Cara memaparkan “Run Command” pada start menu(Windows 7)

Jika anda pengguna Windows XP,tentu anda biasa menggunakan fungsi “Run” yang ada pada start menu Windows XP.Berbeza dengan Windows 7 ataupun Windows Vista,anda akan melihat sedikit perubahan terutamanya fungsi “Run” tidak terdapat pada start menu Windows 7.Bagaimana memaparkan “Run Command” ini pada start menu Windows 7 anda?Baiklah saya akan menunjukkan cara yang mudah untuk memaparkan fungsi “Run Command” ini pada start menu Windows 7 anda.

1.Pertama sekali,klik kanan pada ruangan lapang start menu kemudian pilih “Properties”

2.Kemudian,klik pada “Customize”.Tetingkap “Customize Start Menu” akan dipaparkan seperti gambarajah di bawah.Cari “Run Command” kemudian tick,selepas itu klik butang butang “OK”.

3.Selesai! anda boleh lihat “Run Command”telah dipaparkan pada start menu Windows 7 anda.Selamat Mencuba.

p/s Tutorial ini merupakan salah satu dari 130 tutorial tips dan trik komputer Windows XP dan Windows 7  pada ebook CK versi jual yang akan dipasarkan tidak lama lagi.

Windows 7 akan dilepaskan pada 22 oktober 2009!

250px-Windows_7_logo.svg

Jika Ubuntu (salah satu sistem operasi linux) sedang menanti kedatangan Karmic Koala Ubuntu 9.10 yang menjadi kegembiraan para pengguna operasi sistem ubuntu,tidak kurang juga hebatnya penantian yang dialami oleh pengguna-pengguna windows…Hanya tinggal kurang dari 16 hari sahaja lagi(dari artikel ini ditulis),Windows 7 bersedia untuk dilepaskan mengubati kekecewaan yang dialami oleh pengguna-pengguna windows sebelum ini.Windows 7 akan dilepaskan pada 22 oktober 2009!

Jika kita mengingati kembali perjalanan kisah microsoft serta produk-produknya,tentu sekali kita teringatkan kejayaan windows xp serta kegagalan sistem operasi mereka iaitu windows vista,antara pengalaman yang saya dapat lihat sendiri ialah ramai antara pengguna-pengguna windows menolak kehadiran Vista,malahan mereka dengan sedaya-upaya mencari jalan untuk menukar windows mereka kepada windows XP.Walaupun beberapa cara telah dilakukan untuk “memaksa” pengguna windows bertukar kepada vista,namun para pengguna setia windows XP tetap tidak mahu untuk bertukar ke windows vista…ini kerana windows vista dikatakan kurang mesra pengguna,membebankan komputer anda dan banyak lagi,kegagalan windows vista tentu sekali mengecewakan ramai pengguna setia windows yang inginkan perubahan.

Adakah Windows 7 merupakan apa yang sebenarnya dicari oleh pengemar windows?Setelah Windows Vista menjadi kegagalan serta kerugian besar kepada Microsoft,akhirnya Microsoft berharap Windows 7 ini akan memulihkan kembali serta memikat hati pelanggan – pelanggannya.Menyentuh mengenai sejarah Windows 7,Windows 7 yang sebelum ini dinamakan “Blackcomb” kemudian bertukar kepada nama “Vienna” dan akhirnya dinamakan “Windows 7” pada tahun 2007.Projek pembangunan Blackcomb sebenarnya dijalankan pada tahun 2003 ketika zaman Windows XP lagi,namun kehadiran 3 virus terbesar memaksa Microsoft menangguhkan projek “blackcomb” dan meneruskan projek “Longhorn” yang juga dikenali sebagai “Vista”.Projek pembinaan sistem operasi Windows 7 akhirnya diteruskan pada tahun 2006.

Bagi memastikan windows 7 tidak mengalami nasib yang sama dengan Vista,para pengguna boleh mencuba Windows 7 versi percubaan(beta) sebelum pelancaran Windows 7 yang sebenar pada 22 oktober ini.Apa yang saya dapat lihat dan rasai sendiri,terdapat banyak perubahan positif yang ada pada Windows 7,dan ada juga yang menyatakan Windows 7 ini lebih baik dari Windows XP mahupun Vista.Para pengguna Windows bersedialah untuk bertukar ke Windows 7!!