Perkhidmatan Jaring Ditamatkan Bermula 22/8/2015

Jaring

jaring

Jika kita lihat hari ini,mungkin generasi muda masa kini tidak mengetahui mengenai JARING ini ataupun langsung tidak menyedari mengenai kehadiran JARING yang merupakan syarikat penyedia perkhidmatan internet pertama di Malaysia dan bermula 22/8/2015 ini,perkhidmatan JARING ditamatkan.

Oleh sebab saya malas nak huraikan panjang mengenai sejarah JARING ni,ni saya ambil dari salah satu blog.

Sejarah Internet di malaysia

Kewujudan internet di negara ini bermula apabila Rangkaian Komputer Malaysia (Rangkom) diwujudkan pada tahun 1987. Sungguhpun demikian, MIMOS yang ditubuhkan pada tahun 1985 telah memainkan peranan penting dalam merealisasikan perkhidmatan internet kerana projek RangKom terbesar menjadi projek “Joint Advanced Research Integrated Network” atau dikenali sebagai rangkaian bersepadu “JARING” pada taun 1991. Projek ini mempromosikan pertukaran maklumat dan pembangunan pangkalan data melalui capaian internet dengan kos yang tidak membebankan.

Negara kita memasuki era internet apabila JARING menjadi Internet Service Provider (ISP) yang pertama, diikuti oleh TMNet sebagai ISP kedua pada tahun 1996, MAXIS, ISP ketiga dan Time Telekom dan ISP keempat pada tahun 1999. Dianggarkan pada bulan November tahun 1999 terdapat hampir 630,000 orang pelanggan internet di Malaysia dan meningkat ke 1,157,384 orang pada tahun 2000 (Malaysia, 2001). Internet terus berkembang di negara ini bukan sahaja daripada peningkatan capaian oleh orang ramai, malah dari segi teknologi dalam pendidikan juga mengaplikasikan teknologi ini.

Pada tahun 2007, Telekom Malaysia Bhd (TM) dan Verizon Business hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) bagi meninjau kemampuan menubuhkan Hab Internet Protokol (IP) Malaysia. MOU ini menyokong agenda kebangsaan Malaysia bagi membolehkan syarikat-syarikat Malaysia memanfaatkan kemampuan komunikasi IP termaju. Melalui perjanjian ini membolehkan Malaysia sebagai hab Internet rantau Asia-Pasifik, untuk syarikat-syarikat dalam negara mendapat manfaat daripada perkhidmatan IP tempatan. Dengan penubuhan hab tersebut bersama Verizon Business, syarikat-syarikat milikan asing dan tempatan yang berada di Malaysia berpeluang menggunakan teknologi rangkaian IP termaju serta membuat persediaan untuk perkhidmatan komunikasi masa depan. Ini adalah kerana Rangkaian IP Verizon Business adalah salah satu rangkaian IP terbesar dan paling disegani dalam industri dan salah satu daripada syarikat rangkaian Tahap-1 yang paling tersohor di dunia. Ini terdiri daripada 3 angka utama Sistem Autonomous (AS), iaitu AS701 untuk rangkaian IP Amerika Utara, AS702 untuk rangkaian IP Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA) dan AS703 untuk rangkaian IP Asia Pasifik (APAC).

Perkongsian ini akan menghasilkan penjimatan kos yang signifikan bagi TM dan Pembekal Khidmat Internet (ISP) lain kerana pertanyaan dan lalu-lintas Internet hanya terbatas dalam negeri. Selain itu, pengguna Internet mampu mengakses tapak web antarabangsa dengan lebih cepat. Di samping itu, permuafakatan ini akan membuka ruang baru dalam perkongsian laluan Internet ke Malaysia oleh para pembekal ISP Tahap-1 seperti dari Korea, Jepun, China dan India , sekali gus memantapkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab IP utama di rantau ini dengan kemampuan setanding negara-negara yang telah terlebih dahulu menempa nama di rantau ini. Kepesatan penggunaan internet yang berkadaran dengan komputer telah meningkat dari setiap tahun di seluruh dunia.

Sumber : http://mayamasturah.blogspot.com/2010/03/sejarah-internet-di-malaysia.html

1511

Mereka yang sempat melalui zaman kegemilangan JARING ni,tentu sahaja teringat kenangan “manis” ketika melayari internet.

jaring-tutup

Sudah tentu berita perkhidmatan Jaring ditamatkan ini,sedikit sebanyak memberi satu kesedihan di hati para pengguna-pengguna internet awal 90an.

Ini pula sedikit kenangan yang diambil dari facebook pengasas JARING,tuan Mohamed Awang Lah :

JARING Dalam Kenangan (Bahagian 1)

1. Gambar terkembar membawa seribu kenangan.

2. Inilah komputer pertama yang diguna untuk memulakan perkhidmatan Internet di Malaysia sebelum JARING dilancarkan – bermula sekitar 1986. VAX750 – kuasanya jauh lebih rendah berbanding telefon bimbit sekarang. Di tengah adalah dua buah hard disk (tak ingat kapasitinya) dan yang kanan ialah pemacu pita setengah inci. Gambar diambil sekitar tahun 1989/1990 selepas MIMOS berpindah ke Exchange Square, Jalan Semantan.

3. Komputer model sama saya guna semasa mula belajar teknologi dan mencuba Internet di Universiti Malaya mulai tahun 1983 sebelum berpindah ke MIMOS pada hujung tahun 1984. MIMOS ditubuhkan secara rasmi pada awal tahun 1985.

4. Kita menggunakan protokol UUCP untuk bertukar emel dan Usenet (kumpulan perbincangan – Newsgroup). TCP/IP belum boleh diguna. Belum ada web, jauh sekali facebook. Nama rangkaian pada masa itu ialah RangKoM (Rangkaian Komputer Malaysia).

5. Terdapat sebuah lagi komputer (work station, semasa di Jalan Kerja Ayer) yang lebih kecil di guna untuk mendail ke luar negara dengan modem berkelajuan 1,200 / 2,400 bps. Biasanya kita dail 2 atau 3 kali sehari. Tidak lama kemudian kita guna modem berkelajuan sehingga 16.8 kbps tetapi sukar dapat sambungan melebihi 2,400 bps. Tidak ada talian tetap sehingga bulan November tahun 1992. Lihat gambar satu lagi yang memaparkan nod di luar negara yang menjadi rakan MIMOS.

6. Sekitar tahun 1990, bila bil telefon mencecah RM10,000 sebulan, kita mula “download” Usenet mengguna pita magnet yang diposkan dari Amerika Syarikat setiap dua minggu. Kandungan pita di muatkan ke dalam komputer VAX750 untuk diedarkan kepada pengguna di Malaysia melalui talian dail atau tetap.

7. Pada penghujung era ini, terdapat lebih kurang 1,000 komputer (kebanyakannya PC) menggunakan RangKoM di seluruh negara.

8. Talian tetap menggunakan satelit berkelajuan 64 kbps dipasang pada bulan November 1992 – JARING bermula.

Walau perkhidmatan JARING ditamatkan,JARING tetap berada di hati kami… 🙂

Jaring

Save & Tonton Kemudian Video Di Facebook Yang Anda Inginkan!

Facebook

Jika kita lihat di laman sosial facebook,ramai rakan-rakan facebook kita berkongsikan video-video yang menarik kepada kita..Dan kadangkala kita tidak sempat untuk menonton video tersebut.

Usah risau! Terbaru,facebook telah menambah satu lagi fungsi terbaru iaitu anda boleh save video yang anda ingin tonton dan menontonya kemudian!

facebook

Apabila seseorang rakan anda share video di dalam facebook,anda boleh klik pada simbol anak panah di tepi status tersebut,dan anda akan dapat lihat akan ada pilihan “Save [tajuk video]”.Anda hanya perlu klik pada butang tersebut.

 

Screen Shot 2015-02-08 at 4.25.40 PM

Kemudian,video tersebut akan ditambah ke satu halaman baru iaitu “Saved Videos“.

 

Screen Shot 2015-02-08 at 4.30.52 PM

Kemudian di ruangan tepi sidebar facebook anda,anda akan dapat lihat satu butang halaman “Saved“.

 

Screen Shot 2015-02-08 at 4.31.00 PM

Dan anda akan dapat lihat,video-video yang anda inginkan telah diletakkan di dalam halaman tersebut.Jadi anda boleh menontonnya kemudian!

Facebook

Tutorial Cara Untuk Setup Router Wireless D-LINK DIR-605L

Dlink

Baiklah pada tutorial kali ini,saya akan tunjukkan kepada anda cara untuk setup tetapan wifi untuk router D-LINK DIR-605L.

D-LINK DIR-605L adalah sejenis cloud router wireless yang anda gunakan untuk kegunaan rumah ataupun di pejabat anda.Untuk menggunakan router ini,pastikan anda mempunyai modem internet.Anda boleh rujuk gambarajah di bawah untuk melihat kegunaan router wireless ini.

Jika anda mempunyai modem internet di pejabat anda misalnya,dan anda ingin menambah satu point wifi,anda boleh menggunakan router wireless ini.

2015109150219

 

Baiklah sebelum kita bermula,pastikan anda telah “on” router wireless anda dan sambungkan kabel RJ45(kabel internet) pada mana-mana port 1 – 4 (kecuali port warna kuning) dari router tersebut ke komputer anda.

2015109150329

Kemudian,melalui pelayar web anda,masukkan ip address router tersebut.Anda boleh rujuk ip router tersebut di belakang router tersebut.

2015109150250

Anda dapat lihat,ip address untuk router tersebut ialah 192.168.0.1,username = “admin” password “”.

Screen Shot 2015-01-10 at 6.51.33 PM

 

Setelah anda berjaya login masuk ke dalam tetapan router anda untuk kali pertama,anda akan dibawah ke halaman D-LINK EASY SETUP WIZARD.Pilih bahasa anda,kemudian klik butang “Start“.

d1

 

d2

Kemudian pada halaman berikutnya,anda akan diberi pilihan Manual Setup ataupun Auto-Detect Setup.Kali ini saya akan tunjukkan kepada anda cara Manual Setup.Klik butang “Next“.

d3

Pada step 1,anda perlu setup dua bahagian iaitu Internet Connection dan Wireless Settings.

d4

Untuk bahagian Internet Connection,anda boleh pilih Static IP,Dynamic IP (DCHP) dan lain2..Dalam contoh kali ini,pilih Dynamic IP(DHCP),DHCP bermaksud ip address akan automatik dibekalkan oleh modem anda,anda tidak perlu memasukkan ip address tersebut atau anda boleh pilih Static IP jika anda dibekalkan ip address.

d5

Untuk tetapan wireless,pada ruangan SSID masukkan nama wireless yang anda inginkan.Sebagai contoh,nama wifi bagi router wireless saya kali ini ialah “Ting6wifi” dan masukkan kata laluan anda pada ruangan Network Key.

d6

Pada STEP 2,masukkan kata laluan untuk log masuk web admin router wireless anda.

d7

Pada STEP 3,pilih Time Zone anda,untuk Malaysia pilih GMT +08:00 Kuala Lumpur.
d8d9

Langkah terakhir! Setelah selesai,klik pada butang “complete“.

d10

Tahniah! Anda telah berjaya setup router wireless anda…Pada tutorial akan datang,saya akan ajarkan kepada anda cara untuk melakukan beberapa tetapan lain untuk D-LINK DIR-605L ini.

Jumpa lagi 🙂

Dlink

Dropbox : Penyedia Penyimpanan Data POPULAR (1)

Dropbox

dropbox

Pernahkah anda mengalami masalah berikut?

  • Mencari tempat penyimpanan data yang anda boleh akses di mana-mana sahaja!
  • Sering terlupa pendrive anda menyebabkan anda tidak dapat mengakses data-data anda?
  • Mencari kaedah yang memudahkan anda berkongsi sesuatu data kepada rakan-rakan anda?

Jika YA! perkhidmatan yang ditawarkan oleh Dropbox mampu menyelesaikan masalah anda!

 

Apa itu Dropbox?

Untuk memudahkan pemahaman anda,dropbox merupakan penyedia penyimpanan data berasaskan web.Bermaksud,dengan menggunakan perkhidmatan ini,anda boleh menyimpan data-data anda di internet serta berkongsi kepada rakan-rakan yang anda inginkan.

Sudah tentu dengan adanya perkhidmatan ini,mereka yang kerap kali terlupa untuk membawa pendrive tidak perlu risau lagi kerana dengan adanya Dropbox ini,anda hanya perlu upload data-data yang anda inginkan terus ke web Dropbox! sudah tentu bagi mereka yang melakukan kerja di rumah,anda hanya perlu mengupload data-data anda ke dropbox,dan anda boleh mengaksesnya di mana sahaja termasuk di tempat kerja anda 🙂

dropbox

 

Berikut adalah info mengenai Dropbox melalui wikipedia :

Dropbox is a file hosting service operated by Dropbox, Inc., headquartered in San Francisco, California, that offers cloud storage, file synchronization, personal cloud, and client software. Dropbox allows users to create a special folder on each of their computers, which Dropbox then synchronizes so that it appears to be the same folder (with the same contents) regardless of which computer is used to view it. Files placed in this folder also are accessible through a website and mobile phone applications.

Dropbox, Inc., was founded in 2007 by Drew Houston and Arash Ferdowsi, as a Y Combinator startup company.[6]

Dropbox provides client software for Microsoft Windows, Mac OS X, Linux, Android, iOS, BlackBerry OS and web browsers, as well as unofficial ports to Symbian, Windows Phone, and MeeGo.”

 

Bagaimana mendaftar akaun Dropbox ini?

Jangan risau! pendaftaran akaun Dropbox adalah PERCUMA dan anda akan dibekalkan 2GB setelah membuat pendaftaran.Untuk storan data yang melebihi dari 2GB,anda boleh membuat pilihan untuk upgrade akaun anda dan yuran dengan harga berpatutan ditawarkan.

Jika anda berminat,anda hanya perlu isikan maklumat pada borang yang disediakan

borangdropbox

 

 

KLIK DI SINI UNTUK MENDAFTAR

 

Selamat mencuba!

 

Dropbox

Remaja muat turun, filem tanpa kebenaran ditahan

Godam.org

godam.org

PUTRAJAYA – Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menahan seorang remaja lelaki kerana disyaki memuat turun dan memuat naik lagu tempatan dan filem antarabangsa di laman web tanpa kebenaran pemilik hakcipta.
   
Pengarah Penguatkuasa KPDNKK Mohd Roslan Mahayudin berkata suspek berusia 18 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Larkin Perdana, Johor Baharu, Rabu lepas, selepas risikan dan pemantauan dibuat kira-kira sebulan.
   
“Serbuan dilakukan hasil aduan pemilik hak cipta dan orang ramai berhubung laman web yang dijadikan portal untuk memuat-turun atau tayangan (streaming) muzik-muzik tempatan dan filem antarabangsa tanpa kebenaran pemilik hakcipta,” katanya pada sidang akhbar mengenai Ops Trident di sini hari ini.
   
Serbuan itu melibatkan 15 orang disertai Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK, pegawai Cybersecurity Malaysia dan pegawai serta anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Bukit Aman, katanya.
   
Beliau berkata, beberapa peralatan digital turut disita bernilai kira-kira RM15,000 termasuk komputer riba, komputer peribadi, broadband, router dan modem.

Mohd Roslan berkata, suspek bagaimanapun tidak mengaku sebagai pemilik laman web www.godam.org yang memuat turun 20 lagu secara haram antaranya ‘Kita’ (Forteen), ‘Doa’ (Nora), ‘Menyemai Cinta Bersamamu’ (Nora), ‘Titian Usang’ (Yantzen) dan ‘Cintaku’ (Yantzen).
   
Manakala lapan filem kebanyakannya filem-filem terbaru turut ditayangkan tanpa kebenaran di portal itu termasuk “47 Ronin”, “Gravity”, “Ride Along”, “Pacific Rim”, “We Are The Millers”, “The Hangover 3”, “The Hobbit: The Desolation of Smaug” dan “The Wolverine”, katanya.
   
Mengikut maklumat risikan, laman web itu turut dipromosikan di beberapa media sosial seperti Facebook yang turut dikongsi oleh pengguna-pengguna internet lain, kata beliau.
   
Katanya suspek ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor Bahru untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 1(D) Akta Hak Cipta 1987 dan Seksyen 51 (1)A akta yang sama.
   
“Jika sabit kesalahan hukuman denda boleh dikenakan sekurang-kurangnya RM2,000 atau maksimum RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali,” kata beliau.
   
Mohd Roslan berkata, pihaknya akan menyerahkan notis secepat mungkin kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi menghalang orang ramai mengakses laman web itu. – Bernama

Sumber : Sinar Harian
26 Mei 2014
http://www.sinarharian.com.my/semasa/remaja-muat-turun-filem-tanpa-kebenaran-ditahan-1.284109

Godam.org

Tonton Video Facebook Anda Melalui Facebook : A Look Back

A Look Back

a look back

Sudah tentu banyak sekali pengalaman anda bersama akaun facebook anda.Tidak kira pahit,manis,suka & duka dan macam-macam lagi…

Bagaimana jika moment-moment menarik ini dihimpunkan dalam bentuk video?

Kini dengan menggunakan “A Look Back” dari Facebook,anda akan dapat lihat video facebook secara PERCUMA! Video yang mengambil masa 1 minit 02 saat itu akan memaparkan moment2 penting di dalam facebook anda dlm tempoh 3 tahun lepas.

Tidak sabar untuk menonton video anda sendiri? layari https://www.facebook.com/lookback/

 

A Look Back

Hack Wifi? Alat Wifi Atau Perisian Linux?

Wifi

wifi

Sebelum ini,penulis ada post artikel pada blog ini berkenaan Alat curi Wi-fi yang penulis ambil dari sumber Harian Metro,19.01.2014.

images

Mungkin masih ada yang kurang faham perbezaan antara alat dan juga perisian ataupun sistem operasi.Ada yang terus menyalahkan alat “penarik” wifi ini dan menyatakan alat ini yang menyebabkan wifi anda ataupun jiran-jiran anda dihack oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. [cekapkomputer.com]

Namun,mungkin ada yang tidak mengetahui alat ini cumalah sebagai alat untuk menarik wifi dan tidak lebih daripada itu.Tujuan sebenarnya adalah hanya untuk menguatkan signal wifi yang kemungkinan lemah di sesebuah kawasan.

Sebagai contoh,dalam kawasan tempat kerja anda,terdapat access point wifi yang agak jauh dari meja komputer anda,dan signal wifi yang anda perolehi cuma 1 bar signal sahaja.Dengan menggunakan alat penarik wifi ini,anda mampu mendapatkan signal sekurang-kurangnya 3 bar signal dari access point utama.Ini membolehkan anda mengakses internet melalui meja komputer anda dengan bantuan alat ini.

Jadi,kegunaan sebenar alat penarik wifi sebenarnya tidak lebih dari itu…Persoalannya alat wifi tersebut atau perisian tersebut yang mana utama untuk membolehkan kerja-kerja menghack wifi ini dijalankan?

Sudah tentu PERISIAN yang digunakan.Namun apa yang berlaku sekarang,alat penarik wifi tersebut digunakan untuk menguatkan signal wifi mangsa bagi memudahkan lagi proses-proses menggodam wifi.[cekapkomputer.com]

spoonwep-cropped

Sebenarnya tanpa menggunakan alat penarik wifi tersebut,anda masih boleh menghack sesebuah wifi dengan hanya menggunakan adapter wifi yang telah tersedia pada laptop anda.Ini kerana punca utama kerja-kerja menghack wifi ini bukan pada alat tersebut,tetapi perisian yang digunakan.Bak kata pepatah “kerana nila setitik rosak susu sebelanga,kerana perisian hack wifi rosak nama alat penarik wifi” :p [cekapkomputer.com]

Bagi mereka yang biasa menggunakan sistem operasi Linux,tentu sekali dapat membezakan kedua-dua perkara ini.Ini kerana,perisian-perisian yang gunakan untuk menghack sesebuah wifi adalah perisian dari sistem operasi Linux.Sebelum alat penarik wifi ini dijual secara berleluasa,pengguna-pengguna linux sudah tentu lebih awal tahu cara untuk hack wifi ini berbanding dengan pengguna sistem operasi Windows.Jika anda perasan,kebiasaannya mereka yang membeli alat penarik wifi ini akan dibekalkan sebuah CD iaitu perisian untuk menghack wifi dan kebiasaannya CD tersebut adalah live cd sistem operasi Linux dan yang popular sekali ialah Backtrack.Command-command seperti airmon-ng airodump-ng aireplay-ng aircrack-ng juga sebenarnya command yang biasa digunakan oleh penggodam wifi adalah command dari Linux. [cekapkomputer.com]

Kesimpulannya,alat penarik wifi ini umpama sebilah pisau,kalau digunakan untuk kebaikkan banyak gunanya,tetapi kalau digunakan untuk tujuan kejahatan,lukalah jawabnya…

p/s Dalam ISLAM,hukum menghack Wifi ini adalah HARAM.Jadi renung-renungkan dan selamat beramal 😀

Wifi

Kecoh Mesej Palsu Graphic app Facebook @ HOAX

Facebook Graphic App

facebook Graphic app

Kecoh dalam sehari dua ini apabila kebanyakan rakan kita menghantar status yang meminta kita menukar klik dan ubah beberapa tetapan dalam ‘Settings’ laman Facebook.

 

Antara mesej popular yang diletakkan dalam status rakan-rakan atau keluarga berbunyi seperti begini:

Kepada semua yang berada di dalam senarai kenalan Facebook saya, ada mungkin tidak tahu bahawa Facebook telah mengubah konfigurasi privasi sekali lagi. Applikasi grafik (“Graphic app”) yang baru menyebabkan semua pengguna Facebook di seluruh dunia boleh melihat gambar-gambar (photos), kesukaan (likes) dan komen kita. Malangnya kita tidak boleh mengubah konfigurasi ini kerana Facebook telah menjadikan ia seperti ini.

Oleh itu, dalam tempoh dua minggu akan datang, saya akan terus meletakkan mesej ini dan berharap agar anda juga melakukan perkara yang sama. Saya juga memohon agar anda melakukan perkara-perkara berikut supaya maklumat peribadi yang saya kongsikan dengan anda dan kenalan lain kekal peribadi dan bukan untuk tatapan umum. Saya akan mengeluarkan anda daripada senarai kenalan facebook saya jika anda tidak melakukannya.

Letakkan kursor anda ke atas gambar saya profile saya tanpa mengklik padanya dan tetingkap akan terbuka. Sekarang gerak…kan kursor ke perkataan ‘Rakan-rakan’ (friends) juga tanpa mengklik. Kemudian, klik pada ‘Setting’ dan buang tanda pada ‘Life events’ dan ‘comments and likes’. Dengan cara ini aktiviti saya dengan keluarga dan kawan-kawan saya tidak lagi akan menjadi tatapan umum. Sila tulis/komen ‘done’ setelah selesai melakukannya.

Sila copy dan paste teks ini di dinding (wall) anda sendiri (bukan ‘share’ ya!). Apabila saya melihat ia diterbitkan pada halaman anda, saya akan buang tanda yang sama untuk anda.

Terima kasih atas bantuan anda”

Kalau anda perasan, mesej tersebut bukan kali pertama berlaku memandangkan ia telahpun pernah berlegar di status pengguna Facebook pada penghujung tahun lepas tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Boleh dikatakan, ia hanyalah sekadar ‘hoax’ atau mesej palsu yang sama sekali tidak pernah dianjurkan atau dikeluarkan Facebook sendiri sebelum ini.

Paling jelas, perenggan pertama yang menggunakan perkataan ‘graphic app’ sebenarnya tiada langsung termaktub dalam ciri, fungsi dan pelbagai lagilah perkhidmatan Facebook.

Cuma yang ada hanyalah aplikasi baru yang diperkenalkan mereka iaitu ‘Graph Search’ tetapi ia langsung tidak akan menjejaskan settings privasi yang ada dalam akaun Facebook anda sekarang. Kadang-kadang kita terlalu paranoid sehingga tidak mendapatkan pengesahan secukupnya sebelum berkongsi di status mujur anda membaca artikel ini jadi pohon kongsi kepada rakan atau keluarga anda yang lain.

Walaupun anda melakukan perkara yang disuruh dalam mesej palsu tersebut, ia tidak mengubah apa-apa tetapan privasi cuma dan hanya menghalang anda seorang saja daripada melihat status, foto dan profil rakan anda sendiri sementara orang lain masih boleh menjenguk profil rakan anda.

Kononnya status yang meminta anda merapatkan kursor pada foto dan klik itu dan ini BUKAN merubah tetapan keselamatan dan tidak berguna sekiranya Privacy Settings anda masih lagi ‘Public’. Dari dulu hingga kini, sistem keselamatan Facebook tidak berubah dan masih mengekalkan kaedah keselamatan sama. Kalau mahukan akaun anda berada dalam mod privasi sekalipun, ia boleh dilakukan dalam Privacy Settings.

Salah faham Graph Search yang dikatakan Graphic App tidak mendatangkan sebarang isu keselamatan apabila ia hanya seakan fungsi News Feed yang baru supaya carian anda lebih tersusun. Misalnya, jika anda sedang cari foto KLCC, anda akan mendapati gambar semua rakan anda yang mengambil gambar berkaitan KLCC.

Sudah tentu, jika akaun Facebook anda berada dalam keadaan ‘Public’. Pengguna lain pun turut boleh melihatnya. Apa yang sebenarnya anda perlu lakukan ialah menukar Privacy Settings kepada ‘Friends Only’ dan tak perlu rakan anda yang klik pada gambar seperti yang diarahkan dalam mesej palsu tersebut.

Sumber : http://my.news.yahoo.com/blogs/daunpisang/kecoh-mesej-palsu-facebook-120856133.html

Facebook Graphic App

Pengusaha laman sesawang popular ditahan

PUTRAJAYA – Seorang pengusaha sebuah laman sesawang popular muat turun dan muat naik muzik secara haram yang mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit sejak tahun 1997, akhirnya ditahan pasukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Kelantan.

Pengarah Penguatkuasa Bahagian Penguatkuasa KPDNKK Mohd Roslan Mahayudin berkata lelaki berusia 35 tahun itu ditahan selepas sepasukan penguatkuasa menyerbu kediamannya di Kubang Kerian pada 11 Jun lepas.

“Laman sesawang yang menawarkan perkhidmatan muat turun dan muat naik lagu-lagu Melayu telah mengaut keuntungan mencecah ratusan ribu ringgit berdasarkan servis iklan dan sumbangan daripada mereka yang menjadi ahli laman sesawang JWG.

“Lelaki itu mengaku pernah memperoleh pendapatan lumayan, iaitu mencecah RM10,000 sebulan pada tahun 2006, tetapi pendapatannya merosot kepada RM1,500 sebulan sekarang setelah muncul pesaing yang menggunakan modus operandi yang sama dengan JWG,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Komunikasi Strategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sheikh Raffie Abd Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) Tan Ngiap Foo.

Roslan berkata pasukan penguatkuasa juga merampas peralatan ICT bernilai RM30,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Hakcipta 1987 yang membawa hukuman denda minimum RM2,000 dan maksimum RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Beliau berkata Bahagian Penguatkuasa akan mengeluarkan notis halangan kepada SKMM bagi menghalang akses laman sesawang JWG seperti yang diperuntuk mengikut Seksyen 263 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis.

Sementara itu, Tan berkata industri muzik menanggung kerugian kira-kira RM10 juta dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini berikutan laman sesawang yang menawarkan muat naik dan muat turun lagu di negara ini.

“Saya berterima kasih kepada KPDNKK yang membuat serbuan sebegini. RIM akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pengusaha laman sesawang JWG bagi menuntut ganti rugi yang ditanggung industri muzik,” katanya.

Beliau juga berkata RIM telah mengenal pasti laman sesawang yang menawarkan perkhidmatan serupa kepada pengguna bukan sahaja dari Malaysia malah Indonesia dan Brunei.

Dalam perkembangan berkaitan, Roslan berkata KPDNKK sedang menyiasat sekurang-kurangnya 32 laman sesawang yang menawarkan muat turun dan muat naik muzik serta filem percuma secara haram di negara ini.

Beliau berkata sebanyak 30 aduan diterima berhubung laman sesawang dikategori sebagai ‘jerung siber’ yang menyumbang kepada pelanggaran hak cipta.

“Siasatan awal mendapati laman sesawang ini beroperasi di dalam dan luar negara. Kita akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia, SKMM dan pemilik hak cipta untuk menjejaki serta melumpuhkan jerung siber ini agar tindakan tegas dapat diambil ke atas mereka,” katanya.

Roslan turut mengingatkan semua agensi kerajaan melalui Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Keselamatan Komputer Malaysia (MyCert) supaya mengambil langkah berjaga-jaga serangan siber ke atas laman sesawang kerajaan selepas laman JWG dihalang akses.

“Ini adalah berdasarkan pengalaman pada tahun 2011 yang menyaksikan beberapa laman sesawang kerajaan digodam setelah 10 laman sesawang yang melanggar Akta Hakcipta 1987 dihalang akses,” katanya. – Bernama

.my DOMAIN REGISTRY kini dikenali sebagai MYNIC

Mynic

MYNIC logo original_1

.my DOMAIN REGISTRY merupakan penyedia domain .my yang banyak digunakan oleh laman-laman web popular di Malaysia seperti maybank2u.com.my,cimbclicks.com.my dan banyak lagi.

Untuk makluman semua,untuk memenuhi keperluan semasa dan pasaran. .my DOMAIN REGISTRY kini dikenali sebagai MYNIC.pihak MYNIC juga turut memperkenalkan logo baru mereka.MYNIC berazam untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan mereka serta memberi kepuasan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan mereka.

Sebarang pertanyaan boleh berhubungi terus kepada mereka di corpcom@mynic.my atau hubungi 03-8991 7272.

 

MYNIC Berhad (735031-H)             | Tel          : +603-8991 7272
Level 3, Block C                                | Fax          : +603-8991 7277
Mines Waterfront Business Park    | E-mail     : domreg@mynic.my (Registration)
No. 3, Jalan Tasik                             |                   billing@mynic.my (Billing)
The Mines Resort City                      | URL        : http://www.mynic.my
43300 Seri Kembangan                   | Work. Hr : 0830-1730MYT(Mon – Fri)
Selangor Darul Ehsan                     |

Mynic

Facebook Mula Kehilangan Pengguna

Facebook

facebook-front_1796837b

London: Facebook kehilangan jutaan pengguna setiap bulan dalam sesetengah pasaran utamanya di seluruh dunia, perkara itu didedahkan.

Data bebas daripada penganalisis di SocialBakers mengatakan laman rangkaian sosial itu sudah mencapai kemuncaknya, lapor akhbar The Guardian.

Pakar media baru, Ian Maude di Enders Analysis memberitahu akhbar itu:

“Ada faktor kebosanan di mana pengguna suka mencuba sesuatu yang baru. Adakah Facebook akan mengikut laluan Myspaces? Risikonya agak kecil, namun itu tidak bermakna ia tidak akan ke sana.”

Ramai pengguna meninggalkan Facebook dalam mencari alternatif seperti Path dan Instagram, yang dimiliki sendiri oleh Facebook setahun lalu.

Data itu mengatakan bahawa enam juta pengguna Amerika Syarikat meninggalkan tapak itu bulan lalu, ditambah 1.4 juta di United Kingdom.

Satu penurunan pengguna aktif turut dipantau di Kanada, Sepanyol, Perancis, Jerman dan Jepun.

Sejak enam bulan lalu, dikatakan hampir sembilan juta pengguna di Amerika dan dua juta di UK berhenti melayari Facebook.

Sementara itu, di sesetengah bahagian, Facebook masih mengalami satu peningkatan. – Agensi

Facebook

Senarai 50 Laman Web Proxy Untuk Anda | 2013

Proxy

proxy

 

Proxy mampu melindungi privacy anda anda sebagai pengguna internet,menyembunyikan ip address anda yang sebenar,bypass laman web yang diblock dan banyak lagi.Berikut merupakan senarai 50 laman web proxy untuk anda bagi tahun 2013 ini.

http://proxover.info
http://proxaway.info
http://outcastnet.info
http://obscuremy.info
http://notraced.info
http://not4youreyes.info
http://myhidden.info
http://maskmy.info
http://kickmeover.info
http://covermytrace.info
http://crumbledwall.info
http://proxystyle.info
http://dontlookmy.info
http://blindmy.info
http://1234proxysomemore.info
http://3365.info
http://unlockproxysites.info
http://unblockedfacebook.net
http://unblockingwebsite.com
http://unblockingyoutube.net
http://websiteproxysite.com
http://unblockingproxy.net
http://freeyoutubeproxy.net
http://proxies.stardoll-blog.de
http://3553.info
http://webproxieslist.info
http://everyproxies.info
http://bestwebproxies.info
http://00684.com
http://webescape.info
http://tubed.info
http://simplyproxy.info
http://secretmy.info
http://resetted.info
http://quitmynet.info
http://proxyescape.com
http://howto9.com
http://2f33.com
http://3313.info
http://od-msk.info
http://zyx.proxmachine.com
http://proxyeasy.info
http://6proxy.in
http://3368.info
http://school.unblock4ever.com
http://yoursurfer.info
http://passload.org
http://sp2.yooter.org
http://0270.org
http://dirhide.info

Proxy

Info ini menarik? Jangan lupa ucap terima kasih 😛

PDRM TUBUH PELAN TINDAKAN MULTIMEDIA PANTAU PERANG SIBER PRU-13

Perang Siber

perang siber

Kuala Terengganu, 16 April – Polis Diraja Malaysia (PDRM)
menubuhkan pasukan pelan tindakan multimedia bersepadu bagi menangani penyebaran artikel dan sebarang bentuk fitnah melalui blog dan sumber multimedia.

Pegawai Penyelaras PRU13 Kelantan dan Terengganu Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata pasukan itu sudah pun beroperasi bagi memantau penyebaran berita menerusi laman sosial yang tidak benar dan boleh menimbulkan kekecohan.

Beliau berkata banyak laporan diterima dan tindakan juga sudah diambil ke atas individu yang cuba menyebarkan berita yang boleh mencetuskan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

“Wadah blog adalah antara medan bagi individu ini menimbulkan kekecohan, dan kita sentiasa memantau mereka yang cuba mencetuskan kekeliruan dan menyampaikan berita yang tidak sahih.

“Kita tidak mengira mereka dari parti politik mana kita tetap akan mengenakan tindakan ke atas individu terbabit,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Noor Rashid yang turut mengulas penyebaran video seks yang didakwa membabitkan seorang ahli politik baru-baru ini, berkata perkara itu adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Sementara itu, beliau berkata PDRM akan meningkatkan kawalan dan rondaan di 63 kawasan panas di Terengganu, termasuk di Kuala Terengganu dan Marang, dua kawasan panas yang sering tercetus insiden kekecohan dan pergaduhan. BERNAMA

Perang Siber