Install Perisian Whatsapp Pada Komputer Anda

z132

Dalam artikel sebelum ini,anda telah diajar cara untuk menggunakan Whatsapp pada komputer anda.Namun apa yang lecehnya,anda harus membuka pelayar web anda terlebih dahulu untuk menggunakan Whatsapp.

Kini anda tidak perlu risau lagi,anda boleh memasang terus perisian Whatsapp tersebut ke dalam komputer anda!

Kebanyakkan daripada kita mula menggunakan Whatsapp untuk keperluan harian ketika menghubungi seseorang dan tidak kurang juga untuk mereka yang bergelar usahawan.Aplikasi Whatsapp menjadi salah satu aplikasi penting yang perlu ada pada telefon pintar anda.

Untuk memasang perisian Whatsapp terus ke dalam komputer anda.
1- Pertama sekali,layari https://www.whatsapp.com/download.
2 – Kemudian,download perisian Whatsapp versi komputer yang sesuai untuk sistem operasi anda.
download-whatsapp
3- Install perisian tersebut seperti biasa.
4 – Kemudian,untuk login anda harus “scan” code bar yang diberikan melalui telefon pintar anda.
web-Whatsapp
Anda boleh rujuk artikel sebelum ni http://cekapkomputer.com/terkini-cara-menggunakan-whatsapp-pada-komputer-anda/

Baiklah kita jumpa lagi pada tutorial akan datang! 🙂

#cekapkomputer

Buka Pasang Serta Membersihkan Laptop Toshiba L510

Toshiba L510

Assalamualaikum para pembaca,

Kali ini,saya ingin bercerita mengenai sebuah laptop Toshiba L510. Laptop ini merupakan milik salah seorang  daripada pelanggan saya.

Sering kali,kita terlepas pandang untuk melakukan penjagaan dalaman untuk laptop kita.Kebiasaannya,kita hanya melakukan “reformat” jika terdapat sebarang kerosakan sistem ataupun “slow” ketika kita menggunakan laptop kita.

Selain itu juga,apa yang saya lihat sendiri,tidak semua kedai komputer menyediakan perkhidmatan untuk membuka pasang komponen laptop ini,mungkin juga disebabkan membuka komponen laptop ini agak “leceh” dan perlukan sedikit kepakaran khusus berbeza dengan membaiki pc biasa.

Toshiba L510

20150828103127

20150828103127 (3)

Habuk ini juga boleh menjadi salah satu faktor yang menyebabkan laptop anda rosak.Habuk tebal yang melekat pada kipas laptop kebiasaannya akan menyebabkan aliran udara pada laptop tersebut tidak dapat bekerja seperti kebiasaannya.Terutamanya jika laptop anda sentiasa terdedah kepada persekitaran yang terbuka dan berhabuk.

Oleh itu,apa yang anda perlu lakukan ialah sekali sekala(jika boleh 2 kali setahun),anda harus menghantar laptop anda untuk di”servis”. Anggaran untuk servis ini pula kebiasaannya RM50 – RM150 (tak termasuk GST hehe…)

20150828083501

20150828103126 (1)

Ini adalah komponen dalaman bagi laptop Toshiba L510.Laptop ini boleh dikatakan sedikit sukar untuk dibuka berbanding laptop-laptop yang lain.Tak hairanlah jika laptop ini juga saya lihat agak tahan lasak.

🙂

Sumber : http://khairilizwan.com/buka-pasang-toshiba-l510/

Toshiba L510

Logo Terbaru Cekap Komputer 2015

Wahh..Cukup lama saya tidak menulis di dalam blog Cekap Komputer ini…Maklumlah dalam beberapa bulan ini saya agak sibuk dengan beberapa urusan terutamanya dalam perniagaan internet.

Insyallah,saya cuba sebaik mungkin untuk membuat artikel berjadual untuk blog cekap komputer ini…Saya lebih suka menulis artikel yang segar khas untuk blog ini,terutamanya berkaitan tutorial..Jadi oleh sebab itu saya kena atur jadual penulisan supaya blog ini akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.

logo ck2

Owh ya..Saya juga dalam proses untuk rebranding logo Cekap Komputer sepenuhnya…Insyallah dari semasa ke semasa,saya akan membuat beberapa lagi perubahan untuk memudahkan serta memberi kesenangan kepada para pembaca setia blog cekap komputer ini.

Sedar ataupun tidak,blog ini telah berusia 7 tahun lebih semenjak Mac 2007 lagi.Dan dari Cekap Komputer inilah wujudnya Khaiz Network,nak tahu lebih lanjut mengenai Khaiz Network ini boleh layari http://khaiz.com .

Jumpa lagi!