Buka Pasang Serta Membersihkan Laptop Toshiba L510

Toshiba L510

Assalamualaikum para pembaca,

Kali ini,saya ingin bercerita mengenai sebuah laptop Toshiba L510. Laptop ini merupakan milik salah seorang  daripada pelanggan saya.

Sering kali,kita terlepas pandang untuk melakukan penjagaan dalaman untuk laptop kita.Kebiasaannya,kita hanya melakukan “reformat” jika terdapat sebarang kerosakan sistem ataupun “slow” ketika kita menggunakan laptop kita.

Selain itu juga,apa yang saya lihat sendiri,tidak semua kedai komputer menyediakan perkhidmatan untuk membuka pasang komponen laptop ini,mungkin juga disebabkan membuka komponen laptop ini agak “leceh” dan perlukan sedikit kepakaran khusus berbeza dengan membaiki pc biasa.

Toshiba L510

20150828103127

20150828103127 (3)

Habuk ini juga boleh menjadi salah satu faktor yang menyebabkan laptop anda rosak.Habuk tebal yang melekat pada kipas laptop kebiasaannya akan menyebabkan aliran udara pada laptop tersebut tidak dapat bekerja seperti kebiasaannya.Terutamanya jika laptop anda sentiasa terdedah kepada persekitaran yang terbuka dan berhabuk.

Oleh itu,apa yang anda perlu lakukan ialah sekali sekala(jika boleh 2 kali setahun),anda harus menghantar laptop anda untuk di”servis”. Anggaran untuk servis ini pula kebiasaannya RM50 – RM150 (tak termasuk GST hehe…)

20150828083501

20150828103126 (1)

Ini adalah komponen dalaman bagi laptop Toshiba L510.Laptop ini boleh dikatakan sedikit sukar untuk dibuka berbanding laptop-laptop yang lain.Tak hairanlah jika laptop ini juga saya lihat agak tahan lasak.

🙂

Sumber : http://khairilizwan.com/buka-pasang-toshiba-l510/

Toshiba L510