Apple & OSX, Linux & Sumber Terbuka, Perisian Komputer

Kompozer,Perisian Penyuntingan HTML Terbaik!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pernahkah anda menggunakan perisian Kompozer? Kompozer merupakan perisian penyuntingan HTML WYSIWYG yang cukup popular digunakan oleh pembangun web.Kompozer pertama sekali dikeluarkan pada sekitar tahun 2006.

Perisian Kompozer ini bukan sahaja boleh dipasang pada sistem operasi Linux tetapi juga boleh dipasang pada sistem operasi Windows dan juga Mac OS X.Kompozer juga merupakan perisian Sumber Terbuka dan anda boleh menggunakan perisian tersebut tanpa perlu membelinya.Perisian ini juga merupakan perisian alternatif yang terbaik menggantikan perisian berbayar serupa yang popular iaitu Adobe Dreamweaver.Selain itu,perisian Kompozer ini juga adalah lebih ringan daripada perisian Adobe Dreamweaver.

Berikut merupakan tarikh pengeluaran/kemaskini perisian ini :

Versi 0.71, dikeluarkan pada 8 Julai, 2006.
Versi 0.75, dikeluarkan pada 14 Julai, 2006.
Versi 0.77, dikeluarkan pada 23 Julai, 2006.
Versi 0.79, dikeluarkan pada 14 Julai, 2007.
Versi 0.7.10 Akhir, dikeluarkan pada 8 Ogos, 2007.

Versi stabil terkini perisian ini ialah 0.7.10 yang direalisasikan pada 30 ogos 2007.

Jika anda berminat,anda boleh muat turun perisian kompozer ini secara percuma di : http://kompozer.net/download.php

 

© 2011, khairilizwan. All rights reserved.

Previous ArticleNext Article
Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Network".Antara perkhidmatan yang ditawarkan Khaiz Network ialah perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online,sewaan domain & hosting,personal coaching,seminar,perkhidmatan video & gambar untuk perkahwinan,perkhidmatan hotspot dan banyak lagi.

Leave a Reply