Aktifkan ‘God Mode’ pada Windows 7 anda!

God Mode

Baiklah pada post kali ini saya kongsikan satu tip atau trik yang ringkas dan berguna iaitu cara untuk aktifkan ‘God Mode’ pada Windows 7 anda.

God Mode

Apa itu ‘God Mode’?

– ‘God Mode’ pada Windows 7 membolehkan anda akses kesemua setting yang terdapat pada Control Panel dalam satu folder,ianya dinamakan GodMode folder.

Bagaimanakah cara mengaktifkannya?

Caranya adalah cukup mudah.

1. Buat satu folder baru pada desktop anda misalnya.

2.Kemudian,namakan folder tersebut dengan nama GodMode.{ED7BA470-8E54-465E-825C-99712043E01C}

Dan anda akan dapati satu folder dengan icon control panel akan muncul.

Apabila anda klik pada folder tersebut,anda akan dapat lihat senarai setting dalam Control Panel Windows 7 anda di dalam satu folder.Selamat mencuba!

God Mode

Gmail berwajah baru! Gmail’s new look

Gmail’s New Look

Gmail’s new look

Jika anda pengguna Gmail,tentu sekali anda mengetahui Gmail akan berwajah baru.Mahu ataupun tidak,anda akan bertukar ke Gmail’s new look.Mari kita lihat apa ciri-ciri menarik dan tambahan pada Gmail’s new look  ini.

 

Cleaner, more modern

Gmail’s new look kelihatan lebih bersih dan juga moden berbanding antaramuka gmail yang lama.

 

 

New themes

Selain itu,lebih banyak pilihan theme yang disediakan pada Gmail’s new look .

 

 

Improved conversation view 

Ruangan perbualan direka dengan membawa kandungan mesej anda di hadapan bagi memudahkan anda membalas mesej dari rakan-rakan anda.

 

Customizable in new ways

Anda boleh menentukan berapa banyak mesej yang anda ingin paparkan pada gmail anda dengan memilih 3 paparan samada Comfortable, Cozy and Compact.

 

More control

Anda lebih mudah menyusun bahagian-bahagian gmail anda dengan lebih mudah termasuk ruangan chat gmail.

Search and filters made simple

Ruangan Search dan Filters menjadi lebih mudah dan simple.

 

 

Switch to Contacts and Tasks           

lebih mudah untuk antara Mail, Contacts , dan Tasks.

 A new toolbar

Toolbar baru gmail lebih ringkas,kemas dan menarik.

 

Komen anda? Adakah anda menyukai Gmail’s new look ini?

Gmail’s New Look

Masalah Tiada Bunyi Pada Perisian Winamp Ketika Dipasang

Winamp

Winamp

Assalamualaikum & salam sejahtera,pada post kali ini [cekapkomputer.com],saya ingin berkongsi kepada anda satu artikel iaitu bagaimana menyelesaikan masalah tiada bunyi pada perisian Winamp anda ketika anda memasang fail Mp3 anda pada perisian Winamp tersebut.

Mungkin anda pernah mengalami masalah berikut iaitu perisian Winamp anda tidak mengeluarkan bunyi ketika dipasang namun jika anda memasang fail-fail berformat Mp3 pada perisian alternatif lain selain Winamp,perisian tersebut dapat memasang fail tersebut dan tiada masalah bunyi tidak dikeluarkan.

Baiklah jika anda mengalami masalah tersebut,tidak perlu risau…anda mungkin boleh mencuba tutorial berikut.

 

1 . Pertama sekali,masuk ke sistem regedit anda.Caranya klik pada butang Start Menu(dalam contoh gambar di bawah,saya menggunakan Windows 7 bertemakan Klasik) komputer anda kemudian pada bahagian search taip regedit kemudian enter.  [cekapkomputer.com]

 

 

 

2.Kemudian masuk ke dalam HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Internet Explorer\LowRegistry\Audio\PolicyConfig\PropertyStore\ .

 

3. Selepas itu,pada folder PropertyStore ,tekan CTRL + F pada papan kekunci anda dan kemudian,masukkan “winamp” pada ruangan kosong “Find what:” (rujuk gambarajah). [cekapkomputer.com]

 

 

4. Kemudian delete kesemua item-item yang dijumpai berkaitan winamp menggunakan kaedah pada Langkah 3.

 

Semoga berjaya!

Winamp