Internet Marketing

Perlukah Menambah Peminat (Fans) di Facebook?

Facebook

facebook

Facebook semakin menjadi kegilaan dan minat orang kita masa kini, seolah-olah ia menjadi sebahagian daripada hidup kami. Ada yang merasakan tidak sempurna hidup seharian mereka jika tidak dapat melayari Facebook walau sekali sehari.

Dengan fenomena yang semakin hangat ini, kita sebagai usahawan sudah tentu mahu memanfaatkan Facebook sebagai medium pemasaran kita. Di Facebook, cara terbaik membina nama dan perniagaan, adalah dengan membina Fanpage sendiri. Tiada kos diperlukan untuk membuat sendiri. Ia boleh dihasilkan dalam beberapa minit sahaja.

Cuma persoalannya, bagaimana memastikan Fanpage kita dalam menarik seramai mungkin peminat? Jumlah peminat boleh dinilai berdasarkan jumlah orang yang LIKE Fanpage kita. Secara automatik, mereka akan sentiasa diberi notifikasi dengan mesej-mesej yang kita kemaskini setiap hari.

Pentingnya teknik ini, bagi memudahkan kita mempromosi produk mahupun membina kredibiliti dalam sesuatu bidang. Saya cuba gariskan di sini 3 cara membina kredibiliti dan membina keuntungan pasif sepanjang masa dengan cara kemaskini mesej yang betul di Fanpage.

Cara #1 : Sentiasa kemaskini mesej dengan informasi baru berkenaan dengan produk dan perkhidmatan. Cukuplah dengan 2-3 ayat asalkan ia memberikan kesedaran dan maklumat berguna kepada para peminat anda. Dengan cara ini, anda akan dilihat sebagai pakar walaupun anda bukannya kelulusan PhD. Mereka tidak mahu anda terlalu sempurna, tetapi cukuplah dengan memberikan maklumat berharga kepada mereka. Mereka akan terus menghargai dan mengikuti perkembangan anda.

Cara #2 : Selalu menawarkan kupon dan diskaun dari semasa ke semasa dalam tempoh masa yang terhad. Dengan cara ini, mereka akan sentiasa ternanti-nanti kupon dan diskaun yang anda bakal tawarkan dan sekaligus menggalakkan mereka menggunakan produk dan perkhidmatan anda. Ia memang berkesan dari dulu sampai sekarang.

Cara #3 : Cuba kerapkan berinteraksi dengan para peminat anda, supaya mereka suka bersosial dengan anda. Jangan jadikan fanpage anda seperti robot atau perniagaan yang tidak mesra dengan bakal pelanggan anda. Selalu memberikan komen dan respon terhadap pertanyaan mereka adalah cara terbaik meraih populariti dalam sesuatu niche.

Namun, hakikatnya, 3 cara terbaik yang saya sarankan di atas, tidak akan berjaya jika anda sendiri tidak dapat menambah jumlah LIKE di Fanpage anda. Semakin banyak para peminat Fanpage anda, semakin cepat perniagaan anda akan berkembang sehingga ke tahap yang anda sendiri akan terkejut.

Walaupun keuntungan bukanlah matlamat utama, namun apa yang penting keuntungan akan datang dengan sendirinya jika anda mengamalkan 3 cara di atas dan anda sendiri serius dalam menambah jumlah peminat dan LIKE anda.

Untuk mengetahui cara-cara menambah jumlah LIKE dan peminat di Fanpage anda, saya cadangkan anda dapatkan panduan sebenar di http://goo.gl/qnPJT . Ini kerana panduan ini mendedahkan pengalaman sebenar penulis bagaimana beliau memperolehi 60,000 LIKE di Fanpage beliau hanya dalam masa 2 MINGGU sahaja dengan menggunakan teknik-teknik yang telah terbukti berkesan. Sekali lagi, boleh dapatkan di http://goo.gl/qnPJT .

Layari,

http://goo.gl/qnPJT

Facebook

© 2012, khairilizwan. All rights reserved.

Previous ArticleNext Article
Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Network".Antara perkhidmatan yang ditawarkan Khaiz Network ialah perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online,sewaan domain & hosting,personal coaching,seminar,perkhidmatan video & gambar untuk perkahwinan,perkhidmatan hotspot dan banyak lagi.

1 Comment

  1. hi..saya berminat nak beli ebook joomla..boleh mintak kurangkan harganya??tq

Leave a Reply