Perisian Komputer

Masalah Tiada Bunyi Pada Perisian Winamp Ketika Dipasang

Winamp

Winamp

Assalamualaikum & salam sejahtera,pada post kali ini [cekapkomputer.com],saya ingin berkongsi kepada anda satu artikel iaitu bagaimana menyelesaikan masalah tiada bunyi pada perisian Winamp anda ketika anda memasang fail Mp3 anda pada perisian Winamp tersebut.

Mungkin anda pernah mengalami masalah berikut iaitu perisian Winamp anda tidak mengeluarkan bunyi ketika dipasang namun jika anda memasang fail-fail berformat Mp3 pada perisian alternatif lain selain Winamp,perisian tersebut dapat memasang fail tersebut dan tiada masalah bunyi tidak dikeluarkan.

Baiklah jika anda mengalami masalah tersebut,tidak perlu risau…anda mungkin boleh mencuba tutorial berikut.

 

1 . Pertama sekali,masuk ke sistem regedit anda.Caranya klik pada butang Start Menu(dalam contoh gambar di bawah,saya menggunakan Windows 7 bertemakan Klasik) komputer anda kemudian pada bahagian search taip regedit kemudian enter.  [cekapkomputer.com]

 

 

 

2.Kemudian masuk ke dalam HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Internet Explorer\LowRegistry\Audio\PolicyConfig\PropertyStore\ .

 

3. Selepas itu,pada folder PropertyStore ,tekan CTRL + F pada papan kekunci anda dan kemudian,masukkan “winamp” pada ruangan kosong “Find what:” (rujuk gambarajah). [cekapkomputer.com]

 

 

4. Kemudian delete kesemua item-item yang dijumpai berkaitan winamp menggunakan kaedah pada Langkah 3.

 

Semoga berjaya!

Winamp

© 2011 – 2012, khairilizwan. All rights reserved.

Previous ArticleNext Article
Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Network".Antara perkhidmatan yang ditawarkan Khaiz Network ialah perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online,sewaan domain & hosting,personal coaching,seminar,perkhidmatan video & gambar untuk perkahwinan,perkhidmatan hotspot dan banyak lagi.

Leave a Reply