Internet Marketing

Jutawan Internet pernah dihalau

Ammar Zahar

Ammar Zahar

Meraih pendapatan sehingga lima angka bukanlah sesuatu yang pernah dimimpikan jejaka ini yang mempunyai pendidikan berbeza dengan kerjayanya sekarang.

Lahir daripada keluarga yang susah, Muhammad Ammar Zaharudin bersikap optimis dalam mencari peluang bagi menampung keperluannya sewaktu belajar di universiti.

Mengingati kepayahan dulu, segala-galanya bermula sewaktu dia belajar di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2006.

“Saya ditawarkan kursus senibina landskap. Seperti bidang pengajian lain, ia memerlukan pelbagai perbelanjaan bagi memenuhi syarat lulus akademik.
“Meskipun menerima pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), masih tidak mampu menampung pembelajaran apatah lagi perlu membeli peralatan set melukis, set mewarna, mencetak pelan atau mengikuti lawatan sambil belajar.
“Bayangkanlah, dengan keadaan ibu bapa yang hanya berniaga secara kecil-kecilan, pasti sukar menampung pengajian saya dan kakak di universiti, adik-adik pula masih kecil dan bersekolah,” katanya.

Kekangan ekonomi mendorong pemuda berusia 26 tahun ini mencuba pelbagai cara mendapatkan wang sampingan bagi meringankan beban keluarganya.

“Setiap kali cuti semester, Sabtu dan Ahad, saya habiskan masa dengan mencari pelanggan.

“Perniagaan pertama bermula dengan menjual tali pinggang, cermin mata, pen, tali leher dan buku secara langsung sama ada di gerai makan atau tepi jalan.

“Malah, saya pernah dihalau pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana berniaga di tempat meletak kenderaan di depan sebuah pusat membeli-belah dan berniaga tanpa lesen di pasar malam,” katanya.

Risau dengan keadaan dirinya yang tidak mampu mengurus masa antara belajar dan mencari wang bagi menampung pelajaran, dia mula mengikuti satu seminar laman web.

“Ilmu yang diperoleh membolehkan saya menawarkan perkhidmatan membina laman web selain membuat logo, mereka bentuk grafik dan mengemas kini laman web.

“Untuk memperkenalkan servis ini, saya lakukan secara manual iaitu bergerak dari satu pejabat ke kedai dengan harga serendah RM299. Dalam sebulan, dapatlah seorang dua pelanggan,” katanya.

Mesra dipanggil Ammar, dia mula mendalami ilmu Internet selepas mendapat idea menjual produk di Internet.

Bermula dengan menjual bahan grafik sedia ada, dia berjaya menjana RM1,000 dalam masa seminggu yang hanya meng-gunakan kos berjumlah RM100.

Rentetan itu, dia memperkenalkan produk sendiri seperti Duit Mania, kahwina, Strategi Wang!, Sukses Mania, Affiliate A+ dan Farm Ville Game Cheat.

Konsep awal adalah menjurus kepada paparan dan maklumat media iaitu produk informasi yang dijual di Internet dalam bentuk ‘banner’ yang memaparkan iklan dari pelbagai syarikat.

Ketika itu, lebih 100 produk informasi terjual di Internet yang mewakili pelbagai syarikat makanan, perkhidmatan, pelaburan, kewangan, motivasi dan permainan atas talian atau ‘online’.

Berganding bahu bersama isteri tersayang, Leedya Syariza Azman, 26, mereka memperkenalkan Jootawan Group, namun ia sebenarnya beroperasi dari Ammar Zahar Sdn Bhd sejak 2011.

“Masyarakat mengenali saya melalui perniagaan Internet dan e-buku yang dipasarkan di seluruh dunia sejak 2008.

“Untuk langkah seterusnya, saya memulakan operasi Jootawan secara fizikal dalam bentuk seminar, motivasi, jualan buku dan ‘compact disc’ (CD), pe-ngiklanan dan penerbitan majalah,” katanya.

Menariknya, seminar yang dianjurkan tidak terhenti di situ kerana dia turut membuka peluang kepada orang ramai yang ingin mengikuti kelas khas.

“Seminar saya me-nyediakan perkhidmatan dalam pelbagai bidang seperti hartanah, perniagaan Internet, sumber manusia dan perniagaan emas.

“Laman web e-dagang turut dibangunkan bagi memudahkan urusan antara pelanggan dan penganjur seminar selain memperkenalkan sistem Aztetic yang lebih memudahkan transaksi pembayaran,” tambahnya.

Meniti kepayahan dulu, dia suka untuk mengingat-kan diri dan keluarganya agar sentiasa bersyukur dengan kejayaan hari ini.

Dia merasa bertuah kerana kejayaan ini mendapat sokongan keluarga, malah ibu dan bapanya turut mengembangkan perniagaan pakaian di Facebook hasil dari pemantauannya.

Pada masa yang sama, dia turut membangunkan Apeje iaitu sebuah laman bercirikan perniagaan atau ‘social commerce’.

Berkonsepkan perniagaan atas talian, ia adalah laman khas dibuka untuk penjual dan pembeli yang lebih ke arah profesional.

“Konsep stor di alam maya ini tidak memerlukan peniaga mempu-nyai laman webnya sendiri, membolehkan ia mempunyai pengikut dan mudah diuruskan sendiri oleh peniaga.

“Kami belum melancarkan laman Apeje secara rasmi malah tidak dibuka kepada orang ramai memandangkan masyarakat tempatan masih bergantung dengan laman Facebook untuk meng-iklankan perniagaan.

“Akan tiba satu ketika laman Apeje digunakan secara meluas dan diperkenalkan kepada umum bagi membantu masyarakat tempatan meluaskan perniagaan dengan mudah di alam maya,” katanya mengakhiri perbualan kami.

Sumber : myMetro

Ammar Zahar

© 2013, khairilizwan. All rights reserved.

Previous ArticleNext Article
Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Network".Antara perkhidmatan yang ditawarkan Khaiz Network ialah perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online,sewaan domain & hosting,personal coaching,seminar,perkhidmatan video & gambar untuk perkahwinan,perkhidmatan hotspot dan banyak lagi.

Leave a Reply