Masalah “Unknown Sender” Pada WordPress

Unknown Sender

unknown Sender

Pernah tak anda mendapat masalah “unknown Sender” ketika blog WordPress anda membuat penghantaran sebarang mesej atau notifikasi ke email anda?

Jika ya,anda boleh ikuti langkah-langkah berikut untuk menyelesaikan masalah ini.

1. Cara fail functions.php yang terletak pada theme WordPress yang anda sedang gunakan untuk blog anda.

functions

2.Kemudian masukkan kod ini ke dalam fail tersebut.

/** changing default wordpres email settings */

add_filter('wp_mail_from', 'new_mail_from');
add_filter('wp_mail_from_name', 'new_mail_from_name');

function new_mail_from($old) {
 return 'your email address';
}
function new_mail_from_name($old) {
 return 'your name or your website';
}

3. Gantikan‘your email address’ ke email anda dan ‘your name or your website’ke nama anda ataupun nama laman web anda.

4. Setelah selesai,save fail tersebut.

5. Anda akan dapat lihat,masalah tersebut telah berjaya diselesaikan! Selamat Mencuba!

 

Unknown Sender

Tutorial Cara Membeli Domain Untuk Laman Web Anda!

Beli Domain

Beli Domain
Domain names and internet concept

Kali ini,saya akan menunjukkan kepada anda langkah demi langkah cara untuk membeli domain anda sendiri yang anda boleh gunakan untuk laman web ataupun blog anda.

Domain merupakan salah satu aset maya anda yang sangat bernilai terutamanya jika anda berjaya mendapatkan nama domain yang menarik dan berkualiti.

Baiklah tanpa membuang masa lagi,anda boleh mengikuti langkah-langkah tersebut untuk membeli domain anda.Mungkin sebelum ini anda terpaksa upah seseorang membelikan domain untuk anda,kali ini anda dapat menjimatkan lagi wang anda dengan membeli domain tersebut sendiri.

Harga untuk sebuah domain juga adalah sangat berpatutan.

Langkah 1 

Pilih nama domain yang anda ingin daftarkan.(dan sediakan wang untuk membeli domain hehe.. )

Langkah 2

Kemudian,layari http://domain.khaiz.net

 

http://domain.khaiz.net

domain1

Langkah 3

Masukkan nama domain yang anda kehendaki,kemudian klik butang “Go“.

domain2

 

Langkah 5

domain3

 

Anda akan dapat lihat samada domain yang anda pilih tersebut masih belum dibeli oleh orang lain atau sudah berpunya.Jika masih belum dimiliki oleh orang lain,klik butang “Select”.

Langkah 6

domain4

Sistem akan mengemaskini “Shopping Cart” anda.Apa yang anda perlu lakukan selepas itu ialah,klik pada butang “Checkout“.

Langkah 7

Anda akan dibawa ke satu halaman yang menunjukkan butiran-butiran tempahan domain anda.

Screen Shot 2015-06-25 at 11.30.03 PM

 

Screen Shot 2015-06-25 at 11.30.09 PM

 

Untuk melengkapkan proses tempahan domain anda,anda perlu log masuk ke akaun anda jika anda pernah mendaftar sebelum ini,jika belum pernah,klik pada butang “Create an Account in 10 seconds“.

Langkah 8

domaincreate

kemudian,lengkapkan butiran-butiran yang dikehendaki dan klik butang “Create Account“.

 

Langkah 9

Screen Shot 2015-06-25 at 11.34.17 PM

Anda diberi pilihan samada ingin membuat pembayaran melalui akaun PayPal ataupun menggunakan bank transfer seperti Maybank ataupun CIMB .Jika anda ingin membuat pembayaran melalui bank transfer,klik pada butang “Online Banking/Transfer“.

Screen Shot 2015-06-25 at 11.35.43 PM

 

Langkah 10

payment

Kemudian,ikuti langkah-langkah pembayaran yang dinyatakan di dalam halaman tersebut.Setelah membuat pembayaran,domain anda akan aktif dalam masa 24 – 48 jam.

Setelah anda membuat pembayaran domain,sila hantar bukti pembayaran ke sales@khaiz.com.

Screen Shot 2015-06-25 at 11.39.54 PM

Anda akan mendapat email dari pihak pengurusan domain berkenaan tempahan anda.

domaincompleteSetelah berjaya,anda akan mendapat email dari pihak pengurusan yang menyatakan domain anda telah berjaya didaftar dan boleh gunakan.

Pada artikel akan datang,saya akan ajarkan kepada anda bagaimana untuk mengurus domain anda termasuk hosting.

Jom SHARE tutorial ini 🙂

Beli Domain