Fungsi-Fungsi Menarik Dalam Windows 10?

Windows 10

windows 10

Tentu anda tidak sabar untuk menunggu pelancaran Windows 10.Pelancaran Windows 10 ini mungkin sahaja menjadi pengubat hati yang luka para pengguna setia Windows terutamanya yang menggunakan Windows 8 sekarang.

Dari pemerhatian penulis sendiri menggunakan Windows 8,walaupun ianya mempunyai fungsi-fungsi menarik berbanding dengan sistem operasi windows yang lain sebelum ini (Windows 7),namun pengguna Windows sedia ada berasa terbeban dan sedikit kecewa dengan penampilan Windows 8.

Microsoft sudah tentu meletakkan risiko sendiri dengan pelancaran Windows 8 sebelum ini apabila mereka membuang salah satu¬†kunci utama kejayaan Windows iaitu butang Start Menu.Kebanyakkan pengguna yang berjumpa penulis berasa kurang berminat dengan Windows 8 dan ingin “downgrade” pc ataupun laptop mereka ke Windows 7 terutamanya.

Penulis harap,dengan adanya¬†kemunculan Windows 10 ini,ramai pengguna-pengguna setia Windows berpuas hati…Dan jangan tanya penulis kenapa terus ke Windows 10,bukan ke Windows 9 dulu…hehe…

Baiklah nak tahu apa fungsi-fungsi menarik dalam Windows 10 ini? Jom tengok video kat bawah ni…

Jumpa lagi ūüôā

Windows 10

Ebook Preview Mengenai Windows 8 PERCUMA!!

Ebook Preview Windows 8

ebook preview Windows 8

 

Assalamualaikum,kali ini penulis nak bagi ebook PERCUMA kat korang iaitu “Preview Mengenai Windows 8”.

Ebook percuma ini adalah setebal 33 muka surat,antara isi kandungan ebook ini adalah :

Pengenalan Windows 8
Versi-versi Windows 8
Antaramuka Windows 8
Keperluan Minimum Untuk OS W8 Perbezaan Dengan Windows 7
Edisi Windows 8 Yang Patut Saya Beli 

Walaupun ebook ini ringkas,admin berharap ebook ini mampu memberikan anda sedikit info mengenai sistem operasi terbaru iaitu Windows 8.

Untuk muat turun layari,

http://panduanformatpc.com

* Masukkan nama & email di ruangan yang dikehendaki,kemudian link download akan dihantar ke email anda.

Ebook Preview Windows 8

4 Edisi Utama Windows 8

Windows 8

windows 8

 

Sebelum mula membeli atau upgrade kepada versi Windows 8 anda perlu ketahui edisi yang sesuai untuk anda. Windows 8 di datangkan dengan empat edisi iaitu Windows 8 RT, Windows 8, Windows 8 Pro dan Windows 8 Enterprise. Windows RT dibina khas untuk tablet manakala edisi selebihnya untuk PC, notebook dan netbook.

Berikut penjelasan secara ringkas mengenai edisi Windows 8 :

Windows 8 adalah edisi asal untuk pengguna yang menjalankan keseluruhan fungsi dekstop. Boleh dikatakan segala fungsi yang biasa pengguna gunakan di Windows terdapat pada Windows 8. Windows 8 tidak didatangkan bersama Microsoft Office 2013 seperti mana Windows RT.

Windows 8 PRO
Bagi mereka yang pakar dalam PC mahupun peniaga Pro merupakan pilihan terbaik. Windows 8 Pro megandungi segala apa yang terkandung pada Windows 8. Terdapat pelbagai fungsi tambahan antaranya seperti virtual PC, BitLocker, pegurusan PC dan penyambungan domain. .

Windows 8 Enterprise
Termasuk semua Windows 8 Pro punyai, tetapi lebih menjurus ke arah perusahaan dengan menyediakan perjanjian Jaminan Perisian. Ianya hanya dijual untuk syarikat yang menjalankan perniagaan besar.

Windows RT (Windows Runtime) merupakan edisi terbaru Windows yang mana ianya akan digunakan pada tablet dan laptop. Windows 8 RT direka khas untuk peranti ARM seperti tablet. Versi ini tidak boleh dbeli secara berasingan, kerana ianya sedia dipasang pada tablet dan laptop. Windows 8 RT hanya akan menjalankan perisian yang tersedia melalui Windows Store dan program yang sedia ada didalam Windows termasuk Microsoft Office 2013.

Sumber : Rileks Community

Windows 8

Windows 8 akan dilancarkan pada 26 Oktober 2012

Windows 8

windows 8

Setelah beberapa versi pra-pelancaran dilakukan pada Windows 8,Windows 8 dijangkakan akan dilancarkan pada 26 oktober 2012.Versi-versi pra-pelancaran sebelum ini ialah Developer Preview (September 13, 2011), Consumer Preview (February 29, 2012), and Release Preview (May 31, 2012).

Begitu cepat masa berlalu dan saya pasti terdapat sebahagian pembaca di sana masih belum puas menggunakan dan mempelajari versi-versi Windows sebelum ini,ada juga diantara pembaca masih menggunakan versi Windows XP yang bagi saya juga merupakan versi Windows yang terbaik pernah direalisasikan oleh Microsoft.Mahu ataupun tidak,pada masa akan datang pengguna pasti akan perlu menggunakan sistem operasi terbaru yang dikeluarkan oleh Microsoft.

Windows 8 dibangunkan berdasarkan Metro design language,terdapat beberapa fungsi-fungsi terbaru dan tambahan yang terdapat pada Windows 8,antaranya ialah Internet Explorer 10,fungsi start screen terbaru,Windows Defender lengkap dengan fungsi tambahan terkini,sokongan terhadap USB 3.0,Windows To Go dan banyak lagi.

Terdapat empat edisi utama yang ada pada Windows 8 iaitu Windows 8, Windows 8 Pro, Windows 8 Enterprise, dan Windows RT.Tiga edisi utama iaitu Windows 8, Windows 8 Pro dan Windows 8 Enterprise boleh dipasangkan pada komputer-komputer yang dapat menyokong sistem operasi Windows 7 sebelum ini.

*Insyallah saya akan mengemaskini mengenai sistem opersi Windows 8 ini dari semasa ke semasa kepada pembaca.

 

Windows 8

Windows 8 Beta direalisasikan penghujung bulan Febuari 2012

Windows 8 Beta

windows 8 beta

Baru-baru ini,Microsoft dikatakan akan membebaskan Windows 8 Beta untuk menemui pengguna-pengguna Windows penghujung bulan Febuari 2012 ini.Microsoft juga akan memperkenalkan platform-platform Windows terbaru termasuk platform Windows Phone dan Xbox pada hari pelancaran Windows 8 nanti.

Selain itu,Microsoft juga dijangkakan akan membuka Windows App Store,satu berita baik untuk pada developer Windows dan Windows App Store tersebut akan dapat dilihat melalui enjin carian.

Info lanjut mengenai Windows Store ini,lihat video ini :

 

Windows 8 Beta

Kemunculan Windows 8 pada 2012?

Windows-8

windows8roadmap

Pengeluaran windows 7 pada 22 oktober yang lalu masih lagi hangat untuk kita semua,namun samada kita tahu ataupun tidak pembangunan sistem operasi selepas windows 7 iaitu windows 8 dikatakan bakal direalisasikan pada akhir 2011 ataupun awal tahun 2012…Bukan itu sahaja,Windows Server 8 dijangkakan akan turut direalisasikan.

walaupun berita mengenai windows 8 buat masa kini masih belum banyak boleh diperkatakan namun terdapat beberapa info mengenai windows 8 ini :

  • Windows 8 akan menyokong 32,64 dan kemungkinan 128-bit.
  • Fungsi Hibernate dan resume pada windows 8 akan mempunyai enjin baru.
  • Windows 8 akan mempunyai sistem rangkaian yang baru.
  • Windows 8 akan mempunyai sokongan lebih baik untuk multimonitor.
  • Steven Sinofsky,presiden dari Windows bertanggungjawab dalam pembangunan windows 8 ini.

Jika Windows 7 dikatakan lebih baik daripada Windows Vista,Nampaknya Microsoft perlu menjadikan Windows 8 lebih baik dari Windows 7.Sama-sama kita menunggu berita mengenai Windows 8 ini.