Android, Perisian Komputer

Terkini! Cara Menggunakan Whatsapp Pada Komputer Anda.

Whatsapp

 

Perisian Whatsapp boleh dikatakan antara perisian yang boleh dikatakan penting buat masa ini.Ini kerana,kebanyakkan mereka yang mempunyai telefon pintar dan mempunyai akses internet,lebih gemar menggunakan perisian ini berbanding sms kerana ianya adalah percuma,mudah digunakan,pelbagai fungsi dan banyak lagi.Mereka yang menjalankan perniagaan secara online juga menjadikan perisian ini sebagai salah satu perisian yang kini boleh dikatakan “wajib” bagi mereka untuk mempromosi dan melonjakkan lagi perniagaan mereka.

Kebiasaannya,anda hanya boleh menggunakan perisian Whatsapp ini di telefon pintar anda tetapi baru-baru ini Whatsapp akhirnya boleh digunakan melalui komputer desktop anda!

Whatsapp1

Anda boleh layari https://web.whatsapp.com/.

Dari beberapa sumber yang saya baca,fungsi ini buat masa kini hanya boleh gunakan oleh pengguna Android, Windows Phone dan BlackBerry sahaja,saya kurang pasti jika versi ini telah ada untuk IOS (Apple).

 

gc

Whatsapp juga hanya boleh gunakan pada pelayar web Google Chrome sahaja.

 

Apa yang anda perlu lakukan?

1 – Buka perisian Whatsapp anda.
2 – Kemudian,melalui perisian Whatsapp anda,klik butang menu di tepi telefon pintar anda.

Screenshot_2015-01-22-15-12-34

Anda akan dapat lihat bahagian “Whatsapp Web”.Klik bahagian tersebut.

Screenshot_2015-01-22-15-17-09

 

Kemudian,anda dikehendaki untuk scan QR code whatsapp yang terdapat pada web.whatsapp.com tersebut.

 

Screen Shot 2015-01-22 at 3.24.24 PM

 

Contoh QR code Whatsapp.

Setelah anda berjaya scan QR code tersebut,anda akan dibawa ke halaman chat Whatsapp melalui web.

wa1

Tahniah! Kini anda boleh menggunakan perisian Whatsapp ini di desktop anda!

Whatsapp

© 2015, khairilizwan. All rights reserved.

Previous ArticleNext Article
Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Network".Antara perkhidmatan yang ditawarkan Khaiz Network ialah perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online,sewaan domain & hosting,personal coaching,seminar,perkhidmatan video & gambar untuk perkahwinan,perkhidmatan hotspot dan banyak lagi.

1 Comment

Leave a Reply