Perkakasan Komputer

“Habuk” Yang Mampu Merosakkan Laptop Anda!

20141112154451

Sebuah laptop berisiko untuk rosak lebih cepat jika anda tidak mengambil peduli mengenai aliran udara yang terdapat pada laptop anda.

Tanpa kita sedari,habuk di sekeliling kita mampu menyebabkan aliran udara pada laptop anda terutamanya pada bahagian kipas tersekat dan akan menyebabkan aliran udara pada laptop tersebut tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.

Salah satu tanda laluan udara pada laptop anda mula tersekat ialah,anda dapat berasa laptop anda semakin panas terutamanya pada bahagian badan laptop tersebut.

Jika masalah ini berterusan,lama-kelamaan perkara ini akan menyebabkan peralatan laptop anda mengalami kerosakan terutamanya bahagian PAPAN INDUK @ MOTHERBOARD.

Apa Yang Anda Perlu Lakukan Bagi Mengelak Masalah Ini Berlaku Pada Masa Akan Datang?
Jika laptop anda telah melebihi 2 – 3 tahun, ataupun berisiko terdedah dengan kawasan berhabuk setiap hari,Admin syorkan,hantar laptop anda ke kedai-kedai komputer yang berdekatan dan minta mereka untuk pembersihan bahagian ini.

Kebiasaannya,kos untuk perkhidmatan seperti ini lebih kurang RM50 – RM150 untuk satu laptop.

© 2015, khairilizwan. All rights reserved.

Previous ArticleNext Article
Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Network".Antara perkhidmatan yang ditawarkan Khaiz Network ialah perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online,sewaan domain & hosting,personal coaching,seminar,perkhidmatan video & gambar untuk perkahwinan,perkhidmatan hotspot dan banyak lagi.

Leave a Reply