Install Perisian Whatsapp Pada Komputer Anda

z132

Dalam artikel sebelum ini,anda telah diajar cara untuk menggunakan Whatsapp pada komputer anda.Namun apa yang lecehnya,anda harus membuka pelayar web anda terlebih dahulu untuk menggunakan Whatsapp.

Kini anda tidak perlu risau lagi,anda boleh memasang terus perisian Whatsapp tersebut ke dalam komputer anda!

Kebanyakkan daripada kita mula menggunakan Whatsapp untuk keperluan harian ketika menghubungi seseorang dan tidak kurang juga untuk mereka yang bergelar usahawan.Aplikasi Whatsapp menjadi salah satu aplikasi penting yang perlu ada pada telefon pintar anda.

Untuk memasang perisian Whatsapp terus ke dalam komputer anda.
1- Pertama sekali,layari https://www.whatsapp.com/download.
2 – Kemudian,download perisian Whatsapp versi komputer yang sesuai untuk sistem operasi anda.
download-whatsapp
3- Install perisian tersebut seperti biasa.
4 – Kemudian,untuk login anda harus “scan” code bar yang diberikan melalui telefon pintar anda.
web-Whatsapp
Anda boleh rujuk artikel sebelum ni http://cekapkomputer.com/terkini-cara-menggunakan-whatsapp-pada-komputer-anda/

Baiklah kita jumpa lagi pada tutorial akan datang! 🙂

#cekapkomputer

Buka Pasang Serta Membersihkan Laptop Toshiba L510

Toshiba L510

Assalamualaikum para pembaca,

Kali ini,saya ingin bercerita mengenai sebuah laptop Toshiba L510. Laptop ini merupakan milik salah seorang  daripada pelanggan saya.

Sering kali,kita terlepas pandang untuk melakukan penjagaan dalaman untuk laptop kita.Kebiasaannya,kita hanya melakukan “reformat” jika terdapat sebarang kerosakan sistem ataupun “slow” ketika kita menggunakan laptop kita.

Selain itu juga,apa yang saya lihat sendiri,tidak semua kedai komputer menyediakan perkhidmatan untuk membuka pasang komponen laptop ini,mungkin juga disebabkan membuka komponen laptop ini agak “leceh” dan perlukan sedikit kepakaran khusus berbeza dengan membaiki pc biasa.

Toshiba L510

20150828103127

20150828103127 (3)

Habuk ini juga boleh menjadi salah satu faktor yang menyebabkan laptop anda rosak.Habuk tebal yang melekat pada kipas laptop kebiasaannya akan menyebabkan aliran udara pada laptop tersebut tidak dapat bekerja seperti kebiasaannya.Terutamanya jika laptop anda sentiasa terdedah kepada persekitaran yang terbuka dan berhabuk.

Oleh itu,apa yang anda perlu lakukan ialah sekali sekala(jika boleh 2 kali setahun),anda harus menghantar laptop anda untuk di”servis”. Anggaran untuk servis ini pula kebiasaannya RM50 – RM150 (tak termasuk GST hehe…)

20150828083501

20150828103126 (1)

Ini adalah komponen dalaman bagi laptop Toshiba L510.Laptop ini boleh dikatakan sedikit sukar untuk dibuka berbanding laptop-laptop yang lain.Tak hairanlah jika laptop ini juga saya lihat agak tahan lasak.

🙂

Sumber : http://khairilizwan.com/buka-pasang-toshiba-l510/

Toshiba L510

Download ebook percuma CK 2008/2009

cover free ebook ck copy - Copy

Bagi mereka yang belum muat turun ebook versi percuma Cekap Komputer anda boleh download melalui pautan yang diberikan di bawah ini.Di sini saya kumpulkan kedua-dua ebook percuma tersebut iaitu ebook percuma CK 2008 dan 2009.Sila laporkan kepada saya jika anda masih ada masalah untuk muat turun ebook ini. 🙂

Himpunan artikel-artikel terpilih blog cekap komputer 2008/2009

“Sumber Ilmu Pengetahuan Berguna Untuk Anda”

ebook percuma Cekap Komputer 0809.zip

Blog baru Cekap Komputer PageRank Google 1/10

Jika dulu blog cekap komputer yang lama PageRank Google 3/10..Untuk blog Cekap Komputer yang baru ini akhirnya ialah 1/10 pada hari ini…Nampaknya dari sehari ke sehari,jumlah pengunjung untuk blog baru ini meningkat sejak blog Cekap Komputer ini dibangunkan pada 31 ogos yang lalu..Jika terdapat sebarang kesukaran atau ketidaksesuaian mengenai blog ini bolehlah hubungi saya untuk peningkatan mutu kualiti blog ini.Sumber Ilmu Pengetahuan Berguna Untuk Anda.

page rank 1