Tutorial,Tips & Trik Komputer

Install Perisian Whatsapp Pada Komputer Anda

z132

Dalam artikel sebelum ini,anda telah diajar cara untuk menggunakan Whatsapp pada komputer anda.Namun apa yang lecehnya,anda harus membuka pelayar web anda terlebih dahulu untuk menggunakan Whatsapp.

Kini anda tidak perlu risau lagi,anda boleh memasang terus perisian Whatsapp tersebut ke dalam komputer anda!

Kebanyakkan daripada kita mula menggunakan Whatsapp untuk keperluan harian ketika menghubungi seseorang dan tidak kurang juga untuk mereka yang bergelar usahawan.Aplikasi Whatsapp menjadi salah satu aplikasi penting yang perlu ada pada telefon pintar anda.

Untuk memasang perisian Whatsapp terus ke dalam komputer anda.
1- Pertama sekali,layari https://www.whatsapp.com/download.
2 – Kemudian,download perisian Whatsapp versi komputer yang sesuai untuk sistem operasi anda.
download-whatsapp
3- Install perisian tersebut seperti biasa.
4 – Kemudian,untuk login anda harus “scan” code bar yang diberikan melalui telefon pintar anda.
web-Whatsapp
Anda boleh rujuk artikel sebelum ni http://cekapkomputer.com/terkini-cara-menggunakan-whatsapp-pada-komputer-anda/

Baiklah kita jumpa lagi pada tutorial akan datang! 🙂

#cekapkomputer

© 2016, khairilizwan. All rights reserved.

Previous ArticleNext Article
Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Network".Antara perkhidmatan yang ditawarkan Khaiz Network ialah perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online,sewaan domain & hosting,personal coaching,seminar,perkhidmatan video & gambar untuk perkahwinan,perkhidmatan hotspot dan banyak lagi.