Cabaran mudah alih

Pelayar Web

pelayar web

Peperangan berkaitan komputer peribadi bukan saja berkisar mengenai tablet, desktop, notebook atau laptop tapi pelayar Internet turut berperang antara satu sama lain.

Apa itu pelayar Internet? Ia didefinisikan sebagai paket perisian yang membolehkan pengguna untuk memapar dan berinteraksi dengan dokumen yang dihos pelayan web.

Pelayar web popular pada PC masa kini termasuk Microsoft Internet Explorer, Google Chrome dan Mozilla Firefox.

Pelayar web berkomunikasi dengan pelayan web terutamanya dengan menggunakan Hyper-Text Transfer Protocol (HTTP) untuk mengambil laman web yang membenarkan pelayar untuk menghantar maklumat kepada pelayan web dan juga mencapai paparan muka web dari sistem terbabit.

Ketika ini, HTTP yang paling biasa digunakan adalah HTTP/1.1, yang ditakrifkan sepenuhnya di Request for Comments (RFC) 2616.
HTTP/1.1 mempunyai piwaian sendiri yang tidak disokong sepenuhnya oleh Internet Explorer, tetapi disokong oleh kebanyakan pelayar web generasi sekarang.

Muka web dijumpai melalui Uniform Resource Locator (URL) yang dianggap sebagai alamat, bermula dengan http: untuk capaian HTTP.

Kebanyakan pelayar turut menyokong pelbagai jenis URL dan protokol seumpamanya seperti ftp: untuk File Transfer Protocol (FTP), Gopher Protocol (Gopher), dan https: untuk HTTPS (SSL versi tersulit HTTP).

Format fail untuk muka web biasanya Hyper-Text Markup Language (HTML) dan dikenal pasti melalui protokol HTTP menggunakan jenis kandungan MIME.

Kebanyakan pelayar menyokong pelbagai format sebagai tambahan kepada HTML, seperti format imej JPEG, PNG dan GIF serta boleh dikembangkan untuk menyokong lebih banyak lagi melalui penggunaan plugin.

Gabungan spesifikasi protokol jenis kandungan HTTP dan URL membenarkan pereka muka web untuk memasukkan imej, animasi, video, bunyi, dan media aliran kepada muka web, atau membolehkan mereka dicapai melalui muka web.

Tim Berners-Lee, yang meneroka penggunaan hiperteks untuk pengkongsian maklumat, mencipta pelayar jaring pertama, dikenali sebagai WorldWideWeb pada tahun 1990 dan memperkenalkan­nya kepada rakan di CERN pada Mac 1991.

Semenjak itu pemba­ngunan pelayar jaring tidak dapat dipisahkan dari pembangunan jaring itu sendiri.

Amat sukar untuk membayangkan dunia yang mana kita perlu membeli perisian untuk melayari ‘online’ namun itulah yang ditempuhi suatu ketika dulu.

Pada waktu zaman awal internet, tidak banyak perisian yang boleh dipilih untuk melayari internet. Dahulu, pengguna hanya boleh menggunakan Microsoft Internet Explorer, sesuatu yang tidak boleh dibayangkan pengguna sekarang.

Kemudian muncul pula Netscape Communications Corporation (Netscape) memperkenalkan Netscape Navigator (Navigator) iaitu pelayar web komersil percuma yang mudah digunakan memandangkan ia mempunyai fungsi intuitif.

Sejak diperkenalkan, Navigator dengan pantas mengambil alih 80 peratus pasaran dari pelayar berasaskan Mosaic yang lain.

Ia berlaku pada 1994 apabila pengguna hanya mempunyai pilihan meng­gunakan Navigator atau kod yang anda cipta sendiri.

Oleh itu, Navigator menjadi popular dalam tempoh singkat dan kemudiannya dibeli oleh America Online (AOL), sesuatu yang akan menentukan nasibnya bertahun kemudian.

Microsoft juga memasuki pasaran pada 1995 dengan Internet Explorer (IE) yang pertama mereka. Berasaskan teknologi yang sama dengan Navigator, produk akhirnya agak primitif berbanding dengan Navigator.

Walaupun begitu ia diedarkan percuma dengan setiap Windows 95 Plus yang berjaya menarik minat peng­guna yang tidak celik IT dan suka memilih perisian yang boleh dimiliki percuma dengan Windows.

Meskipun Netscape menjadi popular, zaman kejatuhannya mula kelihatan selepas AOL membangunkan beberapa ujian yang memberi kesan kepada pelayar itu sendiri.

Ia membuka peluang kepada Microsoft mendapat lebih banyak bahagian pasaran dengan IE yang lebih mudah dimiliki membuatkan Navigator jatuh merundum
Apabila Netscape sudah menjadi semakin tidak releven, IE dari Microsoft mula memperbaiki fungsi dan kestabilannya. Pada 1998 ia berjaya menguasai 98 peratus pasaran pelayar sekali gus menjatuhkan Netscape.

Pada hari terakhir Net­scape, pembangunnya me­ngeluarkan kebanyakan kod asas untuk pelayar mereka di bawah lesen Open Source dengan harapan ia bakal digunakan untuk menjadi pencabar IE pasa masa depan.

Walaupun dalam bentuk berbeza, kebanyakan orang mungkin semakin mengenalinya dengan nama baru, Mozilla Firefox iaitu pelayar Open Source yang mendapat nafas baru daripada Netscape.

Dengan Firefox masih lagi cuba menjadikan kod Netscape untuk kod program yang menjadikannya pelayar bagus, IE pula masih memonopoli pasaran walaupun sedikit menurun.

Produk Microsoft ini mempunyai 70 peratus pegangan pasaran tidak sampai lima tahun yang lalu.

Situasi berubah pada September 2008 apabila Google menyertai pasaran pelayar dengan pelayar Chrome mereka yang agak boleh dikatakan ‘cool’ dengan antaramuka bersih dan sistem mudah membuatkannya diminati komuniti teknologi.

Mengikut GlobalStats StatCounter, pengguna Chrome melebihi pengguna IE pada akhir Mei 2012.

Walaupun tak banyak beza, tapi ia mempu­nyai impak yang besar, pengguna merungut mengenai kelembapan IE saban tahun selain isu keselamatan terdapat pada IE.
Firefox adalah satu alternatif namun pelayar Open Source ini lebih diminati bagi mereka yang celik IT.

Namun begitu, NetMarketShare dari Net Applications yang dilihat penganalisa sebagai standard tertinggi bagi statistik peng­gunaan pelayar melaporkan IE masih lagi memegang tempat pertama dalam pasaran pelayar iaitu 50 peratus.

Walaupun tidak boleh disahkan, namun kita boleh menganggap yang Amerika Utara adalah rantau pertama mendapat Internet yang bermakna ia mempunyai sistem legasi terbesar masih bersambung dengan Internet.

Jika trend yang dilihat sekarang berterusan, kita boleh menganggap yang Chrome pasti akan menjadi pelayar nombor satu tak lama lagi.

Berdasarkan GlobalStats dan Net Applications, hanya Afrika boleh dikatakan rantau yang masih berpegang teguh pada Mozilla. Penggunaan IE pula masih menjunam.

Kitaran pembangunan Chrome pantas dan juga pengemaskinian yang senyap boleh dilihat sebagai merubah yang akan mencantas pegangan Microsoft di dalam pasaran pelayar.

Microsoft banyak mempromosi IE10, yang banyak memperbaiki kelemahan IE yang tiada pada tahun lampau.

Syarikat ini juga sedang sibuk untuk membimbing pengguna untuk mening­galkan IE6, dan memasarkan IE10 yang akan dipadankan dengan Windows 8.

Populariti Chrome tidak akan dapat menandingi IE pada masa terdekat namun Firefox yang sekian lama menjadi pelayar nombor mungkin agak goyah.

Ia mungkin bermakna pasaran pelayar akan kembali statik. Apabila Netscape gagal, ia memberikan peluang bagi Microsoft untuk mengawal pasaran.

Selepas memasuki zaman teknologi baru, kita hanya mampu membayangkan Microsoft tidak akan membiarkan IE mati dan mereka mempunyai sumber untuk memastikan IE bertahan selama yang mungkin.

Pada masa sama, per­saingan dari Mozilla walaupun Firefox mati, namun masih ada pengaturcara di luar sana yang mampu menyelamatkan sesuatu manakala Chrome dari Google, seperti saham yang berpotensi tinggi, kelihatan akan meningkat.

Mungkin ada yang perasan pelayar lain seperti Safari dan Opera tidak disebut memandangkan pengaruh mereka pada pasaran pelayar dunia masih kecil.

Malah kombinasi pegangan pasaran kesemua pelayar lain tak mampu untuk menggugat mana-mana tiga pelayar terbesar setakat ini.

Sebenarnya pasaran pelayar sekarang tidak akan sama dalam 10 tahun akan datang berdasarkan trend pengkomputeran mudah alih dengan kenaikan populariti tablet dan telefon pintar pasti akan memberi kesan kepada pelayar web mudah alih.

Walaupun tidak banyak statistik bagi pelayar web mudah alih namun ketiga kuasa besar pelayar ini pantas melancarkan versi tersendiri mereka.

Sumber : IT@Metro

Pelayar Web

Install Pelayar Web Google Chrome pada sistem Linux anda!

Saya pernah menulis artikel mengenai pelayar web yang baru iaitu Google Chrome di dalam blog CK.Seperti yang kita semua tahu,pelayar web baru Google Chrome tidak kurang hebatnya.Pelayar web ini dikatakan lebih mudah digunakan serta pantas.

Sebelum ini,anda boleh menggunakan atau mencuba pelayar web ini pada sistem operasi Windows.Namun kini,anda boleh mencuba pelayar web ini pada sistem operasi linux anda seperti Ubuntu.Anda akan diberi pilihan untuk muat turun installer pelayar web ini mengikut distro linux yang anda sedang gunakan.

Antara pakej-pakej yang anda muat turun :




Untuk mencuba pelayar web ini pada sistem operasi linux anda,sila ke http://www.google.com/chrome