletakkan bayang Jobs tetapi dimensinya tidak sama seperti ciptaan Mak.

“Saya lebih gembira untuk memberitahu bahawa terdapat seseorang yang membuatnya sebelum saya,” kata Mak.

Jobs yang mencipta revolusi dalam penciptaan komunikasi menerusi pengeluaran telefon bimbit iPhone dan gajet iPod meninggal dunia pada Rabu lalu semasa berumur 56 tahun.

Sumber : Kosmo

Apple

Kompozer,Perisian Penyuntingan HTML Terbaik!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pernahkah anda menggunakan perisian Kompozer? Kompozer merupakan perisian penyuntingan HTML WYSIWYG yang cukup popular digunakan oleh pembangun web.Kompozer pertama sekali dikeluarkan pada sekitar tahun 2006.

Perisian Kompozer ini bukan sahaja boleh dipasang pada sistem operasi Linux tetapi juga boleh dipasang pada sistem operasi Windows dan juga Mac OS X.Kompozer juga merupakan perisian Sumber Terbuka dan anda boleh menggunakan perisian tersebut tanpa perlu membelinya.Perisian ini juga merupakan perisian alternatif yang terbaik menggantikan perisian berbayar serupa yang popular iaitu Adobe Dreamweaver.Selain itu,perisian Kompozer ini juga adalah lebih ringan daripada perisian Adobe Dreamweaver.

Berikut merupakan tarikh pengeluaran/kemaskini perisian ini :

Versi 0.71, dikeluarkan pada 8 Julai, 2006.
Versi 0.75, dikeluarkan pada 14 Julai, 2006.
Versi 0.77, dikeluarkan pada 23 Julai, 2006.
Versi 0.79, dikeluarkan pada 14 Julai, 2007.
Versi 0.7.10 Akhir, dikeluarkan pada 8 Ogos, 2007.

Versi stabil terkini perisian ini ialah 0.7.10 yang direalisasikan pada 30 ogos 2007.

Jika anda berminat,anda boleh muat turun perisian kompozer ini secara percuma di : http://kompozer.net/download.php

 

Steve Jobs (CEO Apple) Letak Jawatan!

 

 

 

 

 

 

 

Pada 24 Ogos 2011,Steve Jobs akhirnya telah mengumumkan perletakan jawatannya sebagai CEO Apple melalui surat yang ditulisnya.

Siapakah Steve Jobs? Bagi mereka yang tidak mengenali Steve Jobs,Steven Paul ataupun Steve Jobs (dilahirkan 24 Februari, 1955) merupakan hartawan perniagaan Amerika dan pencipta. Dia juga merupakan pengasas bersama,pengerusi lembaga ,dan bekas ketua pegawai eksekutif Apple Inc.Steve Jobs dan Steve Wozniak merupakan orang yang bertanggungjawab mengasas dan memajukan Apple inc.Anda boleh rujuk sejarah mengenai beliau di http://en.wikipedia.org/wiki/Steve_Jobs .

Namun dikatakan,Steve Jobs masih akan bekerja untuk Apple tetapi tidak lagi sebagai pemimpin (CEO Apple).Steve Jobs juga mencadangkan Tim Cook untuk menjadi penganti beliau.