Pembangunan Web

Menyelesaikan Masalah session.php on line 11 Pada OpenCart

Session_start();

Assalamualaikum & salam sejahtera,salam Cekap Komputer kepada semua rakan-rakan pembaca blog Cekap Komputer.Pada tutorial kali ini,saya akan menunjukkan kepada anda cara bagaimana menyelesaikan masalah “error” yang kelihatan pada kedai online OpenCart anda.

OpenCart merupakan salah satu sistem kedai online yang amat popular digunakan oleh pembangun web termasuk saya sekali.Ini kerana OpenCart amat mudah digunakan dan mesra pengguna.Dan yang lebih menarik OpenCart adalah sebuah sistem perisian sumber terbuka (Open Source).

Baru-baru ini,terdapat 1 masalah yang timbul pada laman web opencart pelanggan saya dan mesej error seperti ini dipaparkan :

Warning: session_start(): open(/tmp/sess_kjrl1192m******, O_RDWR) failed: Permission denied (13) in *****/public_html/system/library/session.php on line 11

Mula-mula agak pening juga menyelesaikan masalah ini.Dah beberapa kali cuba bertanya pada pak cik Google tetapi masih buntu mencari jawapan penyelesaiannya.

Dan hasil kesabaran yang tinggi dan melampau,akhirnya saya berjaya menghilangkan mesej error tersebut dengan membuat beberapa modifikasi pada hosting saya.(Jika anda kurang masih dalam bab-bab mengacau tetapan hosting server anda sila hubungi pihak penyedia hosting untuk menyelesaikan masalah ini!).

Baiklah mari kita mulakan.

1 – Pertama sekali,buat satu folder bernama “tmp” melalui hosting anda pada public_html dan set permission kepada 777.

session_start();

 

2 – Kemudian,buka fail session.php yang terletak pada system/library/session.php.

3 – Selepas itu,tambahkan “ini_set(‘session.save_path’, ‘tmp’);” sebelum baris session_start(); .

tmp2

4 – Setelah selesai,save fail yang anda telah ubahsuai sebentar tadi.

5 – Dan anda akan dapat lihat masalah error tersebut tidak lagi dipaparkan pada kedai online OpenCart anda! 🙂

Selamat Mencuba

Session_start();

© 2014, khairilizwan. All rights reserved.

Previous ArticleNext Article
Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Network".Antara perkhidmatan yang ditawarkan Khaiz Network ialah perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online,sewaan domain & hosting,personal coaching,seminar,perkhidmatan video & gambar untuk perkahwinan,perkhidmatan hotspot dan banyak lagi.

Leave a Reply