Cara Install & Bermain Pokemon Go Untuk Android! (Part 1)

pokemon-go-warning-screen

Jika anda tinggal di Malaysia, Hari ini (6/8/2016),secara rasminya aplikasi permainan yang sudah sudah beberapa minggu dinantikan oleh mereka di luar sana kini telah rasmi dilancarkan iaitu Pokemon Go.

Pokemon Go yang dibangunkan oleh Niantic ini boleh dimainkan pada platform IOS dan juga Android.Pada mulanya,ianya sebelum ini telah dilancarkan secara rasmi di beberapa buah negara yang terpilih.Aplikasi permainan ini menjadi satu fenomena yang boleh dikatakan luar biasa mengalahkan aplikasi-aplikasi permainan telefon pintar yang lain.

Cara Memasang Pokemon Go Pada Telefon Anda (Untuk Android)

1 – Pertama sekali,masuk ke Play Store melalui telefon pintar anda.

pokemon-1

2- Kemudian taip “Pokemon Go“,anda akan dapat lihat aplikasi Pokemon Go yang dikeluarkan oleh pihak Niantic.

pokemon-2

pokemon-3

3 – Kemudian,install aplikasi permainan tersebut seperti biasa.Klik butang “Install“.

pokemon-4

4 – Anda akan dapat lihat proses pemasangan Pokemon Go sedang dijalankan. Saiz fail pemasangan Pokemon Go tersebut lebih kurang 58mb -60mb).
pokemon-5

5- Setelah berjaya dipasang pada telefon Android anda, Anda akan dapat lihat icon baru Pokemon Go pada telefon Android anda.Klik icon tersebut.
pokemon-6

pokemon-7

6 – Paparan seperti berikut akan dipaparkan,tunggu proses loading tersebut selesai.

pokemon-8

7 – Untuk yang baru sahaja mendaftar,anda dikehendaki untuk memasukkan tarikh lahir anda pada ruangan yang disediakan.

pokemon-9

8 – Untuk login pula,anda boleh menggunakan akaun gmail anda,klik pada butang “GOOGLE“.

pokemon-10

pokemon-11

9 – Untuk terma & syarat,klik butang “Accept“.

pokemon-12

10. Untuk pertama kalinya,anda akan ditemukan dengan Professor Willow. Kemudian,anda akan dikehendaki untuk memili karakter yang anda inginkan.

pokemon-13

pokemon-14

Setelah selesai,tiba masanya untuk anda menangkap pokemon!

pokemon-16

 

Pada artikel seterusnya nanti,saya akan terangkan kepada anda bagaimana cara untuk menangkap serta beberapa tips terbaik untuk anda bermain pokemon go.

Jangan lupa SHARE artikel ini ya! 🙂