Mini Web Usahawan

Perkhidmatan Jaring Ditamatkan Bermula 22/8/2015

Jaring

jaring

Jika kita lihat hari ini,mungkin generasi muda masa kini tidak mengetahui mengenai JARING ini ataupun langsung tidak menyedari mengenai kehadiran JARING yang merupakan syarikat penyedia perkhidmatan internet pertama di Malaysia dan bermula 22/8/2015 ini,perkhidmatan JARING ditamatkan.

Oleh sebab saya malas nak huraikan panjang mengenai sejarah JARING ni,ni saya ambil dari salah satu blog.

Sejarah Internet di malaysia

Kewujudan internet di negara ini bermula apabila Rangkaian Komputer Malaysia (Rangkom) diwujudkan pada tahun 1987. Sungguhpun demikian, MIMOS yang ditubuhkan pada tahun 1985 telah memainkan peranan penting dalam merealisasikan perkhidmatan internet kerana projek RangKom terbesar menjadi projek “Joint Advanced Research Integrated Network” atau dikenali sebagai rangkaian bersepadu “JARING” pada taun 1991. Projek ini mempromosikan pertukaran maklumat dan pembangunan pangkalan data melalui capaian internet dengan kos yang tidak membebankan.

Negara kita memasuki era internet apabila JARING menjadi Internet Service Provider (ISP) yang pertama, diikuti oleh TMNet sebagai ISP kedua pada tahun 1996, MAXIS, ISP ketiga dan Time Telekom dan ISP keempat pada tahun 1999. Dianggarkan pada bulan November tahun 1999 terdapat hampir 630,000 orang pelanggan internet di Malaysia dan meningkat ke 1,157,384 orang pada tahun 2000 (Malaysia, 2001). Internet terus berkembang di negara ini bukan sahaja daripada peningkatan capaian oleh orang ramai, malah dari segi teknologi dalam pendidikan juga mengaplikasikan teknologi ini.

Pada tahun 2007, Telekom Malaysia Bhd (TM) dan Verizon Business hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) bagi meninjau kemampuan menubuhkan Hab Internet Protokol (IP) Malaysia. MOU ini menyokong agenda kebangsaan Malaysia bagi membolehkan syarikat-syarikat Malaysia memanfaatkan kemampuan komunikasi IP termaju. Melalui perjanjian ini membolehkan Malaysia sebagai hab Internet rantau Asia-Pasifik, untuk syarikat-syarikat dalam negara mendapat manfaat daripada perkhidmatan IP tempatan. Dengan penubuhan hab tersebut bersama Verizon Business, syarikat-syarikat milikan asing dan tempatan yang berada di Malaysia berpeluang menggunakan teknologi rangkaian IP termaju serta membuat persediaan untuk perkhidmatan komunikasi masa depan. Ini adalah kerana Rangkaian IP Verizon Business adalah salah satu rangkaian IP terbesar dan paling disegani dalam industri dan salah satu daripada syarikat rangkaian Tahap-1 yang paling tersohor di dunia. Ini terdiri daripada 3 angka utama Sistem Autonomous (AS), iaitu AS701 untuk rangkaian IP Amerika Utara, AS702 untuk rangkaian IP Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA) dan AS703 untuk rangkaian IP Asia Pasifik (APAC).

Perkongsian ini akan menghasilkan penjimatan kos yang signifikan bagi TM dan Pembekal Khidmat Internet (ISP) lain kerana pertanyaan dan lalu-lintas Internet hanya terbatas dalam negeri. Selain itu, pengguna Internet mampu mengakses tapak web antarabangsa dengan lebih cepat. Di samping itu, permuafakatan ini akan membuka ruang baru dalam perkongsian laluan Internet ke Malaysia oleh para pembekal ISP Tahap-1 seperti dari Korea, Jepun, China dan India , sekali gus memantapkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab IP utama di rantau ini dengan kemampuan setanding negara-negara yang telah terlebih dahulu menempa nama di rantau ini. Kepesatan penggunaan internet yang berkadaran dengan komputer telah meningkat dari setiap tahun di seluruh dunia.

Sumber : http://mayamasturah.blogspot.com/2010/03/sejarah-internet-di-malaysia.html

1511

Mereka yang sempat melalui zaman kegemilangan JARING ni,tentu sahaja teringat kenangan “manis” ketika melayari internet.

jaring-tutup

Sudah tentu berita perkhidmatan Jaring ditamatkan ini,sedikit sebanyak memberi satu kesedihan di hati para pengguna-pengguna internet awal 90an.

Ini pula sedikit kenangan yang diambil dari facebook pengasas JARING,tuan Mohamed Awang Lah :

JARING Dalam Kenangan (Bahagian 1)

1. Gambar terkembar membawa seribu kenangan.

2. Inilah komputer pertama yang diguna untuk memulakan perkhidmatan Internet di Malaysia sebelum JARING dilancarkan – bermula sekitar 1986. VAX750 – kuasanya jauh lebih rendah berbanding telefon bimbit sekarang. Di tengah adalah dua buah hard disk (tak ingat kapasitinya) dan yang kanan ialah pemacu pita setengah inci. Gambar diambil sekitar tahun 1989/1990 selepas MIMOS berpindah ke Exchange Square, Jalan Semantan.

3. Komputer model sama saya guna semasa mula belajar teknologi dan mencuba Internet di Universiti Malaya mulai tahun 1983 sebelum berpindah ke MIMOS pada hujung tahun 1984. MIMOS ditubuhkan secara rasmi pada awal tahun 1985.

4. Kita menggunakan protokol UUCP untuk bertukar emel dan Usenet (kumpulan perbincangan – Newsgroup). TCP/IP belum boleh diguna. Belum ada web, jauh sekali facebook. Nama rangkaian pada masa itu ialah RangKoM (Rangkaian Komputer Malaysia).

5. Terdapat sebuah lagi komputer (work station, semasa di Jalan Kerja Ayer) yang lebih kecil di guna untuk mendail ke luar negara dengan modem berkelajuan 1,200 / 2,400 bps. Biasanya kita dail 2 atau 3 kali sehari. Tidak lama kemudian kita guna modem berkelajuan sehingga 16.8 kbps tetapi sukar dapat sambungan melebihi 2,400 bps. Tidak ada talian tetap sehingga bulan November tahun 1992. Lihat gambar satu lagi yang memaparkan nod di luar negara yang menjadi rakan MIMOS.

6. Sekitar tahun 1990, bila bil telefon mencecah RM10,000 sebulan, kita mula “download” Usenet mengguna pita magnet yang diposkan dari Amerika Syarikat setiap dua minggu. Kandungan pita di muatkan ke dalam komputer VAX750 untuk diedarkan kepada pengguna di Malaysia melalui talian dail atau tetap.

7. Pada penghujung era ini, terdapat lebih kurang 1,000 komputer (kebanyakannya PC) menggunakan RangKoM di seluruh negara.

8. Talian tetap menggunakan satelit berkelajuan 64 kbps dipasang pada bulan November 1992 – JARING bermula.

Walau perkhidmatan JARING ditamatkan,JARING tetap berada di hati kami… 🙂

Jaring

© 2015, khairilizwan. All rights reserved.

Add a Comment