Microsoft akan tamatkan Windows XP

Windows Xp

windows xp

KUALA LUMPUR – Microsoft Malaysia (Microsoft) mengingatkan pengguna bahawa ia akan secara rasminya menamatkan perkhidmatan dan sokongan Windows XP pada 8 April, 2014.

Dalam satu kenyataan hari ini, Microsoft berkata walaupun tarikh akhir itu adalah satu tahun lagi, adalah penting bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan pengguna di Malaysia untuk beralih daripada XP, satu sistem operasi 11 tahun untuk mengelakkan kelemahan dan risiko yang berpotensi mengganggu operasi perniagaan dan mengakibatkan peningkatan kos.

Ia berkata mulai 8 April, 2014, Microsoft tidak lagi akan memberikan pembaikan dan kemas kini automatik atau bantuan teknikal dalam talian untuk Windows XP.

Ini juga bermakna pengguna tidak lagi akan menerima kemas kini keselamatan yang melindungi komputer peribadi daripada virus, perisian pengintip dan lain-lain perisian perosak.

“Walaupun XP adalah salah satu sistem operasi yang paling popular dalam sejarah Microsoft, ia tidak direka untuk menghadapi cabaran hari ini, seperti peningkatan pendedahan kepada serangan siber dan permintaan untuk privasi data yang lebih tinggi, tidak seperti sistem operasi Windows 7 dan 8,” kata Ketua Pegawai Pemasaran dan Operasi Microsoft Malaysia Danny Ong.

Sebagai bantuan kepada PKS, Microsoft mengumumkan laman web Windows Upgrade Centre, http://www.microsoft.com/malaysia/xp-eos, di mana PKS boleh mendapat maklumat mengenai isu ini, dan belajar daripada penganalisis dan lain-lain pengguna di negara ini. – Bernama

Windows Xp

Bagaimana cara untuk anda aktifkan windows(XP) anda ketika tamat tempoh 30 hari

Pernahkah anda mengalami situasi begini?anda membeli windows xp original dan anda install ke dalam komputer anda…sepatutnya windows yang original tersebut anda perlu aktifkan selepas install dalam masa 30 hari….dan dalam masa yang diminta tersebut anda terlupa untuk aktifkan dan menyebabkan anda tidak dapat login ke dalam windows anda seperti biasa…
Sewaktu saya masih baru dalam dunia komputer ini,saya pernah bertanya kepada kawan saya bagaimana menyelesaikan masalah ini,jawapan yang saya terima tiada lain iaitu format kembali….hehe…yelah biasalah waktu belajar dulu xda kerja lain ambik kerja mudah format jer terus…
Namun,cara yang diutarakan oleh kawan saya tidak boleh dipakai terus,terdapat banyak alternatif lain selain format terus…pada post kali ini saya akan kongsikan satu tips mudah yang anda boleh lakukan jika anda mengalami masalah seperti ini…Untuk mengaktifkan windows anda ketika lebih 30 hari,komputer anda harus berhubung ke internet…Masalah yang berlaku ialah apabila anda tidak dapat menyambungkan komputer anda ke internet mungkin kerana komputer anda belum di”set” atau sebagainya.
Langkah pertama yang anda perlu lakukan ialah set komputer anda supaya ia dapat connect ke internet,tentu sekali anda tidak dapat login ke windows seperti biasa jika windows anda tidak diaktifkan dalam masa 30 hari…namun ada cara lain yang anda boleh lakukan untuk set komputer anda supaya dapat connect ke internet.

Pertama sekali,ketika mesej seperti gambar bawah keluar,minimize tetingkap yang dipaparkan.
letsactivatexz7

kemudian,tekan butang windows + butang “U” pada keyboard anda.

images
Gambar : butang “windows” pada keyboard.

ketika anda tekan secara serentak butang windows + “u” pada keyboard anda,program Narrator akan terpapar….kemudian klik pada icon komputer yang berada di hujung tetingkap program tersebut.
paparan

Satu menu akan dipaparkan,kemudian klik pada “About Narrator”
about
gambarajah seperti diatas akan dipaparkan,kemudian klik pada “Microsoft Web site” .Kemudian Internet explorer akan terpapar.Apa yang perlu anda lakukan ialah, taip c:\windows\explorer.exe pada ruangan address bar internet explorer tersebut,kemudian tekan enter.Anda akan diminta untuk muatturun explorer.exe tersebut,apa yang anda perlu lakukan ialah “double klik” explorer.exe tersebut selepas anda siap download,jika anda berjaya anda akan datang lihat start menu windows dan lain-lain keluar sama seperti anda login ke windows sebelum ini.Apa yang perlu anda periksa ialah sambungan internet komputer anda.periksa di bahagian network komputer anda.

Setelah komputer anda telah dapat sambungan internet seperti biasa,aktifkan windows seperti biasa dengan cara login semula ke windows.

p/s : Jika anda berada di pejabat atau tempat kerja yang memerlukan anda set komputer anda menggunakan ip statik yang disediakan,sila rujuk di sini..atau minta bantuan juruteknik komputer di tempat kerja anda.