Save & Tonton Kemudian Video Di Facebook Yang Anda Inginkan!

Facebook

Jika kita lihat di laman sosial facebook,ramai rakan-rakan facebook kita berkongsikan video-video yang menarik kepada kita..Dan kadangkala kita tidak sempat untuk menonton video tersebut.

Usah risau! Terbaru,facebook telah menambah satu lagi fungsi terbaru iaitu anda boleh save video yang anda ingin tonton dan menontonya kemudian!

facebook

Apabila seseorang rakan anda share video di dalam facebook,anda boleh klik pada simbol anak panah di tepi status tersebut,dan anda akan dapat lihat akan ada pilihan “Save [tajuk video]”.Anda hanya perlu klik pada butang tersebut.

 

Screen Shot 2015-02-08 at 4.25.40 PM

Kemudian,video tersebut akan ditambah ke satu halaman baru iaitu “Saved Videos“.

 

Screen Shot 2015-02-08 at 4.30.52 PM

Kemudian di ruangan tepi sidebar facebook anda,anda akan dapat lihat satu butang halaman “Saved“.

 

Screen Shot 2015-02-08 at 4.31.00 PM

Dan anda akan dapat lihat,video-video yang anda inginkan telah diletakkan di dalam halaman tersebut.Jadi anda boleh menontonnya kemudian!

Facebook

FB Messenger untuk Windows Phone

Facebook

facebook

Selepas beberapa ketika, pengguna Windows Phone kini mendapat satu lagi manfaat apabila Facebook memperkenalkan aplikasi Facebook Messenger terus ke platform terbabit yang menyokong aktiviti sembang.

Facebook Messenger bertindak seakan Whatsapp, namun pengguna tidak perlu membayar yuran tahunan.
Antara ciri diperkenalkan termasuk membaca mesej tanpa perlu membuka aplikasi Facebook dan menariknya penggunaan pelekat digital berwarna-warni dengan ikon yang cantik yang boleh dihantar kepada orang lain.

Selain itu, ia juga memungkinkan sembang secara berkumpulan untuk perbualan lebih hangat atau bergosip.

Sama seperti Whatsapp, pengguna juga mampu melihat sekiranya individu lain sudah memperoleh mesej anda atau tidak apabila ia turut ditandakan.

Sumber : Hmetro

Facebook

Tonton Video Facebook Anda Melalui Facebook : A Look Back

A Look Back

a look back

Sudah tentu banyak sekali pengalaman anda bersama akaun facebook anda.Tidak kira pahit,manis,suka & duka dan macam-macam lagi…

Bagaimana jika moment-moment menarik ini dihimpunkan dalam bentuk video?

Kini dengan menggunakan “A Look Back” dari Facebook,anda akan dapat lihat video facebook secara PERCUMA! Video yang mengambil masa 1 minit 02 saat itu akan memaparkan moment2 penting di dalam facebook anda dlm tempoh 3 tahun lepas.

Tidak sabar untuk menonton video anda sendiri? layari https://www.facebook.com/lookback/

 

A Look Back

Facebook Mula Kehilangan Pengguna

Facebook

facebook-front_1796837b

London: Facebook kehilangan jutaan pengguna setiap bulan dalam sesetengah pasaran utamanya di seluruh dunia, perkara itu didedahkan.

Data bebas daripada penganalisis di SocialBakers mengatakan laman rangkaian sosial itu sudah mencapai kemuncaknya, lapor akhbar The Guardian.

Pakar media baru, Ian Maude di Enders Analysis memberitahu akhbar itu:

“Ada faktor kebosanan di mana pengguna suka mencuba sesuatu yang baru. Adakah Facebook akan mengikut laluan Myspaces? Risikonya agak kecil, namun itu tidak bermakna ia tidak akan ke sana.”

Ramai pengguna meninggalkan Facebook dalam mencari alternatif seperti Path dan Instagram, yang dimiliki sendiri oleh Facebook setahun lalu.

Data itu mengatakan bahawa enam juta pengguna Amerika Syarikat meninggalkan tapak itu bulan lalu, ditambah 1.4 juta di United Kingdom.

Satu penurunan pengguna aktif turut dipantau di Kanada, Sepanyol, Perancis, Jerman dan Jepun.

Sejak enam bulan lalu, dikatakan hampir sembilan juta pengguna di Amerika dan dua juta di UK berhenti melayari Facebook.

Sementara itu, di sesetengah bahagian, Facebook masih mengalami satu peningkatan. – Agensi

Facebook

Facebook Berwajah Baru! (April 2013)

Facebook Berwajah Baru

Assalamualaikum rakan pembaca semua,nampaknya antaramuka facebook berubah lagi.kali ini penulis lihat lagi kemas dan menarik.

Pihak facebook akan menawarkan anda untuk bertukar ke wajah baru ini secara berperingkat jadi tunggu dan lihat saja ya 🙂

Facebook berwajah baru

2

3

4

5

6

7

8

# Bagi mereka yang dah pun bertukar ke facebook berwajah baru ini,apa kata anda?
# Nak jadi rakan fb admin? add sini k… http://www.facebook.com/khairilizwan89

Facebook Berwajah Baru

Tips Menjana Pendapatan 4 angka Melalui Facebook Menggunakan Viral Samurai X!

Salam sejahtera dan salam ceria,

Pada masa kini,facebook telah menjadi medium pemasaran yang sangat popular.

Mahukah anda jika saya kongsikan cara bagaimana nak menjana pendapatan pula?

Jika anda betul-betul nak menjana pendapatan menerusi internet dan facebook marketing, saya pasti artikel kali ini sangat bermanfaat untuk anda..

Pertama- Buat Duit Dengan Menjual Produk:
Jika anda sudah mempunyai perniagaan/produk yang ingin di jual,facebook adalah salah satu tempat yang wajib anda gunakan sebagai medium pengiklanan. Anda boleh jual tudung, baju, alat kecantikkan,minuman diet, teddy bear, ebook, al-guran digital dan sebagainya.Pelbagai cara sebenarnya yang boleh dilakukan untuk menjana pendapatan.

Kedua- Buat Duit Sebagai Agen.

Tak semua dari kita yang memiliki modal untuk memulakan perniagaan.Rungutan yang seringkali didengar ialah, “saya tiada modal” ,”saya tiada produk nak jual” dan sebagainya.

Tahukah sahabat, kalau kita tiada modal atau produk, kita masih lagi boleh buat duit. Caranya ialah mendaftar sebagai agen
dan memasarkan produk. Ada yang free dan ada yang dikenakan sedikit yuran pendaftaran.

Kemudian, kita promosikan produk tersebut dan jana komisyen dari setiap jualan. Komisyen pula anda yang sekitar 10% hingga 50%.. Affiliate adalah contoh terbaik buat duit tanpa modal kerana ianya boleh dimulakan percuma sahaja… 🙂


Ketiga- Buat Duit Dengan Applikasi.

Satu cabang baru yang masih belum diterokai sepenuhnya dan mempunyai potensi pendapatan yang cukup lumayan. Bagi mereka yang mahir membangunkan applikasi di facebook, ia mampu memberi pulangan yang cukup lumayan.

Sekiranya sahabat tahu cara nak bangunkan sesebuah applikasi, anda boleh menjana pendapatan melalui pengiklanan, perkhidmatan membangunkan applikasi dan banyak lagi sebenarnya..

Tahukah anda, mereka yang mempunyai pengetahuan dalam membangunkan applikasi mampu menjana RM 3,500 sebulan?? (saya dah bocorkan rahsia mereka untuk anda) heheh..

“Tapi bagaimana nak bangunkan applikasi, susah ke?”

Susah kalau tak tahu.. Tapi kalau tahu, mudah je..:) Viral Samurai X sangat sesuai untuk anda kerana ianya amat lengkap
untuk membantu anda belajar cara membangunkan applikasi..

===============
http://bit.ly/QFq3YX

===============

Bukan itu sahaja, tapi yang paling menarik sekali tentang Viral Samurai X ni, ianya adalah satu teknik rahsia bagaimana untuk membantu anda mendapatkan bilangan fan dan like yang banyak dan ekstreme dalam masa yang cukup singkat!

Untuk mendapatkan 10K hingga 100K fan adalah sangat mudah dengan menggunakan teknik rahsia ini! Malah ada yang menjangkau jutaan fans! Fuhh supaa pawaa.. .:)

 

===============
http://bit.ly/QFq3YX

===============
Jika anda serius untuk mendapatkan kebanjiran fan dan like yang banyak dalam masa yang singkat secara drastic, saya amat
syorkan anda mendapatkannya sekarang..

Malah diajar juga banyak teknik nak menjana pendapatan melalui pembangunan applikasi ini..

Saya amat rekomenkan anda untuk mendapatkannya dan ada akan tahu nanti bagaimana rahsianya menjana pendapatan RM 2,500 – RM 3,500 sebulan.. 🙂

 

Info lanjut layari :

http://bit.ly/QFq3YX

Facebook mampu undang ketagihan

Facebook

STOCKHOLM – Laman sosial Facebook dipercayai mendatangkan ketagihan dan pengguna yang menghabiskan masa dengannya bakal mengalami kurang keyakinan dalam kehidupan.

Pakar di Universiti Gothenburg, Sweden, memberitahu, kebanyakan pengguna log masuk sebaik sahaja mereka menghidupkan komputer, sekali gus bertukar kepada ketagihan.

Kumpulan individu berpendapatan rendah dan kurang pendidikan adalah golongan berisiko tinggi dengan situasi ini.

Sehingga kini, kajian mendapati, 85 peratus individu melayari laman sosial itu setiap hari dan separuh daripadanya membuka Facebook sebaik sahaja melayari laman pengguna.

Sebanyak 25 peratus pengguna mengakui berasa kurang selesa jika meninggalkan laman itu walaupun sehari.

Sumber : SINAR HARIAN

Facebook

Muat Turun Photo Album Facebook Menggunakan FacePAD

Pernahkah anda melawati photo album rakan-rakan anda dan ingin download kesemua gambar yang terdapat pada sesebuah album di facebook? Jika Ya,FacePAD boleh membantu anda.

Apa itu FacePAD?

FacePAD ialah salah satu Firefox extension yang membolehkan anda muat turun kesemua gambar pada sesebuah Photo Album di facebook.Dengan adanya extension FacePAD untuk pelayar web Firefox ini,anda tidak perlu lagi bersusah-payah untuk muat turun satu per satu gambar pada sesebuah album di facebook.

Untuk menggunakan FacePAD,anda perlu menggunakan pelayar web Firefox.Sila muat turun di http://filehippo.com/download_firefox/ .

Jika anda berminat untuk mencuba extension ini,sila ke pautan berikut dan install extension berikut pada pelayar web firefox anda. https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/8442/

Caranya cukup mudah untuk menggunakan extension ini.Setelah selesai memasang extension FacePAD pada pelayar web firefox anda,anda hanya perlu right klik mouse anda pada mana2 photo album dan klik pada “Download Album with FacePAD“.

Chat bersama rakan FB anda menggunakan Facebook™ Chat Messenger

Facebook.com bukan sahaja sebuah laman web sosial yang membolehkan anda mencari kenalan dan sebagainya,namun facebook.com juga mempunyai kemudahan ruangan yang membolehkan kita bersembang dengan rakan-rakan facebook kita yang lain.Walaupun kemudahan ini disediakan tanpa anda perlu menginstall sebarang perisian,namun anda perlu membuka laman web facebook.com menggunakan pelayar web untuk membolehkan anda bersembang dengan rakan-rakan facebook anda yang lain.

Pada artikel kali ini,saya akan memberi sedikit info kepada anda salah satu perisian yang membolehkan anda bersembang dengan rakan-rakan facebook anda tanpa anda perlu membuka pelayar web.Sebenarnya banyak perisian seperti ini boleh anda cari di internet,dan salah satu daripada perisian tersebut ialah  Chit Chat for Facebook.Chit Chat for Facebook merupakan perisian percuma yang anda boleh muat turun di laman web utamanya iaitu http://www.chitchat.org.uk/english/home .Perisian ini sangat mudah diinstall dan ringan.

Info dari laman utama Chit Chat for Facebook.

  • Fun and Free – Convenient and fun way to chat with your Facebook contacts without the hassle of surfing Facebook
  • Free Your Web-Browser – No need to keep your web browser logged into Facebook
  • Easy To Use – Download, install and then login with your Facebook username and password – easy!
  • Popular? – Swift and fast tabbed chat Interface making it easy to talk to many friends at once
  • Instant Message Notification – Lets you know when you receive an instant message.

Untuk Muat turun,

http://www.chitchat.org.uk/english/home/

p/s kepada encik penyu budak nakal,sori jadikan nama ko sebagai model artikel ni…hehe

Cara Membuat & Memiliki Akaun Facebook Anda Sendiri!

Mempunyai akaun facebook buat masa kini tentu tidak asing lagi,tidak kira golongan muda ataupun golongan tua dan bekerja masing-masing mempunyai akaun facebook mereka tersendiri.Keunikan yang ada pada facebook membuatkan ianya istimewa berbanding laman web sosial seperti myspace,tagged,friendster dan sebagainya.Kini ramai yang diluar sana menyedari bahawa facebook bukan sahaja tempat untuk kita bersuka-suka sahaja,facebook juga berpotensi untuk perniagaan anda! Pendapat ini tentu sekali dipersetujui oleh blog-blog ahli bisnes internet yang lain.

Facebook bukan sahaja tempat untuk anda bermain permainan berkebun,restoran dan sebagainya,facebook juga sebenarnya boleh dijadikan salah satu sumber pendapatan sampingan jika kita tahu menggunakannya dengan sebaiknya.Jika friendster yang hanya dianggap sesuai untuk golongan muda untuk menambah kenalan semata-mata,berbeza dengan facebook,facebook juga amat diminati oleh golongan ahli politik,pemimpin,professional dan ahli perniagaan.Salah satu perkara menarik mengenai facebook,kita dapat mencari kenalan lama yang mungkin sudah lama terputus hubungan.

Beberapa orang rakan saya tidak kira tua dan muda bertanyakan kepada saya bagaimana cara untuk membuka akaun facebook.Membuka akaun anda di facebook adalah sangat mudah sekali,anda hanya perlu mengisi beberapa butiran-butiran pada borang yang disediakan.Pada post kali ini,saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana cara mudah membuka akaun anda di laman web facebook.

Pertama sekali,masuk ke laman web rasmi facebook http://www.facebook.com ,dan anda akan menjumpai borang daftar di tepi laman web tersebut.

Isikan butiran-butiran yang diminta,kemudian klik butang “Sign Up“,sila isi selengkapnya code apabila diminta.

Pada step pertama,anda diminta untuk menambah kawan yang mungkin anda kenal,anda boleh skip ruangan ini.Klik “Skip this step

Kemudian,anda diminta mencari atau menjemput rakan-rakan anda  melalui email anda.Anda juga boleh “skip” ruangan ini.Klik “Skip this step

Isi butiran-butiran yang diminta seperti sekolah lama anda dan sebagainya.

Sama seperti ruangan sebelum ini,anda diminta untuk tambah rakan-rakan anda yang kemungkinan anda kenal.Kemudian klik Save & Continue .

Anda diminta untuk muat naik gambar profil anda untuk akaun facebook anda.Anda juga boleh upload gambar anda kemudian.

Akaun anda masih belum diaktifkan,sila semak email anda dan klik pautan yang dikirimkan oleh facebook ke email anda.

Email yang anda dapat adalah seperti gambarajah di bawah,klik pautan yang dinyatakan.

Tahniah! Akaun facebook anda telah aktif! Selamat mencuba..

Ada apa dengan facebook? 🙂

Jom ajak rakan-rakan ke fan page facebook CK

Jika anda rasa blog Cekap Komputer ini banyak membantu anda,jom ajak rakan-rakan facebook yang lain ke fan page Cekap Komputer.Anda dan rakan anda secara tidak langsung juga boleh membaca artikel-artikel terbaru dari blog Cekap Komputer ini melalui facebook anda.

Cara untuk mengajak rakan-rakan anda menjadi fan facebook Cekap Komputer adalah mudah.

Melalui http://www.facebook.com/#/pages/Cekap-Komputer/161144571648 ,klik “Suggest to Friends” dan jemput rakan-rakan anda sebanyak berapa yang boleh. 🙂